“Tak
bagitau pun nak singgah sini.”
“Hah?” Wanita di hadapannya itu mengangkat kepala dari
cawan di meja. Cawan yang berisi teh panas itu diletak perlahan. “Aku tak plan
pun.. kebetulan haritu call Acik, terasa lama pulak tak jumpa.. sebab tu
singgah sini kejap. Kau.. tak kerja hari ni?”
Iskandar menggeleng kepala. “Dah minggu kelima kan, so
cuti hari ni. Terasa lama jugak tak balik sini, tu aku datang jugak. Lagipun
nanti nak tengok Nadrah dekat UTM. Budak tu dah bising Along dia tak datang
jenguk dia. Padahal dua bulan lepas aku baru je tolong hantar dia balik rumah
sewa dia.” Iskandar mengeluh sambil ketawa. Dilihatnya wanita di hadapan itu
tesenyum nipis.
“Aku lama betul tak jumpa Nadrah. Final year kan dia?”
Iskandar hanya mengangguk kepala. “Sibuk sangat dah
dengan FYP dia.”
“That’s why she needs you to take her out and spend
some money on her la…”
“Aku haritu baru je belikan dia Ipad, for your
information, sebab dia kata dia dah bosan dengar lagu yang sama through laptop
dia. Kopak duit aku. Bertuah punya budak.”
Ain ketawa. Iskandar hanya tersenyum melihat wanita
itu ketawa.
“Gelak sikit sikit dah la.”
“Takde la, aku pun selalu je angah ketuk mintak
belanja apa apa, tapi aku selalu ugut dia kena nampak effort dulu baru boleh
belanja. Gigih kau tahu budak tu nak dean list tiap sem semata mata nak
ganjaran. So, aku pun paham la situasi kau macam mana.”
Iskandar mencapai seketul karipap pusing di atas meja.
Terdengar bunyi ketung ketang dari dapur. Abah dah naik atas, hendak bersiap
untuk ke masjid. Tadi dia dah siap jamak Zohor dengan Asar terus. Senang. Tiba
tiba dia terasa pergerakan di hujung matanya. Ain dah bangun dari duduknya dan
menuju ke dapur.
“Acik.. acik masak apa? Ain tolong Acik eh?”
Dia di ruang tamu hanya mendengar apabila wanita tua
itu membalas. “Ain toksah la. Ain duduk depan je teman si Adam tu haa. Acik tak
buat apa pun ni haa. Tinggal nak goreng karipap lagi sikit je ni haa. Pi depan
sana tu pi.”
Adam hanya ketawa. Masak sudah dia dengan sikap mak
mertuanya yang pantang kalau tetamu turun ke dapur untuk membantu. Sedangkan
dia yang menantu ni pun selalu dihalau keluar. Alasannya, mak mertuanya itu
lebih senang dan sudah biasa membuat kerja seorang diri.
“Ala, kalau camtu Ain duduk dapur teman Acik la. Ain
ajak Adam sekali datang sini. Boleh borak borak dengan acik sekali. Lama dah
tak dengar Acik pokpek pokpek.”
“Haa sukati kamu la nak buat apa.”
“Iskandarrrrrrr!! Mai la dapur borak sekali!”
Adam mengangkat kepala. Dia dah tersenyum sumbing.
Minah ni memang la dah terbiasa sungguh dengan rumah ni. Dia yang menantu pun
tak berani nak jerit jerit macam tu. Terus dia bingkas dari kerusi dan menuju
ke dapur. Kerusi dapur yang bertentangan dengan Ain ditariknya.
“Adam ni Ain, kalau dia balik pun, Acik memang tak
kasi dia masuk dapur. Bukan apa, Acik tak percaya orang laki ni.. Sedangkan si
Fauzan tu pun selalu nak tolong Acik pun Acik halau. Lagi banyak mengacau dari
membantu.”
“Oh ye ke Cik.. ala tu laki la Cik, Ain pandai masak
apa.. Ain kan selalu tolong Mak Ain masak kat restoran.. Acik macam taktau..”
“Ain tetamu la. Adam ni menantu. Tapi tak membantu pun
kalau ke dapur, buat lagi haru je ada lah.”
Iskandar tersengih. “Adam nak tolong mak je.. tolong
kacau kacau apa patut ke.. bukannya adam pernah buat mak masak jadi hangus
pun.” Ain dihadapannya hanya ketawa.
“Takpe la Dam, dapur ni mak dah biasa urus sorang
sorang, setakat buat makan 3,4 orang tu, mak larat je buat sorang sorang.”
Ain tersengih sumbing. Acik Aisyah ni memang sama
macam emaknya. Emaknya pun, tak suka kalau beramai ramai di dapur. Kononnya
kerja jadi tak jalan. Walaupun si Ain selalu membantu Maknya di restoran, tapi
bila di rumah, Emak adalah manager dapur itu. Tetamu pun tidak dibenarkan untuk
membantu. Skuad tambahan hanya akan dicari kalau perlu memasak untuk bilangan
orang yang ramai terutama sekali jika ada kenduri doa selamat atau pun open
house masa hari raya.
“Ain.” Acik Aisyah memanggilnya.
“Nape Cik?”
“Adam cerita tadi, ada orang nak merisik Ain?”
Berderau darah dari mukanya. Terasa kalau ditoreh pun,
takkan ada darah yang keluar. Dia memandang Iskandar di hadapannya itu yang
turut memandangnya dengan pandangan penuh makna.
“Mana a..”
“Aku jumpa Hariz Selasa haritu, Ain.” Iskandar
memotong ayatnya.
Hariz.
Okay.
“Time tu tak silap aku dia nak tunggu kau keluar ofis
tapi dia kata kau overtime. Aku sempat la borak dengan dia kejap. Dengar plan
dia yang nak merisik kau.”
“Oh..Okay.”
“Jadi, betullah ni ada orang nak merisik Ain?” Acik
Aisyah mencelah. Kedengaran seronok suaranya. Pinggan yang berisi karipap
pusing yang masih panas diletakkan di atas meja dapur.
Ain melepaskan nafasnya. “Sebenarnya Acik, Ain pun tak
bagitau lagi dekat Mak Abah sebab Ain pun tak habis fikir lagi ni.”
“La pulak macam tu. Tak bincang elok elok dulu ke?”
Ain hanya mengangkat bahu. Sebenarnya dia tak ready
lagi. Lagi pun, dia dengan Hariz bukannya pernah declare apa apa walaupun
banyak kali Hariz cuba approach dia cara baik. Mesej Hariz yang selalu berbau
flirty pun selalunya ditempisnya secara baik. Dia masih banyak perkara yang
perlu di sort out dahulu.
Salah satunya, perasaan dia terhadap Iskandar.
Yang tak pernah berubah dari dulu lagi.
“Ain, Acik nak tanya ni, Ain dengan siapa nama kawan
tu? Hariz? Ha, Dengan si Hariz tu Ain serius tak?”
Ain memandang wajah wanita tua itu, dan pandangannya
dialihkan kepada Iskandar di hadapannya.
“Ain tak pernah ada apa apa pun dengan dia sebenarnya
Cik.. Tapi Ain tahu dia memang lama tunggu Ain, dari dekat UTM lagi. Sampai
sekarang pun kalau dia tanya elok elok, ain pun takde jawab Ain serius terima
dia keapa hehe.” Ain cuba berseloroh.
“Lerrr. Patut lah dia tunggu Ain, Ain tak bagitau dia
betul betul.” Wanita itu dah mencekak pinggang. “Orang laki ni Ain,” Wanita itu
menjeling menantunya yang dari tadi hanya memasang telinga, “Kita tak boleh
bagi hint hint je Ain.. Kalau tak suka, cakap tak suka, kalau nak, cakap je
nak. Kesian si Hariz tu tunggu Ain lama. Kalau Ain betul betul suka dia, Acik
tak rasa ada masalah kalau dia nak merisik Ain. Betul tak mak cakap ni Adam?”
Iskandar yang seolah olah tersentak hanya mengangguk
perlahan kepalanya.
“Okay lah. Korang borak la dua orang, mak nak naik
atas nak mandi nak solat, berlengaih buat kerja ni ha.” Ujar wanita itu sebelum
dia bergegas menaiki tangga.
Ain hanya membisu. Ah sudah. Awkward lah pulak tinggal
dengan mamat ni berdua je. Apa aku nak cakap ni.. tak pernah awkward semacam..
cakap pulak pasal Hariz. Iskandar ni mana tau apa apa pasal Hariz, sebab aku
pun tak pernah bercerita.
“Hariz cakap korang ada something between you two.”
Heh? Something? “Dia cakap macam tu?”
“Cara dia cakap tu memang bunyi macam korang are
meeting each other la senang cerita. I was quite shocked you know. Sebab aku
tak pernah pulak dengar kau cerita pasal dia ke apa” Dan dia pulak tak pernah
pulak nak bertanya.
“Kitorang kawan je..”
“Yeah.. right. As if I’m gonna believe that.”
Ain menggigit bibir bawahnya. “Betul ni Is. Memang dia
dah lama tanya, tapi aku tak pernah declare apa apa pun dengan dia, kau tahu
lagi pun kan, aku tak suka pikir benda benda macam ni.”
“Kenapa, kau ada suka orang lain ke?” Laju Iskandar
bertanya, dan selaju itu juga la riak air muka Ain berubah.
“No.” Mendatar suara wanita itu.
“Betul ni?”
“Betul.”
“So, why don’t you try to consider Hariz then, he’s a
good guy, you know. Dari sekolah aku kenal dia, dia sangat baik hati dan jenis
tak berkira. And he’s not a smoker, too. Sebab aku tahu kau tak suka kan kalau
lelaki tu smoking?”
Ain ketawa. “Bruh, thanks. I know at least that much.”
“So, it’s not a harm to consider him as your potential
partner.”
Ain hanya diam. Perlu ke dia mendengar ayat sebaris itu
keluar dari mulut lelaki ini. How ironic.
“Aku.. aku tak rasa aku boleh terima dia.”
“And may I know why? Aku rasa korang sesuai je. He
likes you, like what you said just now, dia tunggu kau sejak dari UTM lagi. And
he comes here from Canada just to meet you and..”
Ain mula hilang sabar. “Iskandar, why do I feel like
you’re forcing me to accept Hariz so bad eh? Dia upah kau ke?”
“No, because I feel like I like seeing you with him.”
“But you don’t sound like it.” Ain mengigit bibir buat
kali ke berapa. “Oh let me guess, are you actually mad of me not telling you
anything about Hariz?”
“And why is that?”
“Sebab you do sound like you’re irritated, you know.”
“Kalau aku cakap betul aku tengah irritated, kau nak
cakap apa?”
“I don’t like Hariz. Or not that, I don’t see him the
same way.”
“But unfortunately Ain, Hariz thinks you like him. Or
at least he has the slightest idea that you can accept him. And that’s the
problem. Kalau kau tak suka dia, just go and tell him. Even though I still
thought you two suit each other.”
“Did he ask you to do this?”
“Do what?”
“Pouring him with every single credit you can say and
make me accept him?”
“Tak salah kan, lagipun kau bukannya ada suka siapa
siapa kan?”
Ain tidak membalas. Sebaliknya dia hanya memandang
wajah lelaki di hadapannya itu. Ini merupakan kali pertama mereka bertengkar,
sepanjang perkenalan mereka. Tidak Ain sangka yang Iskandar ni pun jenis keras
kepala sama sepertinya.
“I don’t wanna talk about this.”
“Then just make sure you tell him the truth.”
“Might as well I’ll just accept him since that’s what
you want, Iskandar.” Geram. Ain mula bangun dari kerusi menuju ke ruang tamu
yang masih kosong tidak berorang. Boleh pulak dia bertekak dekat rumah orang.
Kalau kat rumah sendiri tak pe lagi nak tinggi suara. Buatnya Acik Aisyah
dengar kang haru je nak jawab nanti. Terasa nak balik je tapi kena tunggu
Pakcik ngan Acik turun baru boleh blah. Tapi sakit hati pulak nak stay sini
menghadap muka mamat sorang ni.
“Look..Ain.. I’m sorry.”
Ain hanya mengangkat bahu.
“Sorry, okay? What I said was harsh.” Iskandar yang
turun bergerak menuju ke ruang tamu kedengaran perlahan suaranya. “Aku admit,
aku agak bengang sebab tak tahu menahu apa apa pasal kau dengan Hariz sedangkan
kita kawan dah lama. Masa Hariz bagitau yang dia balik sebab nak merisik kau,
aku macam terpinga pinga sebab aku ingatkan aku salah dengar nama. And he did
ask me to come along kalau dia jadi nak merisik kau.”
“He did what??” Ain terasa seperti dia tersalah
dengar.
“Yeah, you heard it right. Tapi Ain, kalau betul kau
takde perasaan dekat dia, I’m not forcing you to accept him, okay. I was just
being an asshole because I was mad.”
“Tau takpe.”
Iskandar senyum nipis. Ain is back. The sacarstic and
rude Ain.
“But you have to tell him the truth.”
“Will do. Aku memang dah rancang nak bagitau dia by
this weekend. Sebab you know, aku lagi selesa remain kawan dengan dia. He’s a
good friend.”
“Betul tu. Tapi serius la Ain,”
“Apa?”
“Kau memang takde perasaan dekat sape sape ke?”
“Am not going to answer that.”
“Sheeshh, girl. You’re 27 already.”
“Oh my God, Is. Thanks for the reminder.”
“You cannot get away from marriage forever.”
“And how about you, then?”
“Sorry?” Raut wajah Iskandar berubah. Terasa soalan
itu umpama menghiris hatinya.
Apabila lancar keluar sepotong ayat itu dari mulutnya,
barulah dia tersedar kesilapannya.
“I’m sorry. I wasn’t mean it”
Muka Iskandar masih tidak berubah. “I thought you
would understand my circumstance the most, Ain, at least, out of all people.”
“Look, Is..”
“Turns out I was wrong.”
Kemudian lelaki itu melangkah pergi mendaki tangga.
Hendak dikejar, itu bukan rumah dia. Dan semestinya siapakah dia hendak
mengejar lelaki itu, di dalam rumah arwah kawan baiknya itu.
“Ain, kenapa tercegat kat situ tu? Ain nak tumpang
solat ke?”
Ain memandang wajah wanita tua yang sedang menuruni
anak tangga. “Takpe cik, Ain cuti.”
Wanita itu hanya mengangguk. “Mana Iskandar nya? Dia
biar Ain sorang sorang je?”
“Ha.. Dia naik tadi. Cik, Ain gerak dulu lah. Dah lama
sangat dah ni kat sini.”
“Eh la… lama apanya. Kan baru sampai tu. Acik baru nak
ajak makan malam sini sekali.”
“Takpe Cik, Ain ada hal kena gerak dulu ni. Lain kali
Ain datang singgah sini lagi ye cik.” Beg tangan nya dicapai dari atas sofa.
Kemudian dua tangannya cuba mencapai tangan wanita tua itu untuk disalam.
“Taknak tunggu Pakcik dengan Iskandar ke?”
“Takpe la Cik, dah lambat ni. Ain memang ingat nak
tunggu tapi tak dapat la Cik. Kirim salam kat Pakcik ye.”
“Ha ye lah.. Nanti bawak bawak la datang sini lagi.
Pakat sesama dengan Iskandar. Acik suka kalau korang berdua ada.. meriah rumah
ni.”
Ain hanya senyum sumbing. Pahit air liur cuba
ditelannya. Terasa badannya dirangkul perlahan. Kedengaran wanita itu membisikkan
sesuatu di telinganya dan Ain hanya mampu terkaku.
“Adam
cakap apa dengan Ain tadi?”
Iskandar yang sedang memeriksa mesej di telefon
mengangkat kepala memandang emak mertuanya yang baru melabuhkan duduknya di
hadapannya itu.
“Apa dia, Mak?”
“Tadi Mak tengok Ain, bergegas je nak balik, lepas tu
riak air muka dia keruh je. Kamu berdua gaduh ye tadi masa mak solat?”
Adam hanya diam. Cuba memikirkan ayat yang sesuai.
“Takde lah Mak.”
“Ain cakap pasal arwah ke Adam?”
Terkejut Iskandar mendengar soalan itu. Wajah tenang
wanita tua itu cuba ditelah dan dibaca tetapi gagal.
“Apa maksud mak dia cakap pasal arwah?”
“Mak rasa, kalau kamu berdua bertekak pun, kalau tak
pasal si laki yang nak merisik tu, mesti pasal arwah kan? Betul tak?”
Adam kembali diam. Perlahan dia menganggukkan
kepalanya.
“Mak kenal lama dah Ain tu, Dam, walaupun tak selama
kamu dengan arwah kenal dia. Tapi mak tau macam mana sayangnya dia dekat arwah.
Kalau ada dia cakap pasal arwah tu, mak tahu, niat dia baik.”
“Takde lah mak, Ain just tanya, Adam bila pula nak
cari pengganti..”
Wanita itu hanya senyum.
“Mak pun banyak kali nak tanya Adam soalan tu tau.”
“Ish mak ni. Kesitu pulak dia.”
“Betul lah Ain tanya tu. Adam, dah dua tahun dah arwah
pergi. Takkan la Adam nak teruskan hidup macam ni. Mak pun rasa Adam patut ada
peneman hidup tau. Adam cakap Ain tu nak kena risik. Patutnya Adam pun kena la
start merisik anak orang jugak.”
Adam ketawa. Sempoinya lah mak mertua aku sorang ni. “Senang
betul bunyi mak cakap.”
“Betul apa. Adam cari la kawan siapa siapa. Mak nak
jugak tengok menantu mak ni ada kawan perempuan boleh buat isteri.”
“Adam takde masa lah mak.. Lagipun mana ada masa nak
kenal kenal anak orang ni..”
“Ada je..”
“Heh?”
“Ain kan ada? Dari cara Adam tadi, mak rasa Adam tak
suka Ain tu dengan Hariz kan, Ain tu pun, mak tengok macam takde perasaan je
dengan laki tu. Ha, Adam pegi la try Ain tu pulak.” Kemudian wanita itu ketawa.
No comments:
Post a Comment