Monday, September 4, 2017

Firdaus- Aina (3)


"Err.." Lah. Termenung pulak mamat ni. Jauh betul sampai nak tembus dinding ha. Matanya melirik Firdaus yang sedari tadi merenung keluar tingkap. "Firdaus?"
"Pidot." Dia kembali memandang ke ameja.
Eh? Dengar aku cakap? Okay. Tapi dia cakap apa? Pidot? "Pidot?"
"Panggil Pidot je lah. Firdaus tu bunyi formal sangat." Cikgu cikgu dengan makcik pakcik aku je panggil Firdaus.
Aina dah menggeleng. "No thanks, i'll call you Firdaus. And i like formality." Pidot? Kenapa kena Pidot? Dah elok elok nama tu nama syurga nak pegi panggil nama yang entah apa apa maksud dia buat apa?
Dia angkat bahu. "Sukati kau lah." Dia merenung jam di tangan. Dah nak pukul 4. Discussion start pukul 4. "Aku nak blah ni."
Buku yang baru nak dibuka itu separuh ditutup kembali. Muka dia dah berkerut kerut. "Kau nak pi mana? Belajar apa pun tak start lagi?" Suaranya sedikit naik. "Bukan prep habis pukul 4.30 ke?" Dan bukan kau kena ajar aku sampai waktu prep habis ke?
Dia bangun. "Aku dah cakap tadi kan.. aku ade discussion." Buku chemistry dicapainya. "Hari ni introduction je. Khamis nanti baru start." Dia baru hendak melangkah namun disedarinya muka gadis itu dah berubah wajah. "Okay?"
Penat penat aku tunggu dia dekat sejam. Penat penat aku bawak buku sejarah ni. Kalau aku tau baik aku buat je homework dari tadi! Tapi hanya didiamkan saja. Kepala nya mengangguk perlahan. Nasib la Aina dapat mentor macam ni. "Okay. But make sure, by 2.15 you'll be here. Aku taknak melanguk tunggu kau sampai." Rendah suaranya tapi jelas di telinga Firdaus.
Dia buat muka selamba. Langsung takde perasaan bersalah. "We'll see. Okay this Thursday, 2.30, in this class." Dia berjalan kearah pintu. "See ya."
Aina dah ketap gigi. Eeeeee geramnya aku mamat ni! Takde perasaan langsung! Takde nak mintak maaf ke, takde rasa serba salah ke! See ya? See ya dia cakap? Rasa nak amik kerusi depan mata dia ni dan dicampak kat kepala lelaki tu. Nasib badan la Aina Nadia kau dapat mentor gini ghupe. Gaya macam cool habis tapi perangai dengan mulut tu tak boleh pakai. Langsung tak respect aku ni sebagai mentee dia. Dah la lambat! Rasa nak menyumpah seranah je kuat kuat. Tapi salah kau sendiri jugak lah. Siapa suruh boleh dapat markah rendah math dengan sejarah. Kan dah tak pasal pasal dapat sesi mentor free free.
Hari sabtu lepas masa balik dari koop, tidak tersengaja dia melalui board di hadapan rumah warden. Lagipun macam ade dengar budak aspuri kecoh kecoh pasal sesi mentor mentee untuk sesetengah pelajar PMR. Mau tak terkejut beruk dia bila nampak elok ada nama dia dalam senarai. Bila dijumpa dengan exco akademik aspuri, terus di beritahu kak Nisa yang memang untuk sesetengah pelajar yang markah tak mencukupi kehendak, akan dimasukkan kedalam sesi mentor mentee ini. Dia rasa macam nak menangis pun ada, bila tengok si mentor tu budak lelaki. Budak form 5 pulak tu. Tapi dia pun tak berapa nak kenal sebab dia pindah masuk sekolah ni pun baru tahun ni. Tak khatam lagi senior junior kat asrama ni. Dia Cuma mampu berdoa dan bertawakkal biarlah mentor dia ni jenis lembut hati dan senang nak di buat berbincang. Sebab dia memang tak boleh orang garang or cold or dingin, dia akan jadi cepat down.
Tapi.. bila dah jadi macam ni.. macam mana aku nak survive sampai bulan sembilan ni?

"Kau ni mana satu kau nak dengar sebenarnya ni?" Huda yang berjalan di sebelahnya dikerling tajam. Tadi time dekat mcD mampus dia tak layan langsung pertanyaan bertubi tubi Huda. Sebab dia memang takde mood nak bercerita apa apa. Baik pasal Syazwan, baik pasal mamat tadi tu. Sudahnya, langsung mereka senyap tak berkata apa menghabiskan lunch mereka.
"Tak kesah la. Ikut kau la nak cerita mana." Tapi Huda lagi berminat nak dengar pasal senior sahabat baiknya ni, berbanding pasal Syazwan tu. Tapi didiamkan niatnya, sebab dapat membaca riak muka tension Aina.
"Could we not talk about what had happened in mcD just now?" Sungguh. Dia rasa serabut. Taknak mengingat langsung pasal apa yang berlaku.
"Okay." Huda dah mengangkat tangan tanda tak kesah. "Then, apa hal pasal Syazwan tadi? Tadi kemain kau beria ria nak cerita kat aku?"
Terus muka Aina kembali ceria. Terus diceritakan peristiwa yang berlaku pagi tadi di hadapan perpustakaan.
"Oh my GOD dia kenal kau?!" Separuh menjerit Huda bersuara. Nasib baik mereka memang tengah lalu kawasan yang tidak ramai orang. Aina laju mengangguk kepala. "Kiranya dia memang perasan lah ye muka kau kat KMPP dulu?" Tangan Aina dah ditarik dan digoyang goyangkan. "Aina, entah entah kau ngan dia ada jodoh tak?"
Aina mencebik. "Banyak la kau jodoh. Kau ingat ni drama korea ke apa, sekali jumpa lepas tu terus ada jodoh?" Tapi hatinya yang berbunga itu apa?
"Eleh kau. Kata minat. Ni aku dah cakap macam ni kau tak suka pulak?"
"Memang lah minat. Masalahnya kan aku dah banyak kali cakap.. Syazwan tu.."
"Penaik semangat kau je kan? Ye ye aku ingat." Huda dah tersengih. Dia memang pelik dengan Aina. Kawannya dari KMPP ni hanya sukakan Syazwan sekadar untuk penaik semangat untuk belajar, dan pergi ke kelas. Bila ditanya adakah dia serius dengan perasaan minat dia tu, Aina hanya menggeleng dan berkata..
"Takde sampai tahap nak head over heels pun aku kat mamat tu."
Maksud nya dia tak suka betul betul la kan? Pelik.
"Kenapa diam?" Aina menyiku Huda yang di sedarinya tiba tiba diam. Fikir apa minah ni.
Geleng. "Takde pape. Lepas ni kau nak balik bilik terus ke?"
Angguk. "Aku nak tidur lah, semalam aku tidur pukul 3 pagi nak siapkan tutor."
"Okay, aku nak pergi library, nak cari novel."
Aina dah tersengih. "Untunglah pandai sempat lagi nak baca novel bagai..."
"Banyak la kau. "

Beg dihempas perlahan ke kerusi. Kemudian badannya mula menjadi mangsa hempasan ke katil. Tudung dan baju kurung dari tadi tak bertukar dibiarkan saja. Niatnya hendak menunggu maghrib nanti baru dia akan mandi dan tukar baju sekali.
Nafas berat dihela. Teringat peristiwa siang tadi. Sehari yang terasa panjang sangat. Jujur Aina langsung tidak tahu yang bekas mentornya itu budak kampus nya juga. Ye lah, dia habis PMR, seniornya itu dah habis sekolah, memang mereka langsung tak berhubung tak berjumpa dah. Berapa tahun dah tu? Mau 4 tahun kut!
Peristiwa siang tadi di McD seolah olah mengasak mindanya untuk mengingati segala yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan sebelum PMR tu. Walaupun bukan dia yang beratur beli makanan tadi, tapi dia dah mendengar cerita dari Huda. Jelaslah Firdaus masih ingat akan nya.
Soalan terakhir Huda sebelum mereka pulang ke bilik tadi..
"Kau dengan dia ada pape ke dulu?"
Dan dia hanya menjongket bahu, tanda dia sendiri tak tahu jawapannya. Dan ia memang betul. Tempoh hampir 4 bulan dengan lelaki itu meskipun terasa sekejap, tetapi hakikatnya sangat panjang. Mereka memang pernah menempuh tempoh yang boleh dikatakan rapat. Sebelum..
Dia geleng kepala. Malas nak ingat! Baik aku mandi siap siap nak maghrib! Malam ni ada kena jumpa Talia dekat foodcourt! Tudungnya sekilas ditarik melepasi kepala sebelum tangannya menggapai tuala yang tergantung di kepala katil. Penat sakit otak ni satu je ubat dia. Mandi dan basuh kepala tu bagi fresh balik!
"You dont mind.. being my mentor?" Perlahan tapi jelas dia menuturkan sambil mata tak lepas menekan kalkulator.
Mentornya yang sibuk menyiapkan latihan Fizik di hadapan itu langsung mengangkat kepala sekejap sebelum menyambung penulisannya. "Kau nak jawapan jujur ke jawapan sedapkan hati?"
Kini si mentee pulak yang mengangkat kepala. Pen yang sedang mencatat jalan kiranya terhenti terus. "Kenapa kena ada pilihan jawapan pulak?"
"Sebab pilihan jawapan tu aku yang buat?" Firdaus membalas dengan soalan kembali.
Sunggguh la sesi bersoal jawab dengan soalan langsung takde jawapan.
"Gimme your best shot then." Dia malas nak membalas dengan soalan. Sakit hati cakap dengan mamat ni sebab soalan tu tak pernah nak dijawab betul betul.
Firdaus berjenti dari menulis. Sejenak dia menysun ayat didalam kepala. "Honestly.. masa mula mula aku rasa macam masa emas aku tu dah kena curi." Jujur dia menjawab. Memang betul lah kan? Patutnya waktu mentor mentee ni dia patut pegi jamming, bukan ajar anak orang. Muka Aina di hadapannya yang dah berubah riak tu dipandang dua saat sebelum dia menengadah pandangan keluar tingkap. "but then i thought this is not a bad thing. Elok jugak. Sebab yeah dari aku duk buat tah pape."
"Buat tah pape such as?" Aku dapat tau yang jadi mangsa mementor kan budak ni bak kata kak Najwa budak budak form 5 yang ada masalah disiplin.
"Do you know at this time, aku patutnya pegi Radiobeats." Matanya kembali menghadap latihan electromagnetism yang tergantung, sambil tersenyum kecil.
Erk? Radio what? "Apa tu?" Sumpah tak pernah dengar.
Firdaus dan sengih sambil jongket bahu. Perempuan mustahil tau tempat tu. "Studio. Tempat aku selalu jamming dengan member luar." Jawapan Fizik yang tergantung separuh jalan itu ditenungnya. "Aku tak terkejut kalau kau tak pernah dengar." Bertuah la kalau jumpa perempuan yang tau tempat tempat macam tu.
Giliran Aina pulak jongket bahu. "Then? What makes you think it is worth to leave your jamming session behind and have me as your mentee?" Dia menyambung pertanyaannya.
"At least kau tak macam semua budak perempuan. Kut."
Heh? Apa spesies jawapan tu. Matanya menuntut penjelasan. Nak kata aku ni tak cukup ciri ciri perempuan sejati keapa mamat sorang ni.
Firdaus macam boleh mengagak apa yang difikirkan oleh Aina."Bukan macam apa yang kau tengah fikir tu la, maksud aku..” Dia kembali diam tiga saat sebelum kening gadis dihadapannya itu yang sedia terangkat makin diangkat tinggi.
“Kau tak menyusahkan, macam apa aku ingat seorang mentee perempuan akan jadi. You know, gedik and such." Dia senyum nipis. "At least youre not that."
Aina merenung lama lelaki dihadapannya. Lelaki ni memang.. sangat straight forward. Setakat ni dia rasa ini kali pertama dia jumpa lelaki yang jawab tak berkias macam Firdaus. Elok je dia boleh kata perempuan lain yang dia kenal tu gedik.. spesies aku jugak tu yang dia duk kutuk. Memang la mamat ni spesies jarang jumpa. "So you did think having me is a burden sebelum kau pikir aku  tak gedik like other girls and you found out that mentee-ing me around is a good thing too, eventhough you have to sacrifice your jamming session."  Dia membuat rumusan. " I take that as a compliment that i am not that bad as a mentee."

Firdaus dah tergelak. "You are not that bad." Sekurang kurangnya dia rasa selesa dengan gadis itu. Dan dia senang berbual dengan gadis itu. 

Firdaus- Aina (2)

Pintu berkaca transparent itu ditolak perlahan. Matanya laju menyapu isi dalam fast food outlet tu. Hingar yang terasa kuat tu tak dihiraukan. Lunch hour kan? Dah tentu orang ramai. Ni pun nasib baik diorang datang agak awal. So orang yang beratur pun tak ramai. Asalnya dia fikir nak je makan kat foodcourt campus tadi. Tapi si Huda ni berkeras pulak la mengajak makan kan luar, dengan alasan, lepas ni takde kelas dah. Nak taknak terpaksa la dia setuju. Lagipun, elok jugak makan luar sekali sekala ni. Dah lama rasanya tak makan McD. Last makan dengan Huda ni pun, hampir dua minggu lepas. Lama la tu kan?

Dilihatnya Huda dah separuh berlari nak mendapatkan meja kosong yang agak belakang itu. Ramai mata yang memandang, tapi Huda tu mana pernah kesah. Dilahirkan dengan sifat tak hirau apemenda orang lain cakap tu la salah satu perangai yang sangat familiar dengan Huda ni. Dipercepatkan langkahnya mengejar Huda yang dah siap berduduk dah pun. Sling bag Body Glove diletakkan di atas meja. Kerusi ditariknya sebelum dia duduk.

"Sape nak pegi beli ni?" Huda bertanya sambil matanya memandang Blackberry di tangan.
"Kau la pegi." Macam malas pulak nak beratur.
"Aku dah cop meja." Huda dah buat muka.
Aina muka geram. "Ee. Kalau cakap dari tadi biar aku beli kan senang. Dah duduk da ni."
Sengih. "Eheh. Kau pegi ya Na, kau kan comel. Nanti aku ambikkan sos."
Cis. Mengampu nombor satu. Huda yang dah buat muka seposen tu dijelingnya. Namun perlahan tangannya menarik kembali bag untuk mengambil purse. Nasib baik muka seposen kau tu comel. Kalau tak.. memang aku dah siku2 dah tau. "Nak medium ke large ni?"
"Dah kata mcValue Lunch."
Oh haah la. Lupe pulak. "Macam biasa ke?" Macam biasa tu DCB dengan Sprite.
"Yup. Macam biasa la. Eh, haa. Tadi kau cakap kau ade menda nak cerita. Apakehal?" Huda mengalih pandang dari Blackberry kepada muka Aina yang dah sedia nak bangun kembali.

"Jap." Tangan kanannya diangkat tanda tunggu. "Nanti pas aku siap beli aku cerita." Dia dah mula senyum penuh makna. Matanya berpindah kepada deretan orang yang beratur. Nampaknya dah bertambah orang. Dia cuba mengfokuskan pandangannya ke arah dua orang lelaki yang baru hendak beratur tu. Matanya terkunci kepada si baju biru yang sedang berbual dengan mungkin rakannya itu. Macam kenal je. Sape eh? Dan mungkin sebab itu orang selalu cakap seseorang itu dapat merasakan ada orang sedang memerhatikan dia sebab elok je mamat baju biru tu mengalihkan pandangan bertentang mata dengannya.

Waktu itu..
“Oh. My. God." Badannya yang dah separuh berdiri kini kembali duduk.
Huh? Huda yang dari tadi khusyuk dengan phone nya mengangkat kepala. "Gapo kau? Ade Syazwan ke?" Dia cuba memandang sekeliling.
"Jangan pandang belakang!" Perlahan tapi tegas Aina bersuara.

"Heh? Kau ni kenapa doh?" Apekehal pulak cik kak sorang ni? Ade Syazwan ke? Tapi takkan Syazwan kut sampai muka boleh tak berdarah kalau toreh ni.
"Huda. SOS. Kau pegi beli boleh?" Sungguh aku taknak beratur kalau mamat tu ada kat situ. Lagi satu. Apekehal pualk dia boleh ade kat sini? Jangan cakap dia pun budak sama kampus. Mati lahh aku kalau dia memang budak kampus ni jugakkk.

Huda merenung dalam Aina. Ada la tu pape yang dia tak suka. Lambat2 dia mengangguk sambil tangannya mencapai wallet yang tersedia ada di atas meja. "Okay. Tapi nanti kau amik sos tau."

Shot. She noticed me. Lalala. Rasa nak menarik je kat tengah2 McD. Or should I just treat all the people in here? Tamau. Pokai pulak aku nanti.
"Woi." Melamun lagi mamat ni.
"Haa." Dia melihat Khairi yang dah mengangkat kening memandang dengan penuh tanda tanya. "Apa woi woi."

"Aku tanya tadi kau tak jawab."
Oh. Apa mamat ni tanya tadi. "Apa dia?"
"Kau dah mesej belum Tiqa nak jumpa dia petang ni?" Nak cover la tu. Nampak sangat pandang tah sapa2 sampai tak dengar aku tanya apa.
Mengangguk. "Dah la. Dah kau duk remind aku beratus2 kali dari semalam suruh mesej dia. Mesti la sudah." Matanya cuba mencuri pandang orang yang berbaju kurung hijau muda tu. Gadis tu dah duduk balik. Tak jadi nak beratur nampaknya. Ke sebab aku ada kat sini so dia nak beratur pun tak jadi?

Tengok tu. Pandang tah mana2 lagi. Khairi dah menggeleng dalam hati. Amende la dia usha tu. Dia memanjangnya mata, mengekor apa yang dilihat oleh Firdaus. Eh. Tu minah tadi yang diorang nampak dalam library. Ohhhh. 
"Tu.. budak Ain Nadira tadi tu kan?"
Suara Khairi mengejutkan Firdaus. Kantoi on the spot lagi dengan mamat ni. Namun dia mengangguk. Langsung tak perbetulkan nama anak dara orang yang percuma je bertukar jadi nama lain. "Dia la tu."
"Eh kawan dia nak datang sini la." Budak perempuan yang berbaju kurung merah hati pulak yang berjalan kearah mereka. Namun mukanya langsung tak menggambarkan riak apa2. Kosong. Dia mengambil tempat berdiri di belakang mereka.

Khairi dah menyiku Firdaus. "Nak aku tanya dia tak?"
Tapi belum sempat Firdaus nak membalas, Khairi dah tak bagi mukaddimah.
"Er. Assalamualaikum."
Dan Khairi rasa nak tergelak sebab muka gadis tu berubah menjadi sangat terkejut. Dan ianya sungguh lucu. Namun tawanya hanya ditahan dalam hati. Dia masih memandang gadis tu, menunggu salamnya berjawab. 
Firdaus di sebelahnya dah menggeleng kepala tak tau nak buat apa. Sukati kau la bro nak buat apa.
Namun gadis tu hanya diam. Matanya masih memandang pelik.

"Tak jawab dosa."
Huda menarik nafas. "Mana boleh jawab salam laki tak kenal." Apakehal mamat ni tiba2 bagi salam. Salah orang ke hape?

Oh. Fine. "Saya sebenarnya nak tanya."
Keningnya diangkat tinggi. Tapi kemudiannya Huda mengangguk perlahan. "What?"
"Budak kampus sini jugak ke?"
Angguk.

"Course ape?"
Makin tinggi keningnya naik. "Napa nak tau?"
Langsung tak diambil endahnya. "Okay ignore soalan tu. Tu.." Jari telunjuknya menunjuk kearah meja yang diduduki seorang gadis itu. "..kawan awak ke?"
Angguk lagi. 
"Nama dia Ain Nadira?"
Firdaus di hadapannya dah tergelak. Kau ni pun Khairi nak soal jawab anak orang pun cubalah jangan salah fakta. Suka2 hati dia je.
"Bukan la. Aina Nadia. Eh. Macam mana boleh kenal Aina?"
Khairi dah ketawa. "Okay salah pulak. Haaa...dia tu, junior sekolah kawan saya ni ha." Laju tangan kirinya menepuk bahu Firdaus yang langsung tak beriak apa2 tu selain segaris senyum nipis tanda courtesy. "Dia kirim salam kat Aina Nadia tau."
Huda lambat2 mengangguk kepalanya. Okayyy. So this's the guy kut yang Aina nak elak tadi. "Right. Nanti saya bagitau dia." Dia berdehem perlahan. "So.. nama senior sekolah Aina ni apa?" Dia cuba bertanya kembali. Nakkan kepastian sebenarnya. Dan juga supaya senang dia nak attack budak Aina tu nanti. Ooooo nanti kau..
"Firdaus." Kini tuan punya badan yang menjawab. Khairi yang baru nak bukak mulut tu tak jadi bersuara. "So, korang course apa ni? Sem satu?"
"Ha'ah sem satu Electrical. " Dia melangkah kehadapan setapak. Orang yang beratur semakin berkurangan. "Korang?"

"Kitorang budak Oil and Gas." Khairi pulak menyampuk kembali. "So, kawan Aina Nadia ni nama sapa pulak?"
Firdaus dah tergelak dalam hati. Dah keluar dah aura playbuaya dia ni. Menyempat je nak tanya nama anak dara orang.

Huda diam seketika.
"Kami saja je nak tau. Kalau jumpa lain kali boleh tegur."

Dia senyum nipis. "Dah turn korang la." Dagunya menuding kehadapan. Ke arah kaunter yang dah kosong tak berorang. Menanti Firdaus dan Khairi mengambil giliran mereka.

Aina.. you're so gonna owe me bunch of stories!


"Kau taknak cerita apa apa ke?"
"Huh?" Muka sahabatnya yang sedang menghirup air dipandangnya. "Gapo dia cito apa?"
Khairi dah tersengih. Buat buat tak paham pulak. "Budak Aina tu lah. Tengok reaksi kau tadi, dia macam pernah memainkan peranan penting in your past?"
Firdaus dah kerut dahi. Mamat Khairi ni kan... memang tak boleh ke kalau nak menelah tu jangan tepat sangat. "Peranan penting hapanya." Namun dia cuba menafikan.
"Okay then. Correct me." Kentang goreng yang berbaki separuh dicapainya. Firdaus yang masih mengunyah Big Mac direnungnya. "Come on Pidot. Kau tahu aku takkan canang cerita kan."
Angguk. Betul. Khairi walaupun dia jenis yang suka menyakat, dan suka mengorek, tapi sahabatnya ini bukan lah jenis mulut bocor. Bahkan kawan ni jugak la yang banyak menyimpan rahsia dia.
"Kau anggap lah, dulu aku pernah jadi mentor and dia mentee aku."
"Okay. Then."
"Then that was when the history started."


"Tahniah."
Dia tersentak dari bacaan komik Detective Conan apabila bahunya ditepuk perlahan dari berlakang, sekilas dia memandang gerangan siapa. Hazim. Tapi.. "Kau dah kenapa tetiba muncul dari langit ni lepas tu tepuk orang tetiba, apa yang tahniahnya?"
Hazim dah sengih. Kerusi selang satu dari Firdaus ditariknya. Kawan aku sorang ni, time prep buat macam time santai aje. Boleh dia baca komik? Dengan kaki dua berlunjur atas meja. Nasib baik la Rodi si owner kerusi depan mamat ni takde, pegi mana entah.
“Rodi mana?”
“Tadi Puan Hayati panggil dia, ada hal kat bilik multi.” Matanya kembali focus pada watak Conan yang sedang cuba menembak Maori dengan pistol biusnya itu.
"Ooo.” Hazim mengangguk kepala. Kemudian Firdaus dipandangnya. “Kau dah tengok belum board bawah?"
Board bawah? Notice board? "Ada benda baru ke?" Cuba diingatkan bila kali terakhir dia menjenguk board maklumat aspura di bawah. Dah berapa lama aku tak tengok eh. Selalu kalau dia tengok pun bukan ada benda penting. Lagipun ramai si tukang hebah dekat aspura ni yang jadi penyampai berita, tak perlu nak penat penat turun bawah semata nak amik tau latest news.
"Lerhh. Kau dapat mentee. Atau kata lain, kau dah jadi mentor. So, tahniah la bro"
Terus tertutup komik ditangannya. "Pemende siall??" Otaknya cuba mencerna apa yang didengarinya. "Mentee? Mentor?" Apabenda pulak bala datang ni.. mentor tunjuk ajarku sifu tu aku tau lah.
Hazim dah gelak. "Tu lah aku cakap.. cover cover sikit ponteng prep tu. Kan nama kau dah naik. Haa padan muka free free kena jadi mentor time prep petang." Sekali warden dapat list nama pemonteng prep Berjaya, tengok la apa yang jadi. Bala punya ketua bala.
Dia dah menepuk dahi. Allah.. memang bala takde vaksin betul lah. Muka Hazim yang dah macam orang mintak kaki tu ditenungnya.
“Prep petang?”
“Haa, time prep petang, dua kali seminggu seingat aku. Arui dengan Wakleng pun kena jugak.”
Prep petang pulak tu.. dua kali seminggu.. adeh. "Bala. Gila apa jadi mentor. Aku ni mana reti mengajar anak orang. Buat rosak lagi ada lah."
"Apa pulak. Kau ajar aku addmath aku paham aje. Tapi tak silap aku kau kena ajar Math dengan Sejarah aje. Okay la tu. Subjects yang kau strong kan."
Dia mencebik. Tak seronok betul lah bila ada benda remeh macam ni. "Strong tak strong pun.. Ala kacau line lah. Habis lah waktu jamming aku." Dia dah buat muka sedih. Memang sepatutnya setiap Selasa dan Khamis petang, dia akan fly ke Radiobeats untuk join jamming. Tapi ni dah ade mentee pulak ni.. kacau kacau.
"Bawak bawak lah stop kejap jamming tu Pidot woi." Hazim dah membaling pemadam yang sedari tadi dipegangnya. "Dah nak exam ni. Lagi berapa bulan nak trial dah."
Keluar dah aura Exco Akademik dia tu. "Eleh. Kau yang si exco pun tak larang aku."
"Ni aku dah larang dah ni. Come on. You’d better get serious."
Wajah Pidot bersahaja. Taktau nak dicakap apa lagi. Bacaannya yang tadi terhenti disambung. "Baik lah pakcik....."
“Engkau jangan pulak tetiba mengelat cabut lari bila time kena jumpa mentee. Bukan aku tak kenal kau ni. Akal panjang semedang.”
Ehehe. Kantoi. “Ala Jim.. sekali sekala boleh la cabut lari. Takkan la aku nak tinggal habis jamming tu.”
“Nanti dah habis SPM nanti kau nak jamming 24/7 takde sape nak larang, pidot.”
Pakcik sorang ni. Bukan nak support member. Tapi betullah. Takkan la exco akademik nak subahat cover line aku nak ponteng. Cukup cukup la Hazim ni selalu buat tak nampak je kalau dia takde dalam bilik prep. Tu pun selalunya dia pastikan time prep malam mesti dia on time or time waktu akademik lain, dia takkan buat masalah.
Hazim dah kembali gelak. Muka tu.. ada la tu dipikirkan. Namun dia teringat sesuatu yang lagi penting. “Kau kira untung la. Dapat mentee perempuan."
Huh? "Aspuri?"
" Yup. Form three. Aina  apa tah nama budak tu."
"Erk?"

Pen ditangannya dipusing berkali kali. Jam didinding hadapan kelas ditenung buat sekalian kalinya. Dah 3.20 petang! Mana pulak si mamat ni. Jangan cakap dia taktau pulak kot perjumpaan ni. Budak budak yang sama jadi mangsa mentee semua dah balik kelas balik dah. Ala.. patut ke aku blah.. nanti pandai pandai la mamat tu cari aku. Tua tak tua. Ni dah tak tepati masa ni memang mengundang sakit hati. Apa nama mamat mentor tu? Firdaus eh?
"Sorry late. Aku Firdaus."
Firdaus.. Firdaus. Terasa berdengung telinganya mendengar nama itu disebut. Tapi otak dia laju berfungsi untuk mencerna suara itu milik lelaki. Pantas kepalanya berpusing ke kanan, dan kerana dia sedang duduk, dan si lelaki ini sedang berdiri, dia terpaksa mendongakkan kepala. Ni mana datang mamat ni tiba tiba dah muncul kat kanan aku ni. Dah la terus perkenalkan diri.
Tapi dia hanya mengangguk. "Aina." Ni lah mentor aku? Budak ni bukan badan exco jugak ke? Aku macam kenal sebab muka dia macam pernah tengok kat carta organisasi asrama. Sempoi sungguh mamat ni pergi kelas pakai selipar je.
"Aina Nadia, you mean." Lelaki itu dah menarik kerusi meja depan dan memusingkan kerusi itu menghadapnya, sebelum dia duduk. Buku yang dipegang sedari tadi diletakkan diatas meja yang turut menempatkan buku nota Sejarah milik Aina.
Aina dah mencerun. Eh eh dia tau nama penuh aku. Mesti sebab dah tengok kat board tu kan. Matanya melirik ke arah buku yang dibawa Firdaus. Buku apa tu.. eh? Chemistry? Bukan ke dia patut mentor aku math ngan sejarah. Mamat ni nak ajar aku ke nak belajar sendiri?
"Aku lepas ni kena pegi dicussion, sebab tu bawak buku chemistry tu sekali." Tutur Firdaus, seolah dapat membaca fikiran si gadis di hadapannya itu. "Okay. So sekarang kau mentee aku. Aku kena ajar kau tiap selasa ngan khamis.. kan?" Dia mula bermain main jari di atas meja. Dah selasa dengan khamis je la pun dia free. Sebab tu dua hari tu je dia boleh pegi jamming.  Hari lain ade kelas tambahan lah. Koko lah. Sabar je lah.
Gadis itu mengangguk perlahan. " Kalau Selasa buat Sejarah and Khamis untuk Math boleh?" Wajah mentor cuba ditentangnya. Kemudian lelaki itu senyum nipis kearahnya. Terus matanya dibawa ke jemari di bawah meja.
"Sukati kau. Aku ikut je. Kau yang nak belajar lagipun. Aku just akan guide apa yang patut." Sekali lagi Aina hanya mengangguk perlahan. Firdaus hanya memerhatikan tingkah mentee nya itu. Dan kini dia tahu kenapa gadis itu agak dikenali di kalangan aspura. Padahal masa Hazim sebut nama dia, sumpah tu first time dia dengar. Sebab selama ni, bak kata Paan, dia sangat lah tak berminat nak kenal orang, apatah lagi nak mengingati nama. Sebab bagi Paan, Pidot ni kalau berjalan pun menonong tak pandang kiri kanan. Sebab tu Sabtu hari tu..
"Erk?" Siapa nama budak tu? "Come again?" Dia memandang Paan yang baru hendak duduk.
Paan dah pecah ketawa. Ni mesti kes tak kenal la tu. Hazim di sebelahnya dah geleng kepala."Aina Nadia. Budak Form 3. Tu lah mentee kau." Matanya yang dari tadi sekejap beralih dari buku physics ke muka sahabatnya itu memandang kembali muka kusut Pidot. “Padan lah aku masuk bilik prep muka kau jeruk semacam je. Dapat mentee rupanya. Aku dah boleh agak patutnya kau memang takkan kenal dia." Nasib baik tadi dia pun tertengok notice board tu.
Aina Nadia.. tak pernah dengar pun. Masalahnya Pidot, siapa je budak aspuri yang kau kenal? Kalau yang sekelas tu lain lah. Dia hanya mengangguk angguk kepalanya. "Kau kenal ke budak tu?"
Nota mengenai Electromagnetic itu cuba dicerna. "Kenal. Budak tu famous kau tau? Ramai budak upper form minat dia tau. Penat aku duk dengar nama dia tiap hari."
"Tapi aku tak kenal..."
"Siapa je yang kau kenal  masalahnya?" Paan ketawa. “Jalan pun tak pandang kiri kanan. Panggil orang pun woi woi je.”
"Perli aku la tu." Dia mengacah hendak membaling komik di tangannya namun dia hanya ketawa. "Bala lah ni kena mengajar budak famous. Mau ramai serang hendap aku nanti."
Hazim sengih. "Apa bala nya. Taiko besar takde orang nak kacau punya." Firdaus ni memang ada aura taiko. Nama aje Exco Disiplin, tapi disiplin dia tak ke mana pun. Saja budak budak melantik dia dengan jawatan tu sebab nak tengok apa hasilnya. Tapi Pidot buat lantak. Tapi menggunakan aura taiko dia tu lah, kalau dia memberi arahan apa apa, budak budak memang akan patuh. Dilahirkan dengan sifat yang tak berapa nak kisah dengan keadaan sekeliling tu lah, tambahan lagi perangai yang kadang kadang cold kadang kadang ramah tamah, memang ramai orang jadi tabik dengan mamat ni.
Giliran Firdaus pula ketawa. "Korang memang suka sangat perli aku kan."
"Tapi Pidot..."
"Apa?"
Macam mana kalau si taiko ni yang jatuh minat dekat si mentee tu? Hazim dah sengih. Firdaus yang dah mengangkat kening sebelah itu hanya dipandang. Kalau aku cakap macam tu apa reaksi mamat ni?
"Apa ni cakap tak habis."
"Takde pape lah."

"Kambing betul la kau ni Jim."

Firdaus - Aina (1)

"Err."

Suara yang sedikit perlahan itu tak dihiraukan. Kakinya terus melangkah kehadapan.
"Ehem."  Kedengaran suara itu dikuatkan sedikit dengan harapan gadis dihadapannya ini mendengar.

Senyuman terukir dibibir namun terus dikawal seboleh mungkin. Buat dek je buat dek je. Sikit je lagi.. And..
"Aina Nadia?"
Jackpot. Yess. Yess. Aigoooo. Langkahnya berhenti. Sekilas dia berpusing ke belakang. Ke arah suara yang menegurnya.

"Ye saya?" Muka innocent dipamerkan dengan kening kiri terangkat.

"Ni.." Tangan kanan dihulur. "Student ID awak.. terjatuh tadi." Objek bertali bewarna orange itu menyapa pandangan.

Ya Allah dia panggil aku awak? Tapi tangan kanan tetap mengambil kembali objek itu dengan anggukan di kepala. "Oh, okay. Thanks anyway."
"No probs."
Elok je time dia nak berpusing ke arah foodcourt semula dengan senyuman di bibir yang memang dah tak boleh nak control, sekali lagi pemuda itu memanggil.

"Eh, kejap."
Keningnya terangkat. Student ID ditangan dimasukkan kedalam pencil case yang memang sedia ada di pegangannya. "Yup?"

"Budak..KMPP kan?" Teragak2 lelaki itu menghabiskan ayat.
Dia buat muka terkejut. "Ha'ah. Eh, mana tau?"
Lelaki itu senyum nipis. "Saya pun budak KMPP jugak. Padan la rasa muka macam familiar je tadi. Nasib baik tak salah orang." Dia tergelak kecil.
Memang la familiar. Dah kita dulu pun memang selalu terserempak cik abang oi. Dia berdehem. "Oh yeke.Tak ingat la.." Dia ketawa kecil. Denial. Bajet tak perasan sangat la kan padahal muka mamat ni jugak la kau cari tiap2 hari.

Sekali lagi lelaki tu ketawa. "Standard la tu tak ingat orang. Kat matrik tu kan ramai orang."
Dia hanya mengangguk perlahan. "Em. So, course ape sekarang?" Muka selamba habis bertanya.
"Oil and gas. Awak course ape?"
"Saya Electrical."
"Oh electrical. Nak pegi kelas ke ni?" 
"Eh tak la. Nak pegi foodcourt tu haa." Dagunye mengisyarat kearah foodcourt di hadapan. 
"Oh. Eh okay la. Nak pegi office faculty ni."
"Haa. Okay okay. Em. thanks tau student card ni."
“Takde hal la. Jage card tu elok2. Jangan bagi cicir lagi." Lelaki itu mengangguk sebelum meminta diri, menghala ke laluan bertentangan.

Dan Aina Nadia tersenyum puas di belakang. He noticed me, checked. He knew my name, checked. All in, checkmate. Ya Allah happy nyaaaa aku. Hudaaaa aku ada hot story ni!!!


"Kau usha ape tu bro?" Kepalanya sedikit diangkat mengintai apa yang dimenungkan oleh sahabatnya yang dari tadi diam tak bersuara. Amende tah kat luar tingkap tu dia tengok aku pun taktau. "Hoi. Aku tanye tak dengar pulak kau." Buku teks setebal 2 inci tu dilibas ringan ke lengan lelaki itu.
"Tu.." Telunjuknya dituding ke arah luar tingkap. Ke arah kaki lima dibangunan bertentangan  dengan library yang sedang mereka duduki itu, lebih tepat lagi. "..junior sekolah aku la."
Huh? Junior sekolah? Laju dia bangkit dari kerusinya, mencari subjek yang disebut oleh Firdaus tadi. "Maneeenyeee?" Dikecilkan matanya sedikit. Ish salah kau jugak Khairi, dah tau rabun pegi tinggal speck dekat rumah buat hape. "Yang tu ke? Yang girl dengan boy dua orang tu?" Sebab si gadis berbaju kurung hijau muda dengan tudung putih dengan lelaki berkemeja hitam tu je pun yang aku nampak. Kelihatan bedua2nya sedang berborak. Nak kata couple, gaya macam awkward semacam. Nak kata kawan pun, macam tak. Kemudian elok laki itu mengangguk courtesy sebelum melangkah pergi. Dan si budak perempuan tu... eh? Senyum sorang2? "Mane satunye junior kau? Laki ke perempuan tu? Ke dua2?" Bertubi2 soalan dilontarkan.

Firdaus mendengus perlahan. Apekehal mamat ni banyak tanye. "Budak perempuan tu la. Aina Nadia Muhd Alif. Budak laki tu aku tak kenal." Dia nampak Aina tu senyum elok je bila budak laki tu blah. Sebenarnya dari tadi lagi dia dah nampak. Dan dari tadi lagi dia perasan yang Aina tu memang tengah control senyum dia. Her crush, maybe?

Khairi angkat kening. Aku salah dengar ke tadi? "Woh Pidot."

Firdaus kembali menumpukan matanya ke nota di atas meja. "Apa kau woh?"
"Kau tau nama dia?" Aku gerenti mamat ni sebut nama budak perempuan tu. Nama penuh lagi tu.
Shit. "Dah dia junior aku." Dia buat muka takde perasaan.

"Salah." Khairi dah mengetuk pen ke dagunya. "Mesti kau ada pape ni dengan dia."
"Apahal pulak?" Dia bertanya nak tak nak. Mukanya dah beralih dari nota reaction ke muka extra berseri Khairi. Menunggu jawapan dari sahabatnya itu.
"Firstly, kau mana tau nama penuh orang." Khairi dah keluar aura detektif.

"Heh? Gayanye aku tau je nama kau, nama Ariff nama budak2 lain."
"Dengar dulu aku cakap sampai habis. heee mamat ni tak menyabo." Khairi berdehem. "Kau mana penah nak amik tau nama budak perempuan kelas kita."
Firdaus diam. "Gaya macam budak perempuan kelas kita tu 4,5 orang je la kan?" Ayat perli. Padahal dekat 15 orang jugak budak perempuan dalam kelas diorang. Memang takde keje la dia nak amik tahu nama sorang2 tu.
Khairi dah menggeleng. Kawan aku sorang ni kan. Tau je nak menjawab. "Memang la tak 4,5 orang tu. Tapi Pidot.." Saja dia menekan 'Pidot' agar kawan tu mendengar apa yang diperkatakan. "Kalau dah 5 sem kau satu kelas ngan diorang, tapi tak tau jugak nama diorang, tu kira over tu weh." Mana ke tidak nye. Macam last week, masa lecturer baru bahagikan group untuk lab research, elok pulak si Firdaus ni dengan innocent nye pegi tanya "Eh nama kau sape eh?" dekat groupmate diorang Atiqah. Padahal Atiqah tu dah satu kelas dengan diorang dari sem 1 lagi. Mau tak merajuk tak bersuara langsung cik kak sorang tu. Seminggu lepas tu jugak la diorang buntu cemana nak plan research diorang sebab Atiqah tu la pun 'brain' diorang. Haru betul kawan aku sorang ni.

"Kau ni nak perli aku pasal Atiqah ke apa ni?" Firdaus dah buat muka. Nak mengungkit pasal minggu lepas la tu.

"Ye la! Sedar pun aku ni berbunyi keperlian."

Firdaus kembali ke nota. "Takde masa aku nak amik tau nama sorang sorang. Baik la aku pegi hafal formula reaction yang dari dulu tak hafal2 ni." At least lepas tu aku mesej tau Atiqah tu cakap mintak maaf. Bukan aku sengaja nak buat tak tahu dengan nama anak orang ni. Eh ye ke Pidot. Ke memang kau ni bermasalah sikit nak ingat anak orang.

Khairi sengih. "Tapi elok pulak kau ingat nama junior kau sorang tu. Apekenama dia, Ain Nadira?"
Aku dah agak mamat ni mesti cakap macam tu. Firdaus diam. Aina Nadia la bengong. Tapi langsung tak disuarakan. Karang buat isu je kang. Mamat ni dah la mulut kepoh sikit. Suka benar act gaya macam detective. Tu la, banyak sangat baca Detective Conan ni la jadinya. Ade benda boleh buat isu, mesti nak korek sampai ke lubang cacing.

"Berapa umur dia weh?" Khairi tak habis lagi dengan interview tak rasmi dia. Rasa macam budak sem satu pun ade jugak aku tengok ni.
Angkat bahu. "Entah la." Padahal dah terang lagi bersuluh minah tu 19 tahun. 2 tahun lagi muda dari mereka. Dan sudah pasti jugakla dia tu baru semester satu.
Lipat pusing Khairi dari textbook ke muka Firdaus. Cuba mencari kebenaran daripada riak wajah sahabat baik dari sem 1 nya itu. "Tipuuuuuu.. takkan la kau tak tahu kut. Nama penuh tu boleh pulak ingat."
Ayat berbunyi sindir itu langsung tak dilayan. "19." Kemudian dia senyap sebentar. "Kut."
Khairi dah pecah ketawa. "Kut?"
Firdaus buat muka. "Kut." Dia dah beralih dari notanya ke HTC di tangan. Terasa panas pulak muka dia.
"Kut kau kata?" Biar betul mamat ni. Haa ni tengok handset tiba2 ni nak cover malu letteww. 
"Hey pekak ke ape kau ni ha? Asal aku cakap je terus tak dengar. And please stop with those annoying question." Suara dia dah naik satu oktaf. Geram dengan usikan Khairi. Tak habis2.

"Alololo.. Marah pulak pakcik sorang ni. Yela aku diam."

Firdaus senyum segaris. "Bagus. Dah buat kerja kau tu. Melayan kau ni sampai besok kerja kau tu tak bergerak."

Khairi pulak buat muka. "Skema."
"Whatever."

Diam sekejap meja itu. Firdaus masih khusyuk membalas mesej dari Kak Long. Kak Long baru sampai Wisconsin nampaknya. Alhamdulillah. Sedih jugak tak dapat tengok Kak Long take off semalam. Takpe la. Asalkan selamat sampai pun bersyukur la.
"Tapi kiranya.." Khairi mengangkat muka kembali dari penulisannya. "dia tu sem 1 la sekarang ni eh?"

Firdaus dah tergelak. Tak habis2 lagi mamat ni nak soal siasat. Namun perlahan dia mengangguk kepalanya. Khairi di sebelahnya pun dah tersengih si musang guntang namun terus dia menyambung kerja. Malas nak bertanya lanjut, mungkin. Atau dia pun dah paham yang Firdaus dah taknak berkata apa2 dah. Biar je lah, lambat laun Khairi akan tahu jugak nanti. Eh. Ke tidak? Kenapa pulak dia nak memberitahu Khairi cerita 4 tahun yang lalu itu. Bukan ke dah lama tutup buku.

Entah.