Showing posts with label ariffnana. Show all posts
Showing posts with label ariffnana. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

ariff - nana (3)

Buku CPP yang sudah bertutup itu dimasukkan kedalam beg Body Glove. Beg berwarna coklat yang sudah berkhidmat kepadanya sejak tahun dua diploma itu dizipnya sebelum digalas di bahu kiri. Botol air separuh berluak dan Huawei hitam yang masih diatas meja itu dicapai sebelum dia mula melangkah menuju kepintu. Kelas CPP yang berakhir agak awal daripada biasa, 3.20 petang hari ni. Lagipun madam ada hal katanya. Selalunya kelas CPP selagi belum pukul 4 selagi tu la berteluku dalam kelas menghadap soalan dan kalkulatur. Tapi hari ni, awal pulak habisnya. Elok jugak. Boleh singgah stesen minyak kejap. Meter petrolnya dah hampir cecah E itu dikenangnya. Dian yang sudah berjalan keluar dulu hampir saja dipanggilnya sebelum dia mendengar suara berdehem dari belakang.
                
   "Nana." Suara yang separuh berbisik itu membuatkan langkahnya separuh berhenti. Dia berpaling kebelakang dan melihat Arif sedang berdiri tegak dengan tangan kanannya memegang jaket, dan tangan kirinya membetulkan rambutnya yang sedikit berombak.
                
    Hai.. cairnya dengar suara dia. Nana berbisik didalam hati. Tengok pulak dia buat rambut macam tu.
                
    "Kenapa Ayeep?" Dia melangkah keluar kelas, tapi kini dengan tempo yang lebih perlahan dan santai, supaya lelaki dibelakang dia ini tidak perlu terkejar kejar.
                
    "Tadi Pidot pesan... malam ni dia nak jumpa kau. Battery phone dia flat, so dia mintak tolong aku sampaikan." Jelas dia menyebut, takut ada terlepas apa apa perkara penting.
                
    "Oh." Dia mengangguk perlahan. "Okay, nanti aku try contact dia balik."
                
    "Okay settle." Langkahnya yang tadi perlahan kembali menjadi normal. "Seronok jadi Usher malam tu?"
                
    Huh? Hampir terbeliak mata Nana mendengar pertanyaan yang seperti nangka jatuh dari langit itu. "Eh.. mana tau aku jadi Usher?" Bukan ke mereka langsung tak terserempak malam tu?
                
    "Nampak je kau dari meja aku tu. Kesian aku tengok kau kehulur kehilir macam ayam berak kapur. Mesti tak sempat nak makan kan? Asyik busy dengan tetamu je." Arif dah menyengih sambil tangannya menggagau sesuatu dari poketnya. Tangannya kemudian dihulur ke arah gadis yang sudah berdiri tegak disebelahnya itu.
                
    "Eh..?" Gula gula Guava. As usual. "Oh thanks." Dia menerima huluran lelaki itu.

    " Ni upah sebab kesian kau penat jadi usher." Lelaki itu ketawa. "Okay lah, aku gerak balik dulu." Dia mengangkat tangan sebelum melangkah pergi.
                
    Nana yang tadi masih tak bergerak hanya mampu mengangguk kepala perlahan, meski pun dia pasti lelaki itu tidak akan nampak perbuatannya itu. Perbualan yang tak sampai dua minit itu diingati butir butirnya. Tangan kanan yang masih menggenggam gula gula perisa Guava itu ditenungnya. Gula gula yang boleh dikatakan diterimanya setiap hari jika dia ke kelas. Gula gula yang dah sebati dengannya sejak beberapa bulan lepas. Kemudian dia terdengar suara ketawa berhampirannya. Matanya melihat Dian yang sedang duduk di kerusi lounge sedang elok tersengih. Tak guna betul la..
                
    "Seronok sangat ke dapat gula gula free tu?" Dian sudah berjalan kearahnya yang mula mengatur langkah menuju ke lif.
                
    "Mestilah seronok. Gula gula fevret aku kan." Dia dah berdecit perlahan. Pandai lah tipu diri sendiri. Bukan dulu dia ke paling anti gula gula perisa jambu batu ni? Baginya perisa itu agak pelik dan tak mampu melawan perisa Epal hijau yang merupakan perisa kegemarannya suatu masa dulu. Tapi sekarang ni, Guava ni lah perisa fevret dia. Siap sanggup dia beli satu balang Fruitale perisa Guava dekat Giant tempoh hari.
                
    "Menyampah pulak aku dengar. Cakap je la seronok sebab orang yang memberi tu." Dian dah menyiku sambil mencebik muka.
                
     "Mana ada!"
                
    "Eeeee. Menipu diri sendiri!"
                
    "Sibuk!"
                
    Dian dah ketawa semakin besar. "Kemain happy lagi cik kak kita sorang ni." Mujurlah lounge kampus kejuruteraan itu sudah tidak berorang sebab kebanyakan masih di dalam kelas, lagipun petang kan. Tak banyak kelas dijalankan waktu sebegini. 


                

    "Biarlah aku nak happy kejap.."

ariff - nana (2)

Tombol kunci rumah dipulas sebelum dia melangkah masuk. Salam diucap perlahan dan terus dia melangkah menuju bilik tengah. Rumah kosong hari ni, budak budak ni semua ada kelas pagi. Namun hampir dia mengucap apabila melihat sekujur tubuh sedang elok berselubung di atas katil. Terus beg sandang yang separuh berisi kain itu dicampak tepat ke atas katil single tu.
                "Uwarghhhhhhhhhhhhhhhhh siapaaaaaaa!" Macam orang kena sampuk tubuh itu bangun. Mata yang belum terbuka habis mencari muka yang mengganggu tidurnnya. Buntang sekejap mata itu melihat sahabatnya yang sedang berdiri mencekak pinggang merenungnya kembali. "Arif mangkuk! Kau dah kenapa baling baling barang dekat aku? Tak nampak ni aku tengah tidur?" Rungut Firdaus sejurus dia mengalihkan selimut yang membaluti separuh kepalanya itu.
                Dia meletak kunci dan beg laptopnya di atas meja belajar sebelum berpaling semuka ke arah Firdaus yang masih separuh berjaga itu.
                "Yang kau tu bukan patutnya ada kelas ke sekarang ni?" Sekarang pukul 10.30, bukan patut time time ni rumah ni memang kosong tak berorang ke? Firdaus yang juga merupakan pelajar Process tapi berlainan kelas tu ditenung tajam. "Hari isnin dah ponteng. Apedehal?"
                "Hallo bro sorry sikit ye. Kelas pagi tadi habis awal. Tutor aje. Kelas pukul 10 cancel." Habis je kelas Reaction tadi, terus dia pecut balik rumah sewa bahana nak qada tidur. Elok la kelas math cancel, kalau tak memang ade yang buat sesi pengtiduran sorang sorang dalam kelas nanti. Nasib baik jugak dia memang takde kelas petang.
                "Kira kau pegi la kelas tadi?"
                Angguk. "Pegi lah. Kelas Dr Najmi kot. Gila kau nak ponteng."
                "habis tu kenapa muka kau macam tak bangun bangun dari tadi.?" Macam orang tidur 14 jam tanpa henti.
                "Aku baru tidur la. Malam tadi stay up buat report."
                "Report project charity night haritu?" Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Lenguh memandu tak hilang walaupun jarak rumahnya dari Nilai ke sini takde la jauh mana pun.
                "Ye lah. The one and only kerja aku yang tinggal. Oh ye. Cakap pasal project, nanti bagitau dekat Nadia aku nak jumpa dia malam ni."
                Nadia. Nana. Dia mengangkat muka dari skrin phone di tangan. "Kenapa kau tak bagitau dia sendiri?"
                "Battery phone aku flat. Charger tak jumpa. Ala alang alang kau nak pi kelas petang ni bagitau la dia. Pleaseeee." Firdaus dah buat muka comel sememeh.
                Memang petang ni ada kelas pun. Kelas CPP dua jam. "Ye lah kalau aku jumpa dia. Kau ni saja suka aku jadi messenger kan."
                "Tolong member pun tak boleh." Pidot mula bergerak bangun dari katil. Air botol 100 plus di atas meja dicapainya sebelum diteguk sejurus lafaz bismillah.
                "Ada aku kata tak boleh?"
                "Iye la tu.." Kemudian dia teringat sesuatu. Teringat perbualan dia dan rakan rakan di balik tabir semasa malam charity tu.
                "Wey Ayeep."
                "Pa?"
                "Aku nak tanya sikit boleh?"
                Arif memandang roommate nya sorang itu. "Sejak bila entah kau kalau nak tanya apa apa kena mintak izin?" Dia mencebik. "Tanya apa?"
                Firdaus sedikit menyengih. "Malam charity hari tu kan.." Dia menyusun ayat. "..siapa partner kau tu doh?"
                Huh. "Kenapa kau tanya?"
                "Sebab ramai macam in questions pasal partner kau tu. Perempuan pulak tu."
                "Amboi. Macam lah aku ni allergic dengan perempuan!"
                Memang kenyataannya hampir semua yang nampak Arif malam tu tertanya tanya siapa gerangan gadis yang dibawanya itu. Sebab hampir seluruh batch mereka tahu yang Arif Haikal bukanlah jenis bergaul dengan perempuan. Buktinya? Sejak dari mereka mula belajar di sini, sangat payah nak lihat Arif bercakap, duduk sekali mahupun bertegur sapa. Seolah olah rakannya yang sorang ni sangat tak betah dengan kaum berlainan jantina.
                Padahal nak diikutkan, Arif okay aje, Cuma hanya akan berinteraksi dengan pelajar perempuan bila perlu, contohnya, macam si budak Nadia merangkap coursemate mereka merangkap classmate si Arif ni. Tu pun sebab masa tahun dua, mereka bertiga pernah satu group untuk presentation ELC. Tapi malam tu.. sungguh dia sendiri pelik dengan kejadian itu walaupun nak dikatakan, dekat uni ni, dialah yang paling rapat dengan Arif walaupun berlainan kelas. Nak tanya sendiri, dia pun sibuk dengan belakang tabir bahagian PA system. Habis majlis memang penat tak ingat apa, dan sepanjang sabtu dan ahad otak dah tak fikir lain selain nak settle kan perihal report yang sangat membunuh itu. Jadinya, hajat dia nak bertanya kononnya melalui whatsapp atau pm terus terkubur. Ni cakap pasal projek ni baru dia teringat balik.
                "Takde lah allergic. Tapi Yeep, serious ni. Siapa perempuan tu? Cantik pulak tu. Elegant semacam. Macam bukan sembarangan orang pun ada jugak. Anak jerung mana kau ayat?" Dia dah menyengih.
"Banyak la kau anak jerung."
"Dah tu..."
                "Tu kakak aku la ngek."
Tersampuk kejap Firdaus di atas katil. Matanya terus membuntang. Aku tak salah dengar kan?
                "Tipu!" Pidot dah keluar muka terkejut. "Bukan ke kakak kau sorang aje!"
                "Ha! Yang tu lah. Yang lecturer kat sini tu."
                Pidot dah tepuk dahi. " Tapi takde muka kau pun!" Dah la aku sendiri tak pernah nampak kakak pakcik sorang ni.
                "Lahh. Ade je macam muka aku. Selalu orang cakap sebijik je muka. Sebab dia pakai make up kot malam tu, tu nampak lain tu." Dia dah gelak sinis. Air ditangan Firdaus dirampas sebelum dia sendiri menghabiskan air itu. "Dah dia sorang yang dekat sini, tu aku ajak dia tu. Senang. Lagipun sapa lagi aku boleh ajak."
                Angguk perlahan. Betul jugak tu. Apahal aku tak terpikir ye. Yelah. Aku pun tak pulak bertanya mamat ni siapa tetamu luar yang dia nak bawak. "Berapa umur kakak kau?"
                "25."
                Tengok tu. Mana la kitorang semua tak salah sangka. Beza umur 3 tahun aje pulak tu. Sebab sumpah muka kakak dia nampak macam student lagi. Padahal dah kahwin dah pun. Dah anak sorang dah pun. Sungguh aku dah tertipu.
                "Tak payah la nak pening pening pasal ni dah weh. Kakak aku je pun, bukannya awek."
                "Kalau awek kau memang aku lipat kau 18. Berani tak bagitahu aku!"

Ariff - Nana (1)

"Dia datang dengan perempuan lain?" Separuh menjerit Anis berbisik. Sahabat disebelahnya yang mengangguk laju tu ditenungnya. "Kau kenal ke sape?"
            
    "Tak pun. Tapi gaya perempuan tu macam rapat betul dengan dia." Jus epal yang baru beberapa teguk dihirup tu dikacau kacaunya. Restoran yang separuh berisi orang itu menyapu matanya sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul 11 pagi. Orang belum keluar makan tengahari. Saja dia dan Anis merancang untuk makan tengahari awal, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
              
    "Pulak.. aku ingat dia tu bukan jenis yang get along dengan perempuan. Bukan kau ke yang cakap macam tu?" Anis menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Bukan ke dulu Nana selalu bagitau yang si Arif tu memang jenis tak bergaul dengan perempuan. Tak bercakap melainkan kalau perihal perihal penting sahaja.
                
    "Tulah pasal. Sebab selama ni memang aku susah nak nampak dia cakap dengan perempuan. Sekali... hamik kau. Aku pun terkejut terkesima tersampuk bagai on the spot." Dia sengih.
                
     "Nana.." Bahu kanan Nana ditepuk perlahan. "Cantik tak dia?"
                
    Bulat mata Nana mendengar pertanyaan kawannya yang dirasa sungguh random tu. "Anis.. kau dah takde soalan lain ke kau boleh tanya?" Terus dia gelak sambil menggeleng perlahan kepalanya.
                
    "Hehe. Random kan. Tapi betul la. Cantik tak dia? Mana tau taste Arif tu memang ke arah perempuan perempuan cantik ke?"
               
    Dia menampung dagu dengan tangan kiri. Hmmmm. Dia pun takde la tenung sangat muka gadis yang berjalan seiringan dengan Arif  haritu. Dan dia pun tak pakai cermin mata mahupun contact lens. Jadi dia memang tak perasan.
                
    "Aku tak pasti la wey. Haritu kan memang mata aku ni kabur tak nampak apa. Tapi gaya dia jalan aku tengok sophisticated plus elegant je. Sesuai la ngan si Arif yang cold hearted tu. Dian yang jadi tetamu tu pun cakap benda yang sama."
                
    "Dian nampaklah perempuan tu?" Dian, kawan sekelas merangkap teman serumah merangkap sahabat baik Nana sejak dari diploma yang namanya tidak asing lagi baginya. Nana hanya mengangguk.
                
    "Mesti cantik kan."
                
    "Entah... dah kau ni kenapa kalau dia cantik pun."
                
    "Ade can la kau kalau camtu."
               
    "Apehal pulak?" Nana dah buat muka pelik. Apa kaitan cantik dan aku ada can?
                
    "Kau kan cantik apa. Muka manissss aje."
                
    "Ergh Anis. Mata kau ni nak kena hantar service. Aku yang sikit punya sepet mata dengan hidung tak mancung ni kau kata cantik?"
                
    "Cantik apaaa. Mata kau kira bonus la sepet. Nampak macam mix cina apa."
                
    "Lawak nya Anis."
                
    Pecah gelak sahabatnya itu. "Betul la aku cakap." Dia membetulkan duduknya. Baginya kawan baiknya itu memiliki muka yang sangat manis. Mata sepetnya itu takde la sesepet rakan rakan cina mereka, tapi cukup kecil untuk dikatakan sepet, lagi lagi bila Nana ni tak pandai nak membuntangkan matanya. Dan menambahkan lagi manisnya bila tuan empunya sendiri tidak tahu akan kelebihannya itu. "Dengar ni Nana." Nadanya mula bertukar serius.
                
    "Apa?"
                
    "Kalau betul Arif tu memang rapat dengan perempuan tu, then you share the same chance as her. Sebab apa? Sebab kau pun rapat dengan Arif tu. Memang kau je lah pun satu satunya manusia bergelar perempuan yang dia boleh masuk pun kan?"
                
    "Er.. ye?"
                
    "Jadi. Jangan lah give up. Kau kata kau tak pernah nampak perempuan tu. So dia bukan lah satu course dengan kau. So the advantage in on you. Kau still boleh get along dengan Arif tu dekat class."
                
    Dia mengangguk perlahan. Memang itu apa yang dipikirkannya. Dan Anis betul. Dia tak patut give up.
                

    Bertemunya dia dengan sahabat baik sedari sekolah menengah itu sebab nak berkongsi cerita, rutin mingguan mereka jika ada masa lapang. Dia sengaja balik ke Bangi minggu ni sebab dia memang lapang takde kerja menuggu. Habis saja project charity yang dianjurkan oleh groupnya, terus dia pecut ke Bangi. Tapi alasan utamanya ialah untuk memberitahu Anis apa yang berlaku malam project charity tu!
                
    Project Charity Night itu adalah hasil kerja keras dia dan ahli kumpulannya. Untuk menaikkan markah kokorikulum, seluruh pelajar tahun tiga Chemical and Process engineering harus menjalankan sebuah event yang melibatkan orang ramai. Pelajar Proses ada dua kelas, dan kumpulan diagihkan secara random pick, dan 10 orang untuk setiap satu group. Jadi akan ada 5 group yang akan menganjurkan event. Dari kelas A ada lima orang dan lima orang lagi dari kelas B. Sudahnya, dia ditugaskan untuk membuat proposal dan mencari dana.
                
    Ditakdirkan charity night tu khas untuk pelajar tahun tiga, staf dan pensyarah jurusan ChemicaL Engineering, termasuklah jiran jiran mereka Oil and Gas, Bioprocess, Pure Chemistry dan Environment. Dan setiap tetamu boleh membawa seorang lagi guest jemputan. Boleh dikatakan tetamu malam tu sahaja cecah dalam 500 orang. Ditakdirkan juga, dia menjadi usher slash pengiring tetamu pada malam itu. Dan tugasannya itu menyebabkan dia telah melihat sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Tapi elok pulak malam tu, spec mata dia tertinggal dalam beg. Walaupun pada mulanya dia memang berniat untuk ambil, tapi rasa bersyukur sangat dia tak bertindak sedemikian sebab at least dia tak perlu nampak dengan jelas Arif datang dengan seorang perempuan yang tak diketahui asal usulnya! Dia hanya nampak Arif, sebab obviously rabun macam mana pun, kita boleh kenal dan cam cara orang yang kita suka tu berjalan. Cuma, dia tak nampak siapa gadis disebelah lelaki itu. Menurut Ima, rakan usher nya yang lagi sorang, gadis itu mungkin orang luar sebab dia pun tak kenal muka gadis itu.
                
    Jadinya malam itu, dia rasa tak keruan, sebab dia tak nampak dengan jelas, dan range penglihatan matanya sangat tidak jelas, dan dia pulak kena tunggu dengan pintu utama hampir sepanjang masa charity night itu berlangsung. Sudahlah langsung tak bertegur sapa dengan Arif, walaupun kebiasaannya mereka hanya bertegur jika di dalam kelas ataupun di library. Busy sangat dengan awek dia kut.
                
    Haih. Dia mengeluh. Pertemuan dengan Anis tadi rasa tak cukup. Tapi nak buat macam mana. Sahabatnya itu perlu pulang ke Seremban petang tadi, lain la dia. Dekat saja di selangor. Nak pulak kelas dia pada hari isnin ada pada pukul 2 petang. Jadi tak jadi masalah kalau dia nak balik esok pagi pun. Esok dekat kelas confirm jumpa Arif..
                
     Nak tanya ke siapa perempuan tu?
                
    Ish. Takkan la. Macam penyibuk je gayanya.
                
    Tapi.. nak tau.
                
     Ish busybody betul kau ni Nana. Sekali buatnya tu adik dia? Kan dah malu.
                

     Arighhhhhhh. Dia menekup muka dengan bantal doraemon yang dibeli dekat Cameron Highland itu. Esok la baru pikir nak buat apa.