Thursday, November 3, 2016

title-less

AIN

01 December 2015, 2345.

Alarm yang berbunyi daripada Huawei yang diletakkan disebelah laptop dicapainya. Novel yang sedari tadi dibacanya ditutup sebentar. Sekilas matanya melirik apa yang tertera pada skrin telefon bimbit itu. Nafasnya ditarik. Berat. Matanya ditutup perlahan. Perasaan yang berbuku dalam hatinya cuba dikawal.

Memang adalah tabiatnya untuk set alarm 15 minit sebelum hari lahir orang orang yang penting disekelilingnya. Dan alarm ini adalah salah satu daripadanya. Cuma..
She’s no longer in this world.


02 December 2015, 0845.

“Ainnnn!”

“Woi apa ni jerit jerit pagi pagi?” Ain yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam ofis yang separuh penuh itu mengangkat kening. Wada yang sedari tadi tersengih sengih berjalan acah acah cat walk kearahnya.

“Buat buat taktau pulak makcik ni. Nah!” Huluran kotak yang berbalut dengan wrapper biru cair diletak diatas meja Ain.

Ain hanya tersenyum sumbing. “Apa benda kau kasi aku ni weh..”

“Kau ni kan, memang la kurang emosi dan kasih sayang. Bukan nak happy aku bagi hadiah.”

“Hehe. Aku ni kan memang kurang emosi. Thanks Wada.”

Wada hanya ketawa. Paham benar dengan sifat rakan satu ofis nya itu. “No biggie. Neway, happy birthday Ain. Aku nak celebrate ngan kau lunch ni tapi aku ada meeting. Sorry tauu.”

“Heee takde pape lah. Dah tua Bangka pun nak celebrate jugak ke? Dah dah. Pegi sambung buat kerja kau.” Ain menggoyangkan tangan kanannya seolah olah menghalau. Kemudian dia ketawa melihat Wada mencebik.

“Ceh menghalau. Yelah yelah. Bye Ain”

Baru sahaja dia mahu melabuhkan badannya ke atas kerusi, terasa vibration dari telefon bimbitnya yang diletakkan didalam poket seluar jeans nya. Perlahan tangannya mengeluarkan Huawei itu sebelum sekilas dia melihat notification whatsapp itu.

Ada dua. Satu dari Harriz.

Happy birthday, Ain. Missing you badly. Terasa macam nak fly balik Malaysia je harini.

Ain hanya tersengih. Pandai lah pakcik ni. Gaya macam Canada-Malaysia tu jarak sekangkang kera je.

Dia membuka mesej yang lagi satu.

Lunch together today? It’s your birthday anyway.

Ain menghela nafas berat. I know this would come. Tahun lepas pun the very same thing happened. 

Dan dia tahu dia tak boleh lari daripada kenyataan.

Sure. 12.30?

Sure do. Tempat biasa okay?

Okay.

Kalau ada satu yang dia harap dia boleh ubah pada waktu ini, betapa dia berharap dia boleh berpindah ke tempat kerja yang lain. Sesungguhnya untuk berada di bangunan yang sama dengan lelaki ini bukanlah perkara yang mudah. Lebih lebih lagi bila dia cuba untuk menjauhkan dirinya.



ISKANDAR

Hari ni dia turun sedikit awal daripada biasa. Habis sahaja meeting pukul 12 tadi, dia terus turun menuju ke foyer selepas singgah sekejap di ofis. Sudahnya, baru pukul 12:15, dia sudah pun terpacak di Papa Rich ni. Seorang diri.

Dia bukanlah jenis yang suka makan seorang diri. Kalau nak dikatakan, dia adalah seorang yang akan cuba untuk mengelak untuk makan seorang diri. Baginya terlalu bosan untuk tiada teman berborak kalau tengah makan. Dan selalunya dia akan turun lunch di mana mana mamak yang ada dekat area Putrajaya bersama dengan rakan ofisnya yang lain.

Cuma hari ni, dia tak boleh nak makan mamak kegemarannya. Sebab orang yang dia sedang tunggu untuk makan bersama ni tak suka makan di kedai mamak. Jadinya, Papa Rich sajalah pilihan termudah.

Tadi, Azmir siap angkat kening masa dia cakap yang dia tak dapat join lunch harini. Siap tanya lagi siapa date dia. Dia hanya mampu ketawa. Bukan date pun. Dia dan Ain dah kenal lama. Terlalu lama kalau nak dikatakan. Hampir 13 tahun kalau nak dikira sekali dari zaman sekolah dulu.

Dan persahabatan itu meleret sampai zaman university apabila mereka bertemu lagi di UTM. Dan meleret lagi ke Putrajaya apabila bangunan tempatnya bekerja ini rupanya bangunan yang sama Ain bekerja. 

Jadi untuk mereka lunch sama sama once in a while itu adalah perkara yang normal baginya. Lagi lagi sebab mereka mempunya penghubung di antara mereka.


Walaupun si penghubung itu sudah tiada lagi di dunia ini.

No comments:

Post a Comment