Showing posts with label unguviolet. Show all posts
Showing posts with label unguviolet. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Ungu Violet (6)

Fayed_ARahim: Heyya V!
Di_vivie: Assalam bro. :p
Fayed_ARahim: Auch. Wassalam sis.
Di_vivie: ngeeee burn baby burn. Hey bro how’s there?
Fayed_ARahim: All is well wey. Hey I saw your DP!  Nice scarf btw.
Dian tersenyum. Profile picture di hujung desktop di tenungnya seketika. Gambarnya yang tak sampai seminggu bertukar itu dengan dia bertudung di hadapan SCM yang diambil oleh Alia tempoh hari. Tudung itu juga la yang dihadiahkan oleh Fayyad semasa dia masih di Malaysia.
Di_vivie: Your taste is still quite awful la Yah. I still couldn’t believe you actually gave me that pink scarf.
Fayed_ARahim: Hahhahaha woi kau jangan nak komen banyak. You were the one who chose that color okay
Di_vivie: Sebab kau left me with no choice! Pink or neon green? And there wasn’t violet to begin with. Tak aci kot.
Fayed_ARahim: lain kali aku belikan kau color violet la pulak. Banyak songeh la kau ni. Beli sendiri pun boleh je kot. It’s not like you didn’t have JPA in your pocket :p
Di_vivie: No way, I prefer get it from you. I am pretty sure Mesir got tonnes of scarfs :D
Fayed_ARahim: Youre such a shaver, girl
Di_vivie: Cakap bahasa melayu boleh? Why am I a shaver?
Fayed_ARahim: Pisau Cukur :D
Nak ngata aku suka kikis duit dia la tu. Haru punya abang saudara. Dia laki berkepuk duit sebab tu aku suka ketuk poket dia. Laju tangannya menaip.
Di_vivie: I am thinking of sending you one right now.
Fayed_ARahim: hahahhaa as if the kastam would let it lepas.
Di_vivie: Dont care
Fayed_ARahim: Don’t worry sis, I’ll buy you some. Heck. Already bought it.
Di_vivie: Fayyad I am so love you bro.
Fayed_ARahim: Kau time ni je lah nak sayang aku. Kalau tak treat aku macam abang tiri. Nway V, how’s your family reacting?

Dian terdiam. Terasa hendak diluahkan segala yang berlaku terhadapnya dalam tempoh dua minggu ni. Cerita yang tiada siapa tahu melainkan dirinya sendiri. Apek mahupun Iwan mahupun Alia pun tidak pernah diceritakannya.

Thursday, September 22, 2016

ungu violet (5)

Do you still remember me?
Dian menggeleng kepala mengingat sepotong ayat itu. Air ice lemon tea yang dikacau perlahan itu dihirup sedikit demi sedikit. Matanya melekap kepada tv yang sedang menayangkan drama melayu tapi kepalanya sibuk memikirkan hal lain.
Apek yang masih bersuapkan nasi kukus menyiku Iwan disebelahnya. Keningnya diangkat tanda bertanya kenapa. Pelik dengan gadis yang dari tadi senyap tidak bersuara. Pelik tak bersuara satu. Pelik tengok kepala gadis itu bertutup dengan tudung pun satu. Terkejut jugak mereka berdua tadi sampai sampai je tengok ada gadis bertudung dah melambai dari jauh. Niat nak tanya tu memang ada, tapi disimpan dahulu. Dulu pun, bukannya mereka tak pernah direct tanya kenapa gadis itu taknak bertudung macam kawan sekelas mereka yang lain. Tapi sempoi je minah ni jawab
“Bukan aku taknak, tapi aku ada sebab.”
Sebab kenapa  tu tak pernah la pulak mereka nak menyibuk tanya apa. Bagi mereka, kalau Dian nak cerita, dia akan cerita.
Iwan hanya mengangkat bahu. Dia pun pelik sebenarnya. Tapi dia tahu, kalau mereka bersoal kepada empunya badan sekalipun, mereka tidak akan mendapat apa apa jawapan. Tahu sangat dengan perangai tak suka bercerita Dian Violet ini.
Apek menolak pinggan ketengah meja. Perlahan dia menepuk meja betul betul di hadapan Dian. Tersentak gadis itu seolah olah dibawa secara paksa untuk kembali ke dunia reality.
“Apa..”
“Apa apa?”
“Apa pasal kau ketuk meja tu?”
Apek mencebik. “Dah kau diam je dari tadi tak cakap apa. Aku ingatkan kau dah selamat masuk tv tu dah tenung macam nak bagi telan je.”
Dian mengangkat kening, pelik dengan pernyataan sahabatnya itu.
“Aku tengah tengok tv tu kot.”
Kini Iwan membuat muka. “Betul sangat la tu tengok tv. Cuba kau cerita sikit drama tu pasal apa?” Tenung tv macam apa, tengah iklan pun mata tak beralih. Betul sangat la tu tengok tv tu. Lagipun, sejak bila pulak minachi sorang ni layan drama melayu. Kut drama omputih macam TVD, the originals, GoT tu ye lah aku tau dia memang menggila.
Dian tersengih. Tahu benar kawan dia berdua itu tahu yang dia hatta sekuman pun tak tahu drama itu berkisarkan apa. “Sorry la member.”
“Sorry naik lorry. Ajak keluar makan, tapi dia tak order makan. Lepas tu, orang tengah makan, dia elok bisu tak cakap apa. Penat kitorang tunggu kau bersuara kau tau.” Apek menjeling tajam. Air jus epal gelas besar itu ditolak ketengah meja setelah hampir separuh dia habiskan.
“Alaaa Pek.. jangan la marah. Macam makcik makcik kau tau kalau kau marah.” Dian cuba memujuk. “Air kau tu tak boleh habis ke? Kalau tak boleh bagi aku sikit la, hehehe.”
Iwan mencelah. “Pandai la tu nak pujuk orang buat gaya kesian. Tapi Pek, kau marah memang macam makcik makcik kau bebel.”
“Engko tak payah nak tukar topic Dian oi. Kau jangan ingat aku lupa eh apa kau cakap petang tadi.”
Erk. “Cakap apa?” Dian dah buat buat garu kepala. Air yang berbaki itu dihabiskan terus dalam seteguk.
“Kata ada laki propose kau. Kau jangan nak buat buat hilang ingatan eh.”
Dian tersengih. Pandai la mangkuk sorang ni buat fitnah.
“Dia propose kau apa yan?” Apek masih tak puas hati melihat Dian sengih kambingnya itu.
Dian kini mencebik. Kan dah bagitau tadi. Saja je mamat berdua ni nak suruh aku mengulang benda yang sama dua kali.
“Supervisor aku ke Serawak next week, so in other word, supervisor aku mintak tolong student master dia supervise aku sementara dia kat sana. And the temporary supervisor tu is a guy” Polos dia menutur.
“dah tu, apa masalahnya?” Iwan membuat muka pelik.
Apek dah menyiku di sebelah. Mamat ni, tak pandai read the situation betul. “Biar aku teka..”
Kedua pasang mata dihadapannya itu tertumpu pada mukanya, menunggu dia menyambung ayat.
“Mesti laki tu muda kan. Muda dan good looking.”
Merah padam terus muka Dian mendengar kata kata lelaki itu. Laju dia menyiku pinggang sahabatnya itu.
“Adoiiii”
“Banyak la kau good looking. Masalahnya apa kaitan good looking dengan masalah aku ni??”
“Dah tu..”
Dian mencebik. “Dia tu muda okay. Aku rasa mungkin tua dalam dua tiga tahun je dari kita.”
“Dah tu..”
“Itu la masalahnya.”
“Kau takut tak boleh kerja dengan dia sebab dia muda.”
Angguk.
“Tak habis lagi rupanya allergic kau dengan lelaki. Aku ingatkan kau berkawan dengan kitorang, dah tone down sikit dah.”
Aku pun ingat macam tu mula mula. Tapi bila kena duduk berdua dengan laki tu tadi dekat kafe, entah kenapa terasa allergic terhadap lelaki yang sepatutnya dah lama hilang tu datang balik. Tiba tiba. Lagi lagi bila lelaki tu memanggil nama penuhnya dengan nada lembut semacam. Macam Casanova pun ada jugak aku tengok mamat tu. Tapi gaya baik je lah pulak. Aku punya lah mendoakan dia tu lepak sempoi layback macam Iwan dengan Apek, atleast dia tak perlulah nak cover cakap berlapik kea pa.. takpun, dapat yang boleh bawak borak macam Rayyan pun jadi lah. At least even lagi tua pun, dia boleh buat kawan. Ini.. dengan aura knight in shining armor nya.. kompem bukan jenis yang boleh bawa gurau sakat sakat punya.
Dian mengeluh. Wajah Iwan dan Apek yang sedang memandangnya itu dipandang bergilir gilir.
“Aku pun taktau lah kenapa sebenarnya..”
“Kau ni.. aku rasa betul la terminology kau Pek.. aku rasa mamat tu mesti hensem.. kalau tak hensem, iminah ni takkan jadi camni punya.”


“Hoi!” Sekali lagi kawannya itu disiku.

ungu violet (4)

Kepalanya digaru perlahan. Kopi ais dikacau menggunakan straw. Kejap kejap matanya menyapu pandang kearah manusia yang sedang beratur di kaunter, kejap kejap hujung matanya melirik gadis yang sedang asyik dengan telefon bimbit pintar dihadapannya ini. Aku ada kat depan dia ni pun dia boleh main henset.
Di_vivie : Guyss mayday mayday
Raph-apek : Hoi mayday gapo
Iwan.93 : mu dah kenapa yan oi
Di_vivie : disaster weh disaster
Iwan.93 : kenapa? Kereta kau kena clamp ke?
Di_vivie : bukannnnnn. Lagi besar disaster dia.
Raph-apek : dah tu? Kau kena paksa kawin ke?
Dian dah geleng kepala. Sengkek punya Rafael. Boleh dia keluar analogi luar alam tu.
Di_vivie : supervisor aku kena pi sarawak doh. Dia assign kan mamat mana tah jadi temporary supervisor aku meanwhile dia kat sana tu.
Iwan.93 : dah tu? Apa yang disaster nya?
Belum sempat Dian hendak menaip reply, dia mendengar suara orang berdehem. Alamak.. aku boleh terlupa kejap mamat ni ada kat depan mata aku. Dia mengalih pandangan dari skrin telefon ke muka lelaki itu. Elok sahaja mata mereka bertemu, lelaki itu tersenyum nipis.
"Mesej pakwe ke?"
Huh?
"Khusyuk semacam sampai lupa saya ada kat sini."
Spot. Macam mana dia tau apa aku pikir.
"Tengah report kat pakwe ke awak kena tukar supervisor?"
Memanglah mamat ni boleh baca fikiran aku.
"Eh. Kenapa senyap je. Awak tak boleh cakap ke?" Kini fakhrul tersengih. Sahaja dia meniru iklan ktm yang pernah popular masa dia kecik kecik dulu. Gadis dihadapannya itu mencebik.
Mula la tu nak buat lawak. Ada ke guna ayat iklan ktm.. Ingat aku taktau? "Ha ah. Saya tengah report dekat pakwe tadi."
Fakhrul menepuk dahi. "Betul lah ni report pakwe? Aduh. Hopefully dia tak marah la ye. Saya pun jadi mangsa paksa rela ni."
Dari mencebik kini Dian membuat muka tak senang. Telefonnya yang dari tadi bergetar tanda notification masuk itu tidak dihiraukannya. Sebaliknya dia meletakkan telefon itu diatas meja.
"Sebenarnya, kalau encik fakhrul taknak jadi supervisor sementara saya pun takpa. I have nothing to against. Lagipun kerja saya dah nak siap dah."
Lelaki itu hanya mengangguk kepala. Kemudian dia mengangkat kening, seolah olah berkata 'so...?'
Dian turut mengangkat keningnya. "So... Saya tahu encik busy dengan kerja. Dr kata encik part time master so encik mesti kerja kan? Jadi takperlu lah encik waste your time to check on me meanwhile Dr is away sebab.. Tu lah.."
"Mana boleh."
"Heh?" Dian dah muka pelik.
"Mana boleh saya tak ikut apa Dr farah cakap."
"Eh i thought you can say no to the offer?"
"Memang lah. Tapi Dr insists to pay me, and I am not that a busy man pun untuk say no to the offer. FYI, i settled my report few weeks earlier than the due date. I still have to come here now and then, jadi untuk saya jumpa awak everyweek is not a problem at all."
Adussssss. Macam tu pulak dah.
"Tak penat ke.."
"Tak."
"Tak susah ke.."
"Langsung tak. Like i said earlier, i still have to come here after this, jadi takde masalah."
"Kalau saya taknak?"
"Kenapa taknak?"
Sebab aku tak kenal kau leeerrr and aku ni mana biasa kalau nak berurusan dengan orang laki yang tak kenal. Allergic kau tau allergic. Namun kata kata itu hanya ditelan sahaja didalam hati.
"Why, dian violet?"
Terasa ngilu telinga mendengar nama penuhnya dipanggil oleh suara yang dia tak familiar.
"Takde apa lah."
"So kita proceed je lah ye?"
Berat sekali kepalanya diangguk perlahan. "Okay....."
Fakhrul hanya senyum. Walaupun ni bukan la kali pertama melihat gadis itu tapi sesuatu membuatkan seolah olah itu adalah kali pertama mereka bertemu. Rasa terkejut yang dia rasa dari bilik dr farah tadi masih tidak hilang. Lebih lebih lagi bila dia masuk kedalam bilik itu melihat dua orang wanita bertudung sedang berbincang, salah seorangnya ialah dr farah, dan lagi seorang..
"Btw, cik Dian.."
Dian mengangkat muka. Keningnya terangkat, tanda bertanya 'apa'
"You look nice pakai tudung. Nampak manis."

Dan riak wajqh gadis itu sumpah fakhrul tidak akan lupa.

ungu violet (3)

Dia menarik handbrake nya sejurus kereta diletakkan di tepi jalan. Jam di dashboard dikerling sekilas. Baru pukul 11.30 pagi. Hari ni hari rabu. Sengaja dia memintak excuse untuk cabut lari lunch awal lepas pulang dari site tadi. Bos pun okay je biar dia keluar awal sebab malam semalam dia dah stay kat office sampai midnight baru balik bahana ada demand dari client. Tapi petang ni still kena masuk ofis balik, sebab dia dah kena present dekat client.
Bangunan tower 2 yang tersergam dihadapan itu ditujunya sambil merentas arus pelajar yang baru keluar dari lif. Tengok muka semua seronok semacam. Ni mesti kes lecturer bagi lepas keluar kelas awal lah tu. Dia tahu sebab dia pun pernah macam tu, kelas dari pukul lapan sampai tengahari, tapi lecturer yang baik akan jadi memahami dengan pelajar yang kelaparan.
Dia menekan butang tingkat 10 sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Semalam Dr Farah telah menghantar mesej meminta dia untuk datang sebentar atas hal apa pun dia tidak pasti. Dr Farah Cuma kata sepotong ayat bila dia bertanya kan kenapa.
I need your help on something and it must be discussed face to face, Fakhrul.
Dia hanya mengangkat bahu mengenangkan balasan pensyarahnya itu. Nasib baik hari ni dia pun boleh lari kejap. Boleh jugak lah nanti aku lunch terus dekat fac 5 aje. Tak payah keluar beli makanan dekat tempat lain. Rindu jugak nak makan lunch dengan kafe yang sering menjadi tempat dia membungkus makan tengahari itu.
Pintu lif yang terbuka itu menyedarkan dia. Terus dia melangkah keluar dan menuju kea rah bilik pensyarah yang terletak di hujung koridor.




“Ala doc.. I can do it on my own la doc.. no need la orang lain jadi supervisor.” Dia mula menggoyang goyangkan kepalanya kekiri kekanan. “Buat serabut je nanti.”
“Eh cant do. Kan you all kena submit all those three chapters by next month. I need someone to assist me la. Mana boleh biar you terkontang kanting macam tu. Eh btw, you look so nice laa todayy. Extra radiant. Kan cantik pakai macam ni.” Wanita itu hanya tersenyum melihat gadis dihadapannya yang kelihatannya tidak senang duduk itu. 
Dian sengih. Saja je doc tukar topik. "Thank doc. Tapi doc, betul ni saya cakap. Saya okay je takde temporary supervisor pun."
"Ish you ni pun. Mana boleh, time ni la crucial and someone has to guide you."
"Tapi saya ada sikit lagi nak siap dah.”
"No but, but dian..Still someone should check the draft for me..”
“I can email you from here.. cant eh doc?” Dia mula buat muka kesian.
“Mana boleh Dian. There got no coverage la.”
“Ala.. Napa doc pegi lama sangat. Boss doc taktau ke doc ada student untuk FYP…..”
Ketukan di pintu membuatkan dua pasang mata itu beralih kepada pintu yang separuh terbuka.
“Masuk.” Dr Farah bersuara. “Haa sampai pun you, at last, my savior. Just the right person i want to see right now.”
Dian mencebik. Siapa pulak kacau daun datang tengah orang jumpa doc ni. Doc ni pun.. tak kesian ke kat aku.. tak habis kata putus lagi. Matanya mengerling dari hujung mata melihat lelaki itu melangkah masuk sebelum dia memandang kembali kehadapan. Memandang jari jemarinya lebih tepat.
“Saya menganggu ke doc?” Fakhrul teragak agak melangkah masuk apabila melihat ada orang lain didalam pejabat itu. Aku salah timing ke? Buatnya doc tengah ada tetamu lain?
“Eh mana ada la. You came just right on time. Remember the favor I asked you yesterday?”
Fakhrul hanya mengangguk kepala. Tubuh yang masih kaku duduk di kerusi itu masih tidak berpusing itu dipandangnya.  
“Then.. this is it. She is the favor I asked for.”
Huh? Dian laju mengangkat muka memandang wanita yang sudah tersedia berdiri sambil tersenyum lebar.
Aaaaa? Fakhrul terdiam. Dia tidak dapat register apa yang cuba disampaikan. Budak ni favor aku? Eh. Budak ni memerlukan pertolongan aku? Matanya yang sudah tersedia luas terbuka itu bertambah luas apabila tubuh yang sedari tadi membelakangkan dia itu tiba tiba berpusing. Eh..
Ehh… apasal muka familiar pulak ni.. Dian mengerut dahi.
Dia turut mengerut dahi melihat dahi gadis itu berkerut. Matanya beralih dari mata bundar itu kearah Dr Farah yang masih dengan senyumannya.
“Doc?”
“Fakhrul. This is Dian Violet. She needs your help. I need your help. Dian, this is Fakhrul. He is a master student, under my supervising. And he’ll be the one to substitute me while I am away.”
Err. “Doc?” Aku tak boleh register betul ni apa yang berlaku. Gadis yang masih tersampuk diam itu ibarat dah hilang semangat untuk berkata sebab dia masih senyap tidak bersuara sedari tadi.
“Oh yeah Fakhrul. Unfortunately I am going to somewhere is Sarawak for a few weeks starting from next week, and I need someone to help me with this girl. She’s doing FYP and she will have to submit the draft next month. Someone has to check her from time to time. You punya thesis dah almost complete kan? Can you help me? Pretty please, handsome boy?”


ungu violet (2)

Savior oleh Black Veil Brideperlahan dipasang daripada computer riba Acer. Bibirnya turut menyanyi bait bait lirik lagu itu sambil matanya merenung satu persatu kiraan yang baru disiapkan itu. Tutor yang dibawa dari library itu hampir 90% siap. Tinggal nak buat graph sahaja. Bila dia sudah berpuas hati dengan kiraanya, barulah tangannya mencapai kertas graph yang diselit diantara helaian soalan. Pembaris panjang yang sedari tadi berada di tepi buku itu turut dicapai sebelum dia mula melukis sebuah graph berdasarkan point point yang dikiranya. Kejap kejap tangannya bermain main dengan rambutnya yang dibiar lepas bebas. Kejap kejap dia mencapai cawan kertas berisi milo ais yang dibelinya di KFC petang tadi. Kedengaran bunyi pintu hadapan dibuka sebelum beberapa suara mencecah gegendang telinganya. Matanya melihat jam pada skrin laptop, sudah hampir pukul 11. Agaknya budak budak ni terus makan lepas habis test kot. Volume speaker laptop itu diperlahankan.
“Dian.”
Dian Violet menolehkan kepalanya kearah Alia yang baru melangkah masuk kedalam bilik. “Haa.”
“Kau dah makan?” Apabila mata Alia menangkap cawan KFC di atas meja belajar milik Dian itu dia mula menjengilkan matanya. “Ooooo.. kau makan KFC lagi yeeee. Bukan nak ajak aku. Cis.” Gadis itu mengantung tudungnya dibalik pintu sebelum dia melabuhkan badannya di atas katil.
“Dah korang ada test kan.. terpaksalah aku makan sorang sorang Li. Lagipun kenapa aku kena ajak kau? Baik aku ajak Apek dengan Iwana je.” Dian menyengih. Matanya kembali tertumpu pada kertas graph dihadapannya. Sahaja dia mengusik Alia, rutin mereka setiap hari. Walaupun mereka berlainan course dan kelas, tapi dek kerana mereka telah kena satu sama lain sedari diploma , hubungan mereka memang akrab.
“Sampai hati kau cakap camtu.”
“Sampai je.”
Dia merasa ada tangan mengulas rambutnya, tetapi Dian membiarkan sahaja. Sempat dia mengerling kearah Alia yang sudah berbaring dengan sebelah tangannya mengulas rambut rakan sebiliknya itu tersengih. Dia dah sedia maklum dengan tabiat Alia yang suka bermain dengan rambutnya itu. Katanya rambut miliknya itu lain daripada yang lain. Apa yang lain entah.
Dan macam biasa Alia akan bercakap “Lembutnya rambut kau Di..”
Dian hanya angkat bahu.
“Jeles aku tengok rambut kau ni. Dah la perang, lembut pulak tu. Ikal mayang pulak tu. Rasa nak potong bagi jual dekat barber kedai india bawah tu je.” Alia dah mengekek di atas katil.
“Amboi banyak la kau. Habis la botak aku.”
“EKekkeke. Cantik la Di. Geram aku. Untungnya jadi mix ni.”
Dian hanya tersenyum. Ayat yang baginya sangat selalu didengarinya sepanjang 22 tahun dia hidup. Tangannya yang tadi terhenti seketika mula menyambung kerja. Kemudian dia teringat sesuatu. Terus terhenti kembali kerjanya dan dia berpaling pandangan kearah Dian yang sudah khusyuk dengan telefon bimbitnya.
“Yaaa.”
“Hmmm?”
“Aku nak Tanya ni.”
“Apa dia?”
“Kau rasa dekat uitm ni ada ke lecturer muda?”
Dian mula memandangnya pelik. Pelik dengan soalannya yang boleh dikategorikan sebagai random itu.
“Aku rasa ada aje. Bukan ramai aje ke. Kenapa kau Tanya?”
“Tadi aku ada terjumpa dengan seorang laki ni. Aku rasa la dia lecturer sebab dia pakai macam lecturer.”
“Kau jumpa dia kat mana?”
“Parking melati. Tapi kan Yaaa.. muka dia muda sangat kalau nak jadi lecturer pun. Nampak macam student pun ada sebenarnya.” Memang seingat dia lelaki itu sangat muda wajahnya. Apa yang dia rasa masa pertama kali melihat muka lelaki itu, seolah olah lelaki itu masih seorang student, Cuma pakaiannya yang mengenakan kemeja biru, tie dan kasut kulit hitam berkilat membuatkan dia tampak berkerjaya. Macam mana dia boleh jadi sangat observant, sebab dia rasa muka lelaki itu sangat menenangkan, walaupun hakikatnya tadi dia cuak kemain. Tapi cara tutur kata lelaki itu sungguh lembut jadi perasaan cuaknya tak lama.
“Diiiiaaannn!”
Terus tersedar Dian dari lamunannya. Alia yang sudah berkerut dahi dengan kedua tangannya memeluk bantal melihatnya itu ditenungnya kejap. “Kenapa kau jerit?”
“Haaa tak dengar la tu aku cakap. Penat aku cakap sengsorang.”
Dian ketawa. “Sorry sorry. Kau cakap apa tadi?”
“Aku cakap, kalau bukan lecturer, mungkin mamat tu part time master la kut, sebab tu dia pakai macam lecturer, maybe dia kerja la kut. Sebab biasa jugak la aku nampak orang amik master part time datang UiTM, macam kakak senior sekolah aku tu.” Panjang lebar Alia menjelaskan.
Dian hanya mengangguk kepala. Betul jugak tu. Dia pun ada je abang saudara yang dulu part time master sambil jadi lecturer kat sini. Sebab tu kot lelaki tu pakai smart smart macam tu.
“tengok melamun lagi. Jangan cakap kau tertarik dengan laki tuuuuu.”
“ha. Ha. Lawaknya kau alia. Mana ada la.”
“Yekeeeee.” Alia dah menyengih lebar.
“Iyeeee. Aku curious dia tu sape je.”
“Hmmm pape je lah.” Mulutnya yang mula menguap itu ditutp dengan belakang tangan kanan. “Di, kalau kau dah habis buat kerja nanti kejut aku ye. Aku tak isyak lagi ni.” Sempat lagi Alia berpesan sebelum gadis itu mengkatupkan matanya.

Apek berjalan santai menyusuri koridor tingkat 11 bangunan fakulti kejuruteraan kimia itu. Iwan yang mengdahului dia dihadapannya itu sibuk dengan headphone Beats, tak amik pusing orang kiri kanan. Di belakangnya, Dian Violet sibuk membaca sesuatu di telefon Huawei hitam nya. Kelihatan sahabat sekelas mereka masih menunggu di lounge, mungkin kerana kelas sebelum mereka belum keluar. Akhirnya mereka bertiga memilih untuk berdiri di tiang. Senyap antara mereka bertiga. Kelas pagi pukul 2 petang ni memang mengundang perasaan malas, hatta nak berborak dengan kawan sekalipun.
Itu lah rutin harian mereka setiap hari, akan ke kelas bersama, walaupun hakikatnya mereka akan terpaksa menunggu sesama sendiri di luar perpustakaan. Alasannya? Senang saja. Iwan dan Apek memang dah sebegitu, semenjak dari diploma lagi untuk mengiringi Dian ke kelas. Kononnya Dian tu tak pandai cari kawan, jadi merekalah yang menjadi mangsa. Mereka berdua selalu digelar sebagai bodyguard kepada Dian. Padahal sebenarnya tak pun. Dian tu pun ada black belt taekwondo. Cuma sudah menjadi tabiat mereka untuk sentiasa bertiga. Dian sendiri pun tak pernah bising bila Iwan atau Apek lambat sampai, sebab itu memang brother code diorang. Mereka bertiga terlalu rapat sampai diorang ada code masing masing yang perlu diikuti. Code itu pun mereka sendiri yang decide.
Pertama, brothers before hoes. Code ini Dian sendiri yang suggest, walaupun dia tu perempuan. Katanya, jangankan sebab perempuan (atau lelaki bagi  Dian) sampai boleh lupa member. Lagi lagi dekat Iwan sebab antara mereka bertiga, Iwan sahaja yang dah berteman. Nasib baik girlfriend dia tu budak UiTM Puncak Alam. Dan Sarah sangat memahami dengan persahabatan mereka bertiga.
Kedua, kalau ada member terpaksa ponteng kelas atas sebab kecemasan, tolong cover kan attendance dalam kelas, (atau at least, jangan mengantoikan). Melainkan malaun itu sendiri yang nak ponteng atas sebab malas, mengantuk atau sebab tak siap tutorial. Selalunya yang ponteng atas 3 sebab di atas itu Apek saja. Bahana main COC takpun DOTA sampai empat lima pagi, selalu sangat dah dia tu terlajak subuh, terlajak kelas sampai nama pun selalu kena petik dengan lecturer. Nasib baik mamat sorang ni genius melampau, kelaut macam mana attendance dia pun, test dengan final exam kerja score semedang. Lecturer pun nak marah tak jadi sebab anak murid genius.
Ketiga, at least sekali dalam seminggu, kena spend masa bertiga, be it dinner, keluar hang out atau buat kerja bersama dekat mana mana hatta perpustakaan sekali pun. Setakat ni selalunya mereka akan buat tutor bersama. Malam kalau betul betul bosan tahap gaban je baru mereka akan hang out di mana mana. Paling terpaksa pun, kena tarik (selalunya yang ditarik Dian la, sebab budak ni paling malas nak bersiap siap keluar) keluar lepak mamak.
Keempat, kalau sesiapa terjumpa jodoh (ini khas untuk Apek dan Dian), haruslah jangan tunggu dah kahwin baru nak cerita. Kalau tahap paling malu nak cerita sekalipun, at least bagi hint hint sikit pun jadi la. Code ni Iwan yang suggest. Kemain lagi Dian dengan Apek bantai gelak macam nak gila sebab bunyi macam typical girls friendship. Iwan balas balik cakap habistu buatnya ada diantara diorang yang kena serang dengan parang sebab misunderstanding tak ke susah katanya. Akhirnya yang lagi dua terpaks diam akur.
Setakat ni empat tu je lah code besar mereka.
“Iwan.” Dia terasa sikunya ditepuk perlahan. Apek dah mula melangkah mauk ke kelas sambil melurutkan headphone dari kepala ke lehernya. Dian dihadapan mereka dah meninggalkan mereka dan mencari tempat duduk kosong yang  berdekatan dengan pelajar perempuan yang lain. Dan macam biasa, mereka berdua akan duduk di bahagian kiri kelas bersama pelajar lelaki lain. Sedikit hingar kelas itu menunggu kelas dimulakan.
 Sir Azman yang sedari tadi sedang sibuk memasang LCD projector sambil dibantu oleh class rep mereka, Faliq akhirnya bersuara.
“Okay class, while I manage this projector, I want you to pre-read our new topic, Drying. I’ll give you 10 minutes, before we could start our Q&A session. Also, at the end of this class, I’ll do some quizzes about this topic.”
Dan sejurus itu juga kelas itu diam. Hanya kedengaran suara suara halus yang entah sama ada berbincang atau berborak. Dian hanya diam tekun menurut perintah lecturer kesayangannnya itu. Kelas Process dengan Sir Azman memang selalunya begitu, akan disuruhnya mereka untuk baca pada awal kelas, dan barulah mereka akan ditanya kembali.  Dan dia pun diantara nama nama yang selalu kena aim dengar Sir. Sir kata semua kerana namanya yang unik. Dan dia pun redha bila kena panggil. Nasib baik kelas favorite. Kalau kelas CRE yang kena panggil macam ni, memang dia boleh menangis on the spot.
“Okay end of 10 minutes. Dian Violet Muhd Daniel!”
Mai dah mai dah.


Dia membaca bait bait ayat yang terpapar di desktop.
Seketika dia termenung sambil dagunya ditongkat dengan tangan kanan. Tangan kirinya sesekali menconteng sesuatu di kertas putih di atas meja. Decaf coffee yang tinggal separuh barangkali sudah sejuk dek air cond yang boleh tahan sejuk. Matanya melirik menyapu ruang yang kosong dihadapannya. Masih ada beberapa suara dari bilik mesyuarat. Financial mungkin tak habis mesyuarat lagi. Jam di desktop menunjukkan sudah pukul 8.30 malam. Isyakp pun dah masuk. Hatinya berbicara sendiri. Sengaja dia memilih untuk stay back lama sikit di office. Kalau tak biasanya dia lepas je maghrib dia akan terus pulang. Lagipun kerjanya ini jarang menuntut dia untuk tinggal lama di office, kecuali kalau waktu waktu projek tengah memuncak memang dia tidak akan pulang selagi jam tak cecah pukul 10 malam.
Browser yang dari tadi memaparkan kerjanya akhirnya ditutup satu persatu. Dari lepas asar tadi supervisor nya meminta dia untuk membuat sedikit selidik berkenaan projek baru mereka yang baru diterima minggu lepas. Terasa macam balik zaman degree pulak kena selidik selidik ni tapi dia suka sahaja, benda yang memang dalam darah. Akhirnya dia terlalu khusyuk dengan pembacaannya sampaikan dia hanya sempat menunaikan solat maghrib itupun lepas ditepuk oleh Taufiq yang memang hendak ke surau tadi.
Beg Targus ditarik dari bawah meja. Satu persatu barangnya dimasukkan kedalam beg bewarna hitam itu. Bila dia hendak memasukkan Huawei kedalam beg, barulah dia perasan ada notification masuk. Telefon diunlock dan apps whatsapp dibuka. Mesej dari Ibu.
Along tak balik minggu ni? Esok Ibu ingat nak celebrate birthday adik.
Dia menepuk perlahan dahinya. Ye lah. Esok dah 1 december. Birthday satu satunya adik dia yang kini masih bersekolah. Namun dia sengih. Laju jarinya menaip membalas mesej.
Dah besar panjang pun celebrate birthday lagi ke Bu. Along dulu baya dia takde pun nak celebrate. Hihi
Ish Along ni. Ada ke cakap macam tu. Nak balik ke taknak ni?
Along gurau je Bu. insyaAllah Along balik. Ibu nak Along sampai rumah bila?
Along tak kerja esok kan? Balik je lah malam ni senang.
Dia menggaru kepala yang tak gatal. Bukannya dia tak biasa kalau nak balik terus dari ofis pun. Bahkan selalu saja dia buat. Senang. Tak perlu nak balik. Tapi malam ni dia kurang pasti sebab Adam pun out station ke Kelantan. Kalau dia nak balik Putrajaya, dia perlu periksa rumah sewanya dulu. Takut takut ada plug atau tingkap yang tidak bertutup. Takpe lah aku singgah rumah dulu.
Along kena balik rumah sewa dulu. Malam sikit baru Along sampai Putrajaya. Ibu takpayah la tunggu Along.
Okay. Elok elok sikit bawak kereta tu. Jangan bawak laju laju.
Dia hanya tersenyum. Besar macam mana pun dia, tua macam mana pun dia, ibunya tidak pernah lekang dengan nasihat dan peringatan. Lagi lagi bila satu satunya anak sulung lelaki hendak bekerja, walaupun Shah Alam dan Putrajaya kalau diikutkan memandu tak sampai 45 minit pun, tapi ibunya akan sentiasa mengingatkannya tentang pelbagai benda. Dia akui, dia dan adiknya memang terlalu rapat dengan ibu mereka. Dengan ayah mereka pun sama, tapi dek kerana ibu merupakan suri rumah tangga sejak umurnya 10 tahun, jadi dia banyak meluangkan masa bersama ibunya berbanding ayahnya. Adiknya Hanis pulak lain daripadanya. Adik perempuannya itu sangat rapat dengan ayah. Minat mereka juga sama. Kalau ayahnya seorang yang sangat melukis, adiknya juga begitu. Sebab itu dia sanggup masuk kelas architechture engineering walaupun terpaksa meninggalkan bahasa arab yang disayanginya itu. Orang orang arts. Itu lah yang dia fikir. Tak sepertinya, dia langsung takde bakat dalam melukis. Yang dia sedar, semenjak dia belajar kimia sewaktu SPM, dia sangat sukakan subjek itu. Sampaikan lepas SPM, walaupun dia menerima tawaran dalam bidang dentist, dia masih mengambil keputusan untuk sambung diploma dalam bidang chemical engineering.
Mujurlah ibu dan ayah memang tidak memaksa walaupun ibu agak terkilan sedikit. Iya lah. Kalau tidak dah tentu ada salah seorang anak yang jadi doctor. Ayahnya tidak kisah dengan pilihan anak anaknya, asalkan dia nampak masa depan cerah. Bagi ayah, yang penting minat, sebab itu masa adik nak masuk architechture, ayah pada mulanya khuatir, sebab adik kena tinggalkan bahasa arab yang memang ditekankan ayah dari kecil. Tapi selepas melihat kesungguhan adik nak jadi architect katanya, terus dia pun mengalah. Lagipun ayah suka aje tengok tengok adik tu buat kerja sekolah dia di rumah. Benda dah memang dalam darah masing masing.
                Dia melangkah keluar dari pejabatnya menuju ke parking lot. Kunci kereta dikeluarkan dari poket seluar kiri. Keretanya di unlock sebelum dia melabuhkan duduknya. Terasa berdetap detup tulang belakangnya. Dengan lafaz bismillah, dia memandu keluar dari kawasan itu. Dia menghela nafas perlahan. Dah hampir tiga tahun dia meninggalkan zaman degreenya. Dan masternya pula hanya tinggal beberapa minggu. Tinggal nak finalize kan draft thesis dan akhirnya dia akan bergelar graduasi master. Dan dah hampir setahun lebih jugak dia bergelar engineer. Walaupun pada beberapa bulan pertama dia merasakan betapa susahnya nak blend in dalam industry ini. Mujurlah company dia dan co workers dia banyak membantu sana sini. Lagipun syarikat mereka itu memang ramai jugak fresh graduate yang sama sepertinya. Tak sampai setahun dia dia alam pekerjaan, syarikatnya mengeluarkan offer untuk pembiayaan sambung belajar. Kebetulan waktu itu Prof Farah ada menghubunginya, bertanya kalau kalau dia berminat untuk sambung master.
                Ibu dan ayah pun menggalakkan. Lagipun bukannya dia terus berhenti kerja, belajar part time sahaja. Jadi walaupun masanya akan terikat, sekurang kurangnya dia masih ada pekerjaan jika sudah tamat master. Sekarang ni di dalam syarikat itu, ada tiga orang yang tengah part time master, dia, Caymilla dan Azra. Tapi yang lagi dua tu buat pengajian jarak jauh. Berlainan dengannya yang perlu ke university jika perlu. Memang terasa penatnya. Nasib baik hari ini hari jumaat dan esok dia tidak perlu ke uitm sebab tengah tunggu prof farah check draft dia. Jadi hujung minggu ni dia boleh berehat sepuas hati. Dia hanya tersenyum sendiri. Ini pun belum tentu esok dia akan terlepas dari seksa kena layan birthday girl. Budak Hanis tu paling kurang pun mesti akan ketuk suruh belanja seoul garden ke, sushi king ke, johnny’s ke. Kepalanya digeleng perlahan sambil cekap tangannya memusing stereng.
Bertuah punya adik perempuan.

Hingar bingar IOI mall itu mula mengasak telinganya. Sesaknya bangunan itu dengan ribuan manusia mula membuatkan dia rasa rimas dan lemas. Ni yang aku malas kalau pegi mall hujung minggu ni. Sesak! Namun langkahnya tidak dihentikan daripada menuju ke kawasan restaurant dan food outlets. Langkahnya terpaksa diperlahankan dek unwanted traffic manusia yang suka menyimpang jalan.
                Dekat mana pulak budak budak ni.. Huawei yang tersimpan kemas dalam poket jeansnya dikeluarkan. Dia mula mendail nombor.
“Lo.”
“Wey pakcik. Kau kat mana?”
Suara di hujung talian diam sekejap. “Kau kat mana tu?”
Matanya melilau melihat nama kedai dihadapannya. “Aku dekat depan Sangkaya ni. Kau kat mana ni Yad?”
“Aku tengah beratur ni dekat 7e ni beli air mineral. kejap kau tunggu je kat situ. Nanti aku datang.”
Tak sampai beberapa minit dia berdiri disitu, kelihatan kelibat Fayyad dari jauh. Sepupunya yang seorang itu santai berjalan sambil matanya tidak lepas melihat telefon ditangan. Mamat ni entah perasan ke tak aku ni kat sini aku pun taktau. Baru sahaja dia hendak memanggil nama lelaki itu, lelaki itu dah mengangkat kepala, terus mata mereka bertentang. Terbit segaris senyum di bibir lelaki itu.
“Apsal taksuruh aku pegi 7e je tadi kan senang?” Tanpa mukaddimah dia dah bertanya dulu. Macam la jauh sangat 7e dari sini.
Fayyad masih dengan senyumnya. “Assalamualaikum sister.”
Ceh sempat lagi tu. “Waalaikumsalam ustaz.”
Fayyad angkat bahu. “Budak budak tu tak turun lagi dari Daiso. Sebab tu aku suruh kau tunggu sini je. Lagipun aku teringin nak makan Sangkaya ni haa.” Matanya melirik kea rah kedai di hadapan mereka.
“Datang sini makan Sangkaya? Kau biar betul Yad. Gaya kat KL tu takde je Sangkaya.”
“Memang aku duduk KL 24/7 Vee oi.”
Kini dia yang pecah ketawa. Betul juga tu. Sepupunya sorang ni bukannya selalu ada di Malaysia. Pelajar jurusan Medic ini kini masih menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar. Walaupun Fayyad tua dua tahun daripadanya, hubungan mereka memang rapat. Dia pun rapat dengan adik adik Fayyad, Amirah dan Amir, si kembar yang muda 2 tahun daripadanya. Mereka bertiga memang dah berjanji untuk berjumpa pada hari ini sempena pulangnya Fayyad dari mesir sempena summer break.
Langkah mereka menuju ke meja yang berdekatan dengan kaunter. Dian mengambil keputusan untuk duduk sahaja di meja sementara Fayyad memesan ais krim kelapa. Dia menggeleng kepala. Aku yang lama duduk Malaysia ni pun tak pernah makan ais krim kelapa. Entah kenapa dia memang tidak berminat dengan makanan sebegitu. Bagi dia lagi bagus beli aiskrim batang perisa lime tu. Lagi sedap dan lagi murah.
“Melamun.”
Mata Dian focus kearah dua mangkuk ais krim di hadapannya. Satu dengan topping coklat rice, satu lagi tanpa apa apa topping. Fayyad menggerakkan yang tanpa topping itu padanya.
“Nah, buat seorang makcik pelik yang tak suka coklat.”
Dian hanya senyum nipis. “Bagus dapat kau jadi sepupu ni. Memahami kehendak pengguna.” Tangannya laju mencapai sudu plastic dan dibenamkan kedalam mangkuk sebelum disuap ke dalam mulut.
“Ni dah baca bismillah ke belum? Laju je masuk mulut.”
Angguk. “Dalam hati.”
“Good girl.”
“Tengok la siapa ustaznya. Pakcik yang jatuh dari Al-Azhar katakan” Sengaja dia menekan perkataan Al-Azhar. Fayyad dah buat muka disebelahnya. Mula la tu sesi memerli aku. Dia malas hendak membalas. Kalau balas sampai bila tak habis layan budak tak cukup umur ni.
“Study kau okay Yad?” Dian bertanya. Dia tau Fayyad dah malas nak memanjangkan topic tadi.
“Okaye je Alhamdulillah. Tapi aku takboleh betul la anatomi.”
Meleret sengih Dian. “Dah tau tengok darah lagi mau amik medic.”
Eh eh budak ni. “Hello. Itu dulu ye. Kau ni pun satu tiap kali aku balik tiap kali tu jugak mesti ayat tu yang kau cakap. Mana ada aku takut darah dah. Abang dah kental okay.” Fayyad menepuk dadanya, konon gaya macam hulk. Budak ni pun satu, hanya kerana dia pernah pengsan melihat darah terpancut keluar dari luka di kakinya sewaktu mereka kecil, modal itu la yang digunakannya untuk mengusik dia. Dian Violet dan idea nak mengenakan orang tak pernah habis. Gadis itu hanya mengangkat bahu.
“Kau macam mana? Ada konflik dalaman dan luaran lagi ke duduk Shah Alam?” Giliran Fayyad yang bertanya.
Gadis itu hanya diam. Memikirkan ayat. “Konflik tu dah takde.. tapi..”
Fayyad menuggu gadis itu menghabiskan ayatnya. Sesekali dilihat gadis itu menguis nguis sudu ditangan.
“Susahnya nak pujuk dorang Yad..”
Keluar pun ayat tu akhirnya. “Kau dah try semua cara ke?”
Angguk. “Dah. Aku dah try cara halus, cara kasar, cara open, cara tertutup. Semua dah.”
Fayyad hanya senyum. Betapa dia paham situasi gadis itu. Cuma bezanya dia lelaki, kesukaran itu tidak sesukar sepupunya yang sorang ini.
“kita try slow slow ye Vee. Mana tau lepas ni bila dorang tengok kau try your best, dorang pun akan ikut sekali.”
Dian hanya senyum nipis. Kemudian dia teringat sesuatu. “Yang kau janji dalam mesej tu betul ke Yad?”
Giliran Fayyad senyum nipis. Mesti pasal semalam ni. Angguk. “Betul lah. Kan aku dah janji dari before aku pegi Mesir hari ni.”
“Bunyi macam kau nak bagi hadiah kat awek aje..”
Adusss. Kesitu pulak budak ni. “Apahal kau cakap macam tu?”
“Dah tu. Tak pernah dibuatnya orang nak bagi aku hadiah macam tu. Lelaki pulak tu. Kalau perempuan boleh la jugak terima.” Bukan selalu benda benda macam tu pakwe kasi hadiah untuk awek diorang ke?
Pecah ketawa Fayyad. “Kalau awek aku, aku tak kasi hadiah kecik macam tu. Aku kasi dorang cincin kau tau.” Dia double jerk.
“Cehh berlagak. Kaya boleh la cerita. Tau la berkepuk duit biasiswa. Oooo. Lepas ni kalau aku dapat tau kau beli cincin, aku bagitau Mak ngah kau tu dah kemaruk dengan awek.”
Fayyad malas nak melayan. Budak kecik sorang ni memang. Matanya mengerling kearah mangkuknya yang sudah licin. Mangkuk milik Dian juga dah tinggal sisa sahaja. “Dah sudah?”
“Dah. Nak pegi mana lepas ni? Amir dengan Mira?”
“Dorang cakap tadi nak singgah Borders lepas pegi Daiso.”
Pulak. Takde bagitau aku pun. “Dah tu kita nak kemana?”
“Cari tudung kau lah. Jom!”
“ada ke sini jual tudung masalahnya?”
“Ahh selagi tak pusing selagi tu taktau. Jom!”


“Along tengok apa?” Hanis memangjangkan lehernya cuba mencari apa yang ditenungkan abangnya dari tadi. Mau dekat setengah minit juga Fuad macam tersampuk berdiri tegak dengan matanya tak lepas memandang sesuatu. Nak kata tengok orang, kemain ramai orang dekat H&M ni. Siapa pulak abang aku tengok?
“Along!” Akhirnya dia menyiku lelaki itu dengan siku kanannya. Tangan kirinya memegang dua helai blouse.
Tersentak Fuad mendengarkan suara gadis kecil itu. Wajah Hanis yang macam makcik kat pasar yang tak puas hati dengan harga ayam dipandangnya. “Haa. Dah habis pilih?”matanya mengerling kearah tangan kiri adiknya itu. “Berapa helai itu amik?”
“Dua. Lagi satu tak tau nak pilih yang mana. Tu lain kali la adik tuntut.”
“Ni nak bayar la ni?”
Gadis itu mengangguk. Mukanya penuh harapan. Fuad yang sudah berjalan dahulu menuju ke kaunter itu dipandangnya dengan senyuman lebar.
“Sukanya dia sampai senyum macam tu.”
“Mesti lah suka. Dah orang nak belanja baju. Hehe.”
Fuad hanya menggeleng. “Nasib baik la adik along ni sorang aje. Kalau tambah lagi sorang alamatnya bankrupt la along.” Wallet dikeluarkan dari poket kanan seluarnya. 4 keping not rm50 dihulurkan kepada Hanis. “Along tunggu kat luar, okay?”
“Okay Long!” sedikit bersinar mata gadis itu melihat not duit yang diterimanya. Ni lah untungnya dapat abang engineer. Boleh ketuk. Untung jugak sebab dia satu satunya adik dalam keluarga itu. Jadi sedikit sebanyak permintaannya jarang tidak dipenuhi. Lagi lagi bila abangnya ini dah mula bekerja.

Fuad melangkah keluar dari outlet itu dengan otaknya masih laju bergerak. Sedang dia menunggu Hanis memilih baju sambil dia membelek belek kemeja lengan panjang di men department, dia terasa yang dia ada ternampak seseorang. Bukanlah orang yang dia kenal, pastinya, sebab kalau dia kenal dah tentu nama orang itu akan terus terpapar di fikirannya. Tapi muka macam familiar. Terus dia menggali fikirannya, sebelum Hanis mengejutkan dia dan membawa dia kembali kea lam nyata. Bila tengah beratur tadi, baru la dia ingat. Budak perempuan kereta Myvi kat Shah Alam itu. Kalau tak silap tadi budak tu dengan sorang lelaki. Pakwe dia ke?
                Ini bukanlah kali kedua dia nampak perempuan. Kali keempat sebenarnya. Selepas saja kejadian di kawasan parking kereta beberapa minggu yang lalu, dia ternampak gadis itu dua kali. Kedua duanya di uitm. Kali kedua sewaktu dia hendak pergi jumpa HEA di tingkat 10 bangunan kejuruteraan kimia, hendak menguruskan hal hal master dia tu. Elok dia sedang menunggu lif di tingkat tiga, dia ternampak gadis itu sedang mendaki tangga menuju Dewan Kuliah. Pada mula dia tidak pasti, tapi apabila melihat beg warna ungu milik gadis itu, dia terus jadi kenal. And that girl masa itu tengah berjalan seorang diri. Headphone di kepala, jalan pun menunduk aje. Satu je yang dia piker waktu itu. Gadis ni takde kawan ke? Sebab haritu pun sorang sorang je.


Kali kedua dia tenampak gadis tu bila dia terpaksa pegi uitm shah alam elok je lepas waktu pejabat. Gara gara Aiman si exclassmate nya tengah part time lab assistance ajak lepak makan sama tapi budak tu suruh dia jemput di Shah Alam. Alasannya minyak keretanya dah habis. Mamat tu boleh je singgah petrol stesen berlambak dekat luar tu tapi dia malas. Jadinya Fakhrul pun sukarela jadi driver malam tu. Siap kena tunggu dekat luar kolej Melati. Waktu itulah dia ternampak si beg ungu itu sedang berjalan kali. Tapi kali ni dia tidak berseorang. Dia diiring oleh dua orang lelaki. Classmates mungkin. Dan mereka nampak rapat. Dari jauh dia nampak gadis itu bergelak ketawa. Jadi kesimpulannya bahawa gadis itu spesies lonely ditarik balik.