Monday, September 4, 2017

Firdaus- Aina (3)


"Err.." Lah. Termenung pulak mamat ni. Jauh betul sampai nak tembus dinding ha. Matanya melirik Firdaus yang sedari tadi merenung keluar tingkap. "Firdaus?"
"Pidot." Dia kembali memandang ke ameja.
Eh? Dengar aku cakap? Okay. Tapi dia cakap apa? Pidot? "Pidot?"
"Panggil Pidot je lah. Firdaus tu bunyi formal sangat." Cikgu cikgu dengan makcik pakcik aku je panggil Firdaus.
Aina dah menggeleng. "No thanks, i'll call you Firdaus. And i like formality." Pidot? Kenapa kena Pidot? Dah elok elok nama tu nama syurga nak pegi panggil nama yang entah apa apa maksud dia buat apa?
Dia angkat bahu. "Sukati kau lah." Dia merenung jam di tangan. Dah nak pukul 4. Discussion start pukul 4. "Aku nak blah ni."
Buku yang baru nak dibuka itu separuh ditutup kembali. Muka dia dah berkerut kerut. "Kau nak pi mana? Belajar apa pun tak start lagi?" Suaranya sedikit naik. "Bukan prep habis pukul 4.30 ke?" Dan bukan kau kena ajar aku sampai waktu prep habis ke?
Dia bangun. "Aku dah cakap tadi kan.. aku ade discussion." Buku chemistry dicapainya. "Hari ni introduction je. Khamis nanti baru start." Dia baru hendak melangkah namun disedarinya muka gadis itu dah berubah wajah. "Okay?"
Penat penat aku tunggu dia dekat sejam. Penat penat aku bawak buku sejarah ni. Kalau aku tau baik aku buat je homework dari tadi! Tapi hanya didiamkan saja. Kepala nya mengangguk perlahan. Nasib la Aina dapat mentor macam ni. "Okay. But make sure, by 2.15 you'll be here. Aku taknak melanguk tunggu kau sampai." Rendah suaranya tapi jelas di telinga Firdaus.
Dia buat muka selamba. Langsung takde perasaan bersalah. "We'll see. Okay this Thursday, 2.30, in this class." Dia berjalan kearah pintu. "See ya."
Aina dah ketap gigi. Eeeeee geramnya aku mamat ni! Takde perasaan langsung! Takde nak mintak maaf ke, takde rasa serba salah ke! See ya? See ya dia cakap? Rasa nak amik kerusi depan mata dia ni dan dicampak kat kepala lelaki tu. Nasib badan la Aina Nadia kau dapat mentor gini ghupe. Gaya macam cool habis tapi perangai dengan mulut tu tak boleh pakai. Langsung tak respect aku ni sebagai mentee dia. Dah la lambat! Rasa nak menyumpah seranah je kuat kuat. Tapi salah kau sendiri jugak lah. Siapa suruh boleh dapat markah rendah math dengan sejarah. Kan dah tak pasal pasal dapat sesi mentor free free.
Hari sabtu lepas masa balik dari koop, tidak tersengaja dia melalui board di hadapan rumah warden. Lagipun macam ade dengar budak aspuri kecoh kecoh pasal sesi mentor mentee untuk sesetengah pelajar PMR. Mau tak terkejut beruk dia bila nampak elok ada nama dia dalam senarai. Bila dijumpa dengan exco akademik aspuri, terus di beritahu kak Nisa yang memang untuk sesetengah pelajar yang markah tak mencukupi kehendak, akan dimasukkan kedalam sesi mentor mentee ini. Dia rasa macam nak menangis pun ada, bila tengok si mentor tu budak lelaki. Budak form 5 pulak tu. Tapi dia pun tak berapa nak kenal sebab dia pindah masuk sekolah ni pun baru tahun ni. Tak khatam lagi senior junior kat asrama ni. Dia Cuma mampu berdoa dan bertawakkal biarlah mentor dia ni jenis lembut hati dan senang nak di buat berbincang. Sebab dia memang tak boleh orang garang or cold or dingin, dia akan jadi cepat down.
Tapi.. bila dah jadi macam ni.. macam mana aku nak survive sampai bulan sembilan ni?

"Kau ni mana satu kau nak dengar sebenarnya ni?" Huda yang berjalan di sebelahnya dikerling tajam. Tadi time dekat mcD mampus dia tak layan langsung pertanyaan bertubi tubi Huda. Sebab dia memang takde mood nak bercerita apa apa. Baik pasal Syazwan, baik pasal mamat tadi tu. Sudahnya, langsung mereka senyap tak berkata apa menghabiskan lunch mereka.
"Tak kesah la. Ikut kau la nak cerita mana." Tapi Huda lagi berminat nak dengar pasal senior sahabat baiknya ni, berbanding pasal Syazwan tu. Tapi didiamkan niatnya, sebab dapat membaca riak muka tension Aina.
"Could we not talk about what had happened in mcD just now?" Sungguh. Dia rasa serabut. Taknak mengingat langsung pasal apa yang berlaku.
"Okay." Huda dah mengangkat tangan tanda tak kesah. "Then, apa hal pasal Syazwan tadi? Tadi kemain kau beria ria nak cerita kat aku?"
Terus muka Aina kembali ceria. Terus diceritakan peristiwa yang berlaku pagi tadi di hadapan perpustakaan.
"Oh my GOD dia kenal kau?!" Separuh menjerit Huda bersuara. Nasib baik mereka memang tengah lalu kawasan yang tidak ramai orang. Aina laju mengangguk kepala. "Kiranya dia memang perasan lah ye muka kau kat KMPP dulu?" Tangan Aina dah ditarik dan digoyang goyangkan. "Aina, entah entah kau ngan dia ada jodoh tak?"
Aina mencebik. "Banyak la kau jodoh. Kau ingat ni drama korea ke apa, sekali jumpa lepas tu terus ada jodoh?" Tapi hatinya yang berbunga itu apa?
"Eleh kau. Kata minat. Ni aku dah cakap macam ni kau tak suka pulak?"
"Memang lah minat. Masalahnya kan aku dah banyak kali cakap.. Syazwan tu.."
"Penaik semangat kau je kan? Ye ye aku ingat." Huda dah tersengih. Dia memang pelik dengan Aina. Kawannya dari KMPP ni hanya sukakan Syazwan sekadar untuk penaik semangat untuk belajar, dan pergi ke kelas. Bila ditanya adakah dia serius dengan perasaan minat dia tu, Aina hanya menggeleng dan berkata..
"Takde sampai tahap nak head over heels pun aku kat mamat tu."
Maksud nya dia tak suka betul betul la kan? Pelik.
"Kenapa diam?" Aina menyiku Huda yang di sedarinya tiba tiba diam. Fikir apa minah ni.
Geleng. "Takde pape. Lepas ni kau nak balik bilik terus ke?"
Angguk. "Aku nak tidur lah, semalam aku tidur pukul 3 pagi nak siapkan tutor."
"Okay, aku nak pergi library, nak cari novel."
Aina dah tersengih. "Untunglah pandai sempat lagi nak baca novel bagai..."
"Banyak la kau. "

Beg dihempas perlahan ke kerusi. Kemudian badannya mula menjadi mangsa hempasan ke katil. Tudung dan baju kurung dari tadi tak bertukar dibiarkan saja. Niatnya hendak menunggu maghrib nanti baru dia akan mandi dan tukar baju sekali.
Nafas berat dihela. Teringat peristiwa siang tadi. Sehari yang terasa panjang sangat. Jujur Aina langsung tidak tahu yang bekas mentornya itu budak kampus nya juga. Ye lah, dia habis PMR, seniornya itu dah habis sekolah, memang mereka langsung tak berhubung tak berjumpa dah. Berapa tahun dah tu? Mau 4 tahun kut!
Peristiwa siang tadi di McD seolah olah mengasak mindanya untuk mengingati segala yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan sebelum PMR tu. Walaupun bukan dia yang beratur beli makanan tadi, tapi dia dah mendengar cerita dari Huda. Jelaslah Firdaus masih ingat akan nya.
Soalan terakhir Huda sebelum mereka pulang ke bilik tadi..
"Kau dengan dia ada pape ke dulu?"
Dan dia hanya menjongket bahu, tanda dia sendiri tak tahu jawapannya. Dan ia memang betul. Tempoh hampir 4 bulan dengan lelaki itu meskipun terasa sekejap, tetapi hakikatnya sangat panjang. Mereka memang pernah menempuh tempoh yang boleh dikatakan rapat. Sebelum..
Dia geleng kepala. Malas nak ingat! Baik aku mandi siap siap nak maghrib! Malam ni ada kena jumpa Talia dekat foodcourt! Tudungnya sekilas ditarik melepasi kepala sebelum tangannya menggapai tuala yang tergantung di kepala katil. Penat sakit otak ni satu je ubat dia. Mandi dan basuh kepala tu bagi fresh balik!
"You dont mind.. being my mentor?" Perlahan tapi jelas dia menuturkan sambil mata tak lepas menekan kalkulator.
Mentornya yang sibuk menyiapkan latihan Fizik di hadapan itu langsung mengangkat kepala sekejap sebelum menyambung penulisannya. "Kau nak jawapan jujur ke jawapan sedapkan hati?"
Kini si mentee pulak yang mengangkat kepala. Pen yang sedang mencatat jalan kiranya terhenti terus. "Kenapa kena ada pilihan jawapan pulak?"
"Sebab pilihan jawapan tu aku yang buat?" Firdaus membalas dengan soalan kembali.
Sunggguh la sesi bersoal jawab dengan soalan langsung takde jawapan.
"Gimme your best shot then." Dia malas nak membalas dengan soalan. Sakit hati cakap dengan mamat ni sebab soalan tu tak pernah nak dijawab betul betul.
Firdaus berjenti dari menulis. Sejenak dia menysun ayat didalam kepala. "Honestly.. masa mula mula aku rasa macam masa emas aku tu dah kena curi." Jujur dia menjawab. Memang betul lah kan? Patutnya waktu mentor mentee ni dia patut pegi jamming, bukan ajar anak orang. Muka Aina di hadapannya yang dah berubah riak tu dipandang dua saat sebelum dia menengadah pandangan keluar tingkap. "but then i thought this is not a bad thing. Elok jugak. Sebab yeah dari aku duk buat tah pape."
"Buat tah pape such as?" Aku dapat tau yang jadi mangsa mementor kan budak ni bak kata kak Najwa budak budak form 5 yang ada masalah disiplin.
"Do you know at this time, aku patutnya pegi Radiobeats." Matanya kembali menghadap latihan electromagnetism yang tergantung, sambil tersenyum kecil.
Erk? Radio what? "Apa tu?" Sumpah tak pernah dengar.
Firdaus dan sengih sambil jongket bahu. Perempuan mustahil tau tempat tu. "Studio. Tempat aku selalu jamming dengan member luar." Jawapan Fizik yang tergantung separuh jalan itu ditenungnya. "Aku tak terkejut kalau kau tak pernah dengar." Bertuah la kalau jumpa perempuan yang tau tempat tempat macam tu.
Giliran Aina pulak jongket bahu. "Then? What makes you think it is worth to leave your jamming session behind and have me as your mentee?" Dia menyambung pertanyaannya.
"At least kau tak macam semua budak perempuan. Kut."
Heh? Apa spesies jawapan tu. Matanya menuntut penjelasan. Nak kata aku ni tak cukup ciri ciri perempuan sejati keapa mamat sorang ni.
Firdaus macam boleh mengagak apa yang difikirkan oleh Aina."Bukan macam apa yang kau tengah fikir tu la, maksud aku..” Dia kembali diam tiga saat sebelum kening gadis dihadapannya itu yang sedia terangkat makin diangkat tinggi.
“Kau tak menyusahkan, macam apa aku ingat seorang mentee perempuan akan jadi. You know, gedik and such." Dia senyum nipis. "At least youre not that."
Aina merenung lama lelaki dihadapannya. Lelaki ni memang.. sangat straight forward. Setakat ni dia rasa ini kali pertama dia jumpa lelaki yang jawab tak berkias macam Firdaus. Elok je dia boleh kata perempuan lain yang dia kenal tu gedik.. spesies aku jugak tu yang dia duk kutuk. Memang la mamat ni spesies jarang jumpa. "So you did think having me is a burden sebelum kau pikir aku  tak gedik like other girls and you found out that mentee-ing me around is a good thing too, eventhough you have to sacrifice your jamming session."  Dia membuat rumusan. " I take that as a compliment that i am not that bad as a mentee."

Firdaus dah tergelak. "You are not that bad." Sekurang kurangnya dia rasa selesa dengan gadis itu. Dan dia senang berbual dengan gadis itu. 

No comments:

Post a Comment