Friday, July 28, 2017

title-less 6

“Tak bagitau pun nak singgah sini.”
“Hah?” Wanita di hadapannya itu mengangkat kepala dari cawan di meja. Cawan yang berisi teh panas itu diletak perlahan. “Aku tak plan pun.. kebetulan haritu call Acik, terasa lama pulak tak jumpa.. sebab tu singgah sini kejap. Kau.. tak kerja hari ni?”
Iskandar menggeleng kepala. “Dah minggu kelima kan, so cuti hari ni. Terasa lama jugak tak balik sini, tu aku datang jugak. Lagipun nanti nak tengok Nadrah dekat UTM. Budak tu dah bising Along dia tak datang jenguk dia. Padahal dua bulan lepas aku baru je tolong hantar dia balik rumah sewa dia.” Iskandar mengeluh sambil ketawa. Dilihatnya wanita di hadapan itu tesenyum nipis.
“Aku lama betul tak jumpa Nadrah. Final year kan dia?”
Iskandar hanya mengangguk kepala. “Sibuk sangat dah dengan FYP dia.”
“That’s why she needs you to take her out and spend some money on her la…”
“Aku haritu baru je belikan dia Ipad, for your information, sebab dia kata dia dah bosan dengar lagu yang sama through laptop dia. Kopak duit aku. Bertuah punya budak.”
Ain ketawa. Iskandar hanya tersenyum melihat wanita itu ketawa.
“Gelak sikit sikit dah la.”
“Takde la, aku pun selalu je angah ketuk mintak belanja apa apa, tapi aku selalu ugut dia kena nampak effort dulu baru boleh belanja. Gigih kau tahu budak tu nak dean list tiap sem semata mata nak ganjaran. So, aku pun paham la situasi kau macam mana.”
Iskandar mencapai seketul karipap pusing di atas meja. Terdengar bunyi ketung ketang dari dapur. Abah dah naik atas, hendak bersiap untuk ke masjid. Tadi dia dah siap jamak Zohor dengan Asar terus. Senang. Tiba tiba dia terasa pergerakan di hujung matanya. Ain dah bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.
“Acik.. acik masak apa? Ain tolong Acik eh?”
Dia di ruang tamu hanya mendengar apabila wanita tua itu membalas. “Ain toksah la. Ain duduk depan je teman si Adam tu haa. Acik tak buat apa pun ni haa. Tinggal nak goreng karipap lagi sikit je ni haa. Pi depan sana tu pi.”
Adam hanya ketawa. Masak sudah dia dengan sikap mak mertuanya yang pantang kalau tetamu turun ke dapur untuk membantu. Sedangkan dia yang menantu ni pun selalu dihalau keluar. Alasannya, mak mertuanya itu lebih senang dan sudah biasa membuat kerja seorang diri.
“Ala, kalau camtu Ain duduk dapur teman Acik la. Ain ajak Adam sekali datang sini. Boleh borak borak dengan acik sekali. Lama dah tak dengar Acik pokpek pokpek.”
“Haa sukati kamu la nak buat apa.”
“Iskandarrrrrrr!! Mai la dapur borak sekali!”
Adam mengangkat kepala. Dia dah tersenyum sumbing. Minah ni memang la dah terbiasa sungguh dengan rumah ni. Dia yang menantu pun tak berani nak jerit jerit macam tu. Terus dia bingkas dari kerusi dan menuju ke dapur. Kerusi dapur yang bertentangan dengan Ain ditariknya.
“Adam ni Ain, kalau dia balik pun, Acik memang tak kasi dia masuk dapur. Bukan apa, Acik tak percaya orang laki ni.. Sedangkan si Fauzan tu pun selalu nak tolong Acik pun Acik halau. Lagi banyak mengacau dari membantu.”
“Oh ye ke Cik.. ala tu laki la Cik, Ain pandai masak apa.. Ain kan selalu tolong Mak Ain masak kat restoran.. Acik macam taktau..”
“Ain tetamu la. Adam ni menantu. Tapi tak membantu pun kalau ke dapur, buat lagi haru je ada lah.”
Iskandar tersengih. “Adam nak tolong mak je.. tolong kacau kacau apa patut ke.. bukannya adam pernah buat mak masak jadi hangus pun.” Ain dihadapannya hanya ketawa.
“Takpe la Dam, dapur ni mak dah biasa urus sorang sorang, setakat buat makan 3,4 orang tu, mak larat je buat sorang sorang.”
Ain tersengih sumbing. Acik Aisyah ni memang sama macam emaknya. Emaknya pun, tak suka kalau beramai ramai di dapur. Kononnya kerja jadi tak jalan. Walaupun si Ain selalu membantu Maknya di restoran, tapi bila di rumah, Emak adalah manager dapur itu. Tetamu pun tidak dibenarkan untuk membantu. Skuad tambahan hanya akan dicari kalau perlu memasak untuk bilangan orang yang ramai terutama sekali jika ada kenduri doa selamat atau pun open house masa hari raya.
“Ain.” Acik Aisyah memanggilnya.
“Nape Cik?”
“Adam cerita tadi, ada orang nak merisik Ain?”
Berderau darah dari mukanya. Terasa kalau ditoreh pun, takkan ada darah yang keluar. Dia memandang Iskandar di hadapannya itu yang turut memandangnya dengan pandangan penuh makna.
“Mana a..”
“Aku jumpa Hariz Selasa haritu, Ain.” Iskandar memotong ayatnya.
Hariz.
Okay.
“Time tu tak silap aku dia nak tunggu kau keluar ofis tapi dia kata kau overtime. Aku sempat la borak dengan dia kejap. Dengar plan dia yang nak merisik kau.”
“Oh..Okay.”
“Jadi, betullah ni ada orang nak merisik Ain?” Acik Aisyah mencelah. Kedengaran seronok suaranya. Pinggan yang berisi karipap pusing yang masih panas diletakkan di atas meja dapur.
Ain melepaskan nafasnya. “Sebenarnya Acik, Ain pun tak bagitau lagi dekat Mak Abah sebab Ain pun tak habis fikir lagi ni.”
“La pulak macam tu. Tak bincang elok elok dulu ke?”
Ain hanya mengangkat bahu. Sebenarnya dia tak ready lagi. Lagi pun, dia dengan Hariz bukannya pernah declare apa apa walaupun banyak kali Hariz cuba approach dia cara baik. Mesej Hariz yang selalu berbau flirty pun selalunya ditempisnya secara baik. Dia masih banyak perkara yang perlu di sort out dahulu.
Salah satunya, perasaan dia terhadap Iskandar.
Yang tak pernah berubah dari dulu lagi.
“Ain, Acik nak tanya ni, Ain dengan siapa nama kawan tu? Hariz? Ha, Dengan si Hariz tu Ain serius tak?”
Ain memandang wajah wanita tua itu, dan pandangannya dialihkan kepada Iskandar di hadapannya.
“Ain tak pernah ada apa apa pun dengan dia sebenarnya Cik.. Tapi Ain tahu dia memang lama tunggu Ain, dari dekat UTM lagi. Sampai sekarang pun kalau dia tanya elok elok, ain pun takde jawab Ain serius terima dia keapa hehe.” Ain cuba berseloroh.
“Lerrr. Patut lah dia tunggu Ain, Ain tak bagitau dia betul betul.” Wanita itu dah mencekak pinggang. “Orang laki ni Ain,” Wanita itu menjeling menantunya yang dari tadi hanya memasang telinga, “Kita tak boleh bagi hint hint je Ain.. Kalau tak suka, cakap tak suka, kalau nak, cakap je nak. Kesian si Hariz tu tunggu Ain lama. Kalau Ain betul betul suka dia, Acik tak rasa ada masalah kalau dia nak merisik Ain. Betul tak mak cakap ni Adam?”
Iskandar yang seolah olah tersentak hanya mengangguk perlahan kepalanya.
“Okay lah. Korang borak la dua orang, mak nak naik atas nak mandi nak solat, berlengaih buat kerja ni ha.” Ujar wanita itu sebelum dia bergegas menaiki tangga.
Ain hanya membisu. Ah sudah. Awkward lah pulak tinggal dengan mamat ni berdua je. Apa aku nak cakap ni.. tak pernah awkward semacam.. cakap pulak pasal Hariz. Iskandar ni mana tau apa apa pasal Hariz, sebab aku pun tak pernah bercerita.
“Hariz cakap korang ada something between you two.”
Heh? Something? “Dia cakap macam tu?”
“Cara dia cakap tu memang bunyi macam korang are meeting each other la senang cerita. I was quite shocked you know. Sebab aku tak pernah pulak dengar kau cerita pasal dia ke apa” Dan dia pulak tak pernah pulak nak bertanya.
“Kitorang kawan je..”
“Yeah.. right. As if I’m gonna believe that.”
Ain menggigit bibir bawahnya. “Betul ni Is. Memang dia dah lama tanya, tapi aku tak pernah declare apa apa pun dengan dia, kau tahu lagi pun kan, aku tak suka pikir benda benda macam ni.”
“Kenapa, kau ada suka orang lain ke?” Laju Iskandar bertanya, dan selaju itu juga la riak air muka Ain berubah.
“No.” Mendatar suara wanita itu.
“Betul ni?”
“Betul.”
“So, why don’t you try to consider Hariz then, he’s a good guy, you know. Dari sekolah aku kenal dia, dia sangat baik hati dan jenis tak berkira. And he’s not a smoker, too. Sebab aku tahu kau tak suka kan kalau lelaki tu smoking?”
Ain ketawa. “Bruh, thanks. I know at least that much.”
“So, it’s not a harm to consider him as your potential partner.”
Ain hanya diam. Perlu ke dia mendengar ayat sebaris itu keluar dari mulut lelaki ini. How ironic.
“Aku.. aku tak rasa aku boleh terima dia.”
“And may I know why? Aku rasa korang sesuai je. He likes you, like what you said just now, dia tunggu kau sejak dari UTM lagi. And he comes here from Canada just to meet you and..”
Ain mula hilang sabar. “Iskandar, why do I feel like you’re forcing me to accept Hariz so bad eh? Dia upah kau ke?”
“No, because I feel like I like seeing you with him.”
“But you don’t sound like it.” Ain mengigit bibir buat kali ke berapa. “Oh let me guess, are you actually mad of me not telling you anything about Hariz?”
“And why is that?”
“Sebab you do sound like you’re irritated, you know.”
“Kalau aku cakap betul aku tengah irritated, kau nak cakap apa?”
“I don’t like Hariz. Or not that, I don’t see him the same way.”
“But unfortunately Ain, Hariz thinks you like him. Or at least he has the slightest idea that you can accept him. And that’s the problem. Kalau kau tak suka dia, just go and tell him. Even though I still thought you two suit each other.”
“Did he ask you to do this?”
“Do what?”
“Pouring him with every single credit you can say and make me accept him?”
“Tak salah kan, lagipun kau bukannya ada suka siapa siapa kan?”
Ain tidak membalas. Sebaliknya dia hanya memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Ini merupakan kali pertama mereka bertengkar, sepanjang perkenalan mereka. Tidak Ain sangka yang Iskandar ni pun jenis keras kepala sama sepertinya.
“I don’t wanna talk about this.”
“Then just make sure you tell him the truth.”
“Might as well I’ll just accept him since that’s what you want, Iskandar.” Geram. Ain mula bangun dari kerusi menuju ke ruang tamu yang masih kosong tidak berorang. Boleh pulak dia bertekak dekat rumah orang. Kalau kat rumah sendiri tak pe lagi nak tinggi suara. Buatnya Acik Aisyah dengar kang haru je nak jawab nanti. Terasa nak balik je tapi kena tunggu Pakcik ngan Acik turun baru boleh blah. Tapi sakit hati pulak nak stay sini menghadap muka mamat sorang ni.
“Look..Ain.. I’m sorry.”
Ain hanya mengangkat bahu.
“Sorry, okay? What I said was harsh.” Iskandar yang turun bergerak menuju ke ruang tamu kedengaran perlahan suaranya. “Aku admit, aku agak bengang sebab tak tahu menahu apa apa pasal kau dengan Hariz sedangkan kita kawan dah lama. Masa Hariz bagitau yang dia balik sebab nak merisik kau, aku macam terpinga pinga sebab aku ingatkan aku salah dengar nama. And he did ask me to come along kalau dia jadi nak merisik kau.”
“He did what??” Ain terasa seperti dia tersalah dengar.
“Yeah, you heard it right. Tapi Ain, kalau betul kau takde perasaan dekat dia, I’m not forcing you to accept him, okay. I was just being an asshole because I was mad.”
“Tau takpe.”
Iskandar senyum nipis. Ain is back. The sacarstic and rude Ain.
“But you have to tell him the truth.”
“Will do. Aku memang dah rancang nak bagitau dia by this weekend. Sebab you know, aku lagi selesa remain kawan dengan dia. He’s a good friend.”
“Betul tu. Tapi serius la Ain,”
“Apa?”
“Kau memang takde perasaan dekat sape sape ke?”
“Am not going to answer that.”
“Sheeshh, girl. You’re 27 already.”
“Oh my God, Is. Thanks for the reminder.”
“You cannot get away from marriage forever.”
“And how about you, then?”
“Sorry?” Raut wajah Iskandar berubah. Terasa soalan itu umpama menghiris hatinya.
Apabila lancar keluar sepotong ayat itu dari mulutnya, barulah dia tersedar kesilapannya.
“I’m sorry. I wasn’t mean it”
Muka Iskandar masih tidak berubah. “I thought you would understand my circumstance the most, Ain, at least, out of all people.”
“Look, Is..”
“Turns out I was wrong.”
Kemudian lelaki itu melangkah pergi mendaki tangga. Hendak dikejar, itu bukan rumah dia. Dan semestinya siapakah dia hendak mengejar lelaki itu, di dalam rumah arwah kawan baiknya itu.
“Ain, kenapa tercegat kat situ tu? Ain nak tumpang solat ke?”
Ain memandang wajah wanita tua yang sedang menuruni anak tangga. “Takpe cik, Ain cuti.”
Wanita itu hanya mengangguk. “Mana Iskandar nya? Dia biar Ain sorang sorang je?”
“Ha.. Dia naik tadi. Cik, Ain gerak dulu lah. Dah lama sangat dah ni kat sini.”
“Eh la… lama apanya. Kan baru sampai tu. Acik baru nak ajak makan malam sini sekali.”
“Takpe Cik, Ain ada hal kena gerak dulu ni. Lain kali Ain datang singgah sini lagi ye cik.” Beg tangan nya dicapai dari atas sofa. Kemudian dua tangannya cuba mencapai tangan wanita tua itu untuk disalam.
“Taknak tunggu Pakcik dengan Iskandar ke?”
“Takpe la Cik, dah lambat ni. Ain memang ingat nak tunggu tapi tak dapat la Cik. Kirim salam kat Pakcik ye.”
“Ha ye lah.. Nanti bawak bawak la datang sini lagi. Pakat sesama dengan Iskandar. Acik suka kalau korang berdua ada.. meriah rumah ni.”
Ain hanya senyum sumbing. Pahit air liur cuba ditelannya. Terasa badannya dirangkul perlahan. Kedengaran wanita itu membisikkan sesuatu di telinganya dan Ain hanya mampu terkaku.

“Adam cakap apa dengan Ain tadi?”
Iskandar yang sedang memeriksa mesej di telefon mengangkat kepala memandang emak mertuanya yang baru melabuhkan duduknya di hadapannya itu.
“Apa dia, Mak?”
“Tadi Mak tengok Ain, bergegas je nak balik, lepas tu riak air muka dia keruh je. Kamu berdua gaduh ye tadi masa mak solat?”
Adam hanya diam. Cuba memikirkan ayat yang sesuai.
“Takde lah Mak.”
“Ain cakap pasal arwah ke Adam?”
Terkejut Iskandar mendengar soalan itu. Wajah tenang wanita tua itu cuba ditelah dan dibaca tetapi gagal.
“Apa maksud mak dia cakap pasal arwah?”
“Mak rasa, kalau kamu berdua bertekak pun, kalau tak pasal si laki yang nak merisik tu, mesti pasal arwah kan? Betul tak?”
Adam kembali diam. Perlahan dia menganggukkan kepalanya.
“Mak kenal lama dah Ain tu, Dam, walaupun tak selama kamu dengan arwah kenal dia. Tapi mak tau macam mana sayangnya dia dekat arwah. Kalau ada dia cakap pasal arwah tu, mak tahu, niat dia baik.”
“Takde lah mak, Ain just tanya, Adam bila pula nak cari pengganti..”
Wanita itu hanya senyum.
“Mak pun banyak kali nak tanya Adam soalan tu tau.”
“Ish mak ni. Kesitu pulak dia.”
“Betul lah Ain tanya tu. Adam, dah dua tahun dah arwah pergi. Takkan la Adam nak teruskan hidup macam ni. Mak pun rasa Adam patut ada peneman hidup tau. Adam cakap Ain tu nak kena risik. Patutnya Adam pun kena la start merisik anak orang jugak.”
Adam ketawa. Sempoinya lah mak mertua aku sorang ni. “Senang betul bunyi mak cakap.”
“Betul apa. Adam cari la kawan siapa siapa. Mak nak jugak tengok menantu mak ni ada kawan perempuan boleh buat isteri.”
“Adam takde masa lah mak.. Lagipun mana ada masa nak kenal kenal anak orang ni..”
“Ada je..”
“Heh?”

“Ain kan ada? Dari cara Adam tadi, mak rasa Adam tak suka Ain tu dengan Hariz kan, Ain tu pun, mak tengok macam takde perasaan je dengan laki tu. Ha, Adam pegi la try Ain tu pulak.” Kemudian wanita itu ketawa.