AIN
“Lamanya Ain tak singgah Johor jumpa Acik.. dah lupa
Acik dah ke?”
Ain
tersenyum mengingatkan ayat acik Aishah yang baru dihubunginya malam kelmarin
itu. Saja je dia call, sebab terasa rindu pulak dengan suara wanita yang hampir
sebaya dengan Ibunya itu. Memang betul pun, dia mengiyakan dalam hati. Dah
berapa lama tak singgah Johor. Dulu masa arwah Shai ada, selalu je dia ikut
arwah balik Johor jumpa mak ayah arwah. Rasanya, kali terakhir dia bersua muka
dengan acik Aishah dengan Pakcik Bahrim pun waktu kenduri tahlil tahun lepas.
Dah berapa bulan dah tu, nak dekat setahun dah. Pemanduannya difokuskan, dia
mula memasuki Muar. Selangor sudah 3 jam ditinggalkan. Lagi setengah jam lagi
sampai lah kut ke Batu Pahat, dan dapat lah dia berjumpa dengan Acik Aishah
yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu. Dia menggelengkan kepala. Oleh
sebab dia pernah duduk di Johor selama tiga bulan untuk menjalani latihan industri,
atau lebih tepat lagi, dia ‘dipaksa’ oleh Shai dan keluarganya untuk duduk
bersama mereka atas alasan boleh berjimat cermat. Mulanya memang dia rasa
bersalah. Ye lah. Nak duduk rumah orang, rumah keluarga pulak tu. Bukannya
sekejap nak menumpang, tiga bulan tu baginya cukup lama. Tapi acik Aishah dengan Pakcik Bahrim sempoi
sungguh layan dia macam anak sendiri. Lagipun kata mereka, Shai tu anak bongsu,
dan kedua dua abang dan kakaknya tidak duduk di Johor, jadinya untuk dia
tinggal di situ untuk beberapa ketika bukanlah jadi masalah.
Kedatangannya ini pun sengaja
dirahsiakan dari pengetahuan mereka. Kadang kadang buat surprise pun seronok
jugak hehe. Harap-harapnya aku datang ni ada la orang kat rumah. Kalau takde
orang, sia-sia je drive jauh. Silap lah Ain, kelmarin patutnya acah-acah tanya
kalau acik nak jalan-jalan mana-mana ke hujung minggu ni hmm. Silap silap. Nak call
sekarang pun macam dah nak sampai dah. Terjah je lah senang cerita. Kalau takde
orang, singgah pekan kejap pun macam best. Situ best shopping. Kedai baju
bundle banyak, kedai barang barang murah pun banyak jugak. Alang alang tu boleh
singgah popular dekat Big Mall.. voucher RM50 yang diperolehnya sebulan itu
hampir tarikh luput. Ain berkira berkira dalam hati.
Matanya cuba focus pada jalan yang
boleh dikatakan lenggang. Pelik. Patutnya weekend ni tempat ni boleh tahan
banyak kereta. GPS di tangan kiri dijeling sekilas. Cuba memastikan dia tidak
tersalah jalan. Walaupun ini bukanlah kali pertama dia kesini dengan memandu,
tapi dia dah lama tidak kemari. Dan dia pun bukanlah jenis otak sponge yang
boleh serap dan ingat jalan dengan mudah. Lain lah macam Angah, otak memang
spesies senang ingat, bawak jalan sekali je pun dia dah boleh ingat selok
belok. Itu lah yang membuatkan dia sangat cemburu dengan kelebihan abangnya yang
satu itu.
“Tulah kau. Lain kali kalau orang lain bawak kereta,
tengok la sekali jalan tu. Jangan asyik sibuk dengar ipod kau tu je. Lepas tu
nanti nak drive sendiri takde lah nak call aku selalu tanya jalan.”
Dia
hanya mencebik pabila Angah berkata begitu. Nak buat macam mana. Dia selalunya
kalau orang lain drive memang dia tak suka tengok jalan sebab dia seorang yang
mudah mabuk kereta. Senang sangat angin dan akhirnya terpaksa telan panadol dua
biji nak bagi hilang rasa pening. Sebab itu dalam purse nya memang dia sentiasa
akan selitkan panadol sepapan. Dan handbag dia pun ada tiger balm dengan minyak
cap kapak untuk waktu waktu kecemasan. Tapi bila dah kena drive sendiri ni, tak
pernah la pulak dia kena angina waktu memandu. Mungkin sebab dia hanya perlu
menumpukan perhatiannya pada jalan.. dia pun tak pasti.
Brek
pad dipijak perlahan apabila dia melalui selekoh terakhir sebelum dia mula
memperlahankan kereta di kawasan rumah banglo satu tingkat itu. Dia sangat
sukakan rumah Shairah ini kerana kawasannya yang terletak di kawasan sub urban
jadi rumah di sini semua sebuah sebuah. Lagipun di belakang banglo ini terdapat
mini dusun durian dan juga manggis yang selalu berbuah pada musimnya. Kalau di
kampungnya di Kajang, sudah tentu pokok pokok ini tak sempat langsung nak
berbakti kepada tuannya sebab monyet dah terlebih dahulu menjamah buah buahan
tersebut. Lepas tu mula la dia dan Angah akan jadi antara orang yang paling
sedih melihat sisa sisa buat yang bertaburan di atas tanah.
Pikirannya
kembali focus apabila dia ternampak sebuah kereta Peugeot 308 putih yang elok
tersadar di dalam kawasan parking rumah bernombor 16 itu. Lagi bulat matanya
apabila melihat no plat Selangor yang tertulis, bukan no plat johor, mahupun
mana mana negeri yang selain dari Selangor yang dia tahu milik lelaki yang
bukan lah menjadi orang yang ingin dia jumpa pada waktu waktu sebegini. Sedang dia
berkira kira sama ada untuk pusing balik sahaja ke Selangor, elok dia ternampak
seorang wanita melambai lambai tangan kearah keretanya, lebih tepat lagi,
kearah dia. Senyum sumbing ditariknya sambil dia menghela nafas. Nampaknya takde
can lah kau nak lari Ain.. tu lah. Patut tadi takyah pikir dua tiga kali dah. Sepatutnya
dia cabut terus je tadi! Macam mana entah dia boleh lupa bahawa kebarangkalian
Iskandar untuk pulang ke sini, ke kampong mertuanya itu ada. Apatah lagi bila
hari isnin depan pulak cuti labor day. Ain.. Ain.. Enjin kereta dimatikan.
Berat gerakannya membuka pintu pemandu sambil tangan kiri mencapat handbag dan plastic
berisi buah tangan di kerusi penumpang. Tangan wanita tua itu dicapainya
sebelum dicium. Jelas wajah itu ceria melihat ketibaannya.
“Ainnnn.
Kenapa datang tak bagitau dulu ni. Nasib baik Acik ada je kat rumah. Meh masuk
meh. Aliff ada kat dalam tu. Tengah borak dengan pakcik.”