Friday, November 4, 2016

title-less 2

26 July 2011, 1130

“Seriusssssslah.”

“Aku serius lah ni.”

“Okay tak kisah lah. Tapi kenapa kena dia jugak dalam ramai ramai manusia? Apa yang kau nampak pun dekat dia tu?”

Tangan kanannya laju menepuk bahu kawan sebelahnya itu. “Weh Ain, tak baik tau kau cakap camtu. Dah jadi boyfriend aku dah pun mamat tu.” Dia mencebik.

Alololo. Merajuk pulak makcik sorang ni. Ain dah menarik nafas. Serba salah pulak dia pergi cakap macam tu. Betul jugak cakap Shairah ni. Dah jadi pakwe dia dah pun.

Dia menarik bahu rakan baiknya itu. “Alaa.. Shai, kau marah ke? Sorry ye. Aku tak kutuk pun. Aku just pelik kenapa ramai ramai lelaki kat U ni, dekat budak sekolah aku tu jugak yang kau boleh kenan.  Tu je.”

Shai dah tersengih. Ain pun turut tersengih, tahu benar Shai memang takkan mampu nak marah dekat dia lama lama. “Haaa tu lah kau. Tiap kali aku ajak jumpa mesti kau kata busy la tu lah ni lah. Dah la weekend selalu balik bangi. Ni pun elok la aku terjah pegi fac kau, kalau tak payah betul nak jumpa.”

Cawan yang tadi berisi Milo Ais situ ditarik. Tengok tu salahkan aku pulak. “Siapa suruh fac kau jauh sangat. Aku ajak duduk rumah sewa sekali taknak, skema sangat nak jadi ajk kolej. Lepas tu ada pakwe taknak bagitau awal awal.”

Shai dah gelak besar. Minah ni bukan kisah orang lain kiri kanan kalau nak gelak keapa. Mentang mentang ni bukan fac dia.

“Siot la kau salahkan aku pulak. Eh tapi serius lah.”

“Serius apa?”

“Aku tak pernah dengar pun kau sebut nama Alif tu kat mana mana sepanjang kita matrik dulu.”

Ain menelan air liurnya. “Dah takde sebab kenapa aku nak cerita kat kau?”

“Tade apa pun. Sebab masa first time aku gitau kau dulu ada mamat yang aku tau dia dari sekolah kau tu satu fac dengan aku, aku tengok muka kau macam terkejut gila babeng kut. Mana tau kat sekolah dulu korang memang rapat ke.”

Laju dia menggeleng kepala. “Dak ah. Rapat kemende. Iskandar tu famous kat sekolah dulu sebab dia prefect. Aku kenal dia pun sebab dia selalu jaga kelas kitorang time assembly.” Dan selalu jugak tegur tegur kalau jumpa tengah jalan. Tapi didiamkan sahaja ayat terakhir itu. Dia malas nak memanjangkan cerita.

“Dia ingat kau weh.”

Huh? “Siapa?”

Shai dah mencebik. “Alif lah.”

Alif. Alif Iskandar.

“Oh ye ke. Macam mana pulak dia boleh ingat aku.” Mendatar sahaja suara Ain bertanya. Hatinya yang tiba tiba berubah rentak cuba dikawalnya.

“Hehehehe. Aku lah tanya dia kenal tak Ain Humairah. Mula mula muka dia macam blur lepas tu aku cakap lah satu sekolah dulu lepas tu muka dia excited gila. Dia cakap dia kenal kau sebab korang selalu tegur time sekolah dulu.”

Shit.

“So korang kira baik jugak la kan?”

Ain hanya ketawa. “Baik lah weh. Kalau tak baik memang masak aku kena dengan dia sebab selalu kantoi datang sekolah lambat. Nak taknak kena baik dengan dia.”

Shai hanya tekun mendengar. Kemudian dia mencelah. “Bestnya jadi kawan satu sekolah. Aku  takde sape pun member sekolah kat sini. Semua jauh jauh.”

Ain mencebik. “Hey mangkuk. Dah kau sekolah dekat Sabah kau nak cari kawan kat sini mendenya. Memang susah la nak jumpa. Ni aku yang satu matrik ni pun kira untung lah kau dapat sekali. Kalau tak alamat kesian la kau yang memang tak ramai kawan ni.”

Sekali lagi bahunya ditepuk. Kali ni lebih kuat. “Sampai doh hati kau. Kau la kat matrik dulu over protective sangat sampai takde orang nak kawan dengan aku. Lepas tu degree dapat course lain lain, kan dah susah aku nak cari kawan.”

“Iskandar kan ada.”

“Itu boyfriend. Ni nak kawan buat jalan jalan sesama.”

“Ala, nak jalan jalan bagitau je lah. Macam tak biasa aku amik kau kat kolej.”

“Ceh untunglaaa rumah dekat boleh bawak keretaaaa.”

“Jeles.”

“Memang pun jeles.”

Belum sempat dia hendak membalas, tiba tiba Nokia di atas meja itu bergetar. Laju tangan Shai mencapai sebelum dia melekapkan telefon itu ketelinganya. “Haa. Dah habis kelas ke?”

Ain hanya memerhati sahaja sahabat baiknya itu yang kejap kejap ketawa dan kejap kejap tekun bercakap.

“Eh you naik je tangga sampai tingkat 4, kafe kitorang duduk ada je kat sebelah tangga tu.”

Tegak telinga Ain mendengar ayat itu. Jangan cakap perempuan ni ajak mamat tu datang sini sekali?

“Oh meaning you memang dah sampai lah. Eh jap kitorang bebetul tepi pintu ni. Nampak tak?” Laju je Shai bertanya. “Eh I nampak you dah. Kejap I angkat tangan.” Bulat mata Ain melihat Shai angkat tangan melambai lambai kearah mana mana tah. Memang la budak sorang ni tak kisah orang sekeliling langsung.

“Dia dah sampai.” Shai dah tersengih. “Boleh la kau borak dengan dia.”

Ain hanya tersenyum sumbing. Budak ni memang la nak kena. Bukan nak usul dulu dekat aku nak ajak Iskandar makan sekali. Dan senyum sumbingnya itu terpaksa dipanjangkan apabila kerusi disebelah Shai ditarik sebelum beg sandang hitam diletak diatas meja itu.

“Hai Ain.”

Dia mengangkat muka. Mukanya dimaniskan. Jangan lupa Ain, Shai ada je depan mata kau ni. 

“Iskandar. Lama tak nampak kau.”

“Kannn. Aku rasa last jumpa dekat sekolah la pun. Lepas tu memang takde nampak dah even rumah takde lah jauh mana.” Iskandar terus masuk gear mesra alam dia.

“Korang borak la dulu ye, nak pegi order extra air kejap.”

Ain dan Iskandar hanya mengangguk. Iskandar yang sedari tadi hanya tersenyum bersuara. “Kau apa khabar weh? Kenapa aku tengok kau macam makin kurus? Kena tinggal pakwe ke?”

Air milo terasa hendak disembur. “Haru lah kau Is. Badan aku punya naik ni kau cakap kurus?” Dia dah ketawa. Baru lah terasa ringan bahunya apabila ketawa itu keluar dari mulutnya. “Kau ye lah makin cikeding. Dulu kau chubby kot.” Memang lah mamat ni mesra alam. Bertahun tak jumpa tapi dia boleh buat gaya macam baru dua hari tak nampak bata hidung.

Iskandar pula ketawa. “Aku tau lah dulu aku bulat macam panda. Tak payah la nak mention balik.”

Sisa ketawanya masih berbaki. Pandai la dulu dia bulat macam panda. Padahal biasa biasa je. Kalau tak takkan la mamat ni boleh di kategorikan sebagai hot stuff masa kat sekolah dulu.

“So, kau dengan Shairah kenal dari matrik?”

Dia hanya senyum segaris. “Mesti la Shai dah cerita kat kau kan?” Melihat lelaki itu hanya mengangguk kepala dia menyambung. “Yup. Kitorang dulu roommate dengan classmate kat Johor. Been with her since the first day, tak pernah berenggang.” Dia sengih. “She’s my bestfriend since then.”

Lelaki di hadapannya itu tersenyum. “She told me the same jugak. Tapi pelik jugak sebab degree ni never really saw her with you pun. Itu pun sebab aku borak dengan dia then she suddenly mentioned your name. agak terkejut jugak la.”

Gadis itu masih tersengih. “Takde masa nak jumpa. Shai pun selalu busy dengan aktiviti kolej ajk kolej dia. Didn’t really get the chance to meet even dah masuk second year kat sini. Selalu keep in touch through messaging je. Kalau jumpa pun kadang kadang je. Tapi…..” Sengaja dileretkan ayat terakhir tu. “Dia tak pernah pun mention pun pasal kau! Not until two weeks back!” Dia membuat muka geram.

“She’s quite a keeper.” Iskandar menambah.

Ain terdiam. Tapi dia mengakui kata kata lelaki itu. “Yeah. She’s such a hard headed keeper.”

Iskandar hanya tertawa kecil. Ketawa yang tanpa sedar membuatkan hatinya berdetap laju. Liar matanya mencari Shai. Mana pulak minah ni pegi tinggalkan aku dengan balak dia pulak. Order air ke tolong anney bancuh air dekat dapur tu?

“Ain.”

Dia mengalih pandangannya kearah lelaki di hadapannya itu. Keningnya terangkat apabila dilihatnya lelaki itu muka serius.

“It is so good to see you again.”



02 Septemberr 2016, 1240.

AIN

Dari jauh dia dah nampak lelaki itu sedang duduk sambil matanya focus terhadap telefon bimbit di tangan. Dia menarik nafas sedalam dalamnya sebelum pintu restoran itu ditarik. Seorang waiter datang kearahnya.

“How many people, miss?”

“No it’s okay, my friend’s already here.” Waiter itu hanya mengangguk kepala sebelum memberi laluan kepadanya untuk berjalan menuju kea rah meja di hujung tingkap itu, tempat biasa mereka.

“Iskandar.”

Lelaki itu mengangkat kepala. Senyum tergaris di wajahnya. Walaupun wajah itu sedikit susut berbanding setahun yang lalu, tapi riak wajahnya tetap menunjukkan yang dia gembira bertemu wanita itu.

“Ain. Lambat kau keluar?”

“Yeah, ada short meeting tadi. Tu pun aku bagi alasan kena keluar awal sebab ada klien tunggu kononnya.” Dia menjulingkan mata. “Kau dah order ke?” dia melabuhnya dirinya di kerusi yang bersebelahan dengan kerusi depan Iskandar.

“Belum. Thought of thinking you order the food since it’s your birthday.” Lelaki itu mengangkat double jerk.

“Ah sheeshh. Not this again.” Tapi tangannya dah membuka menu dihadapannya. “So, aku order yang paling mahal la ye.”

“Don’t care. Gaji baru masuk lagipun. So lucky la your birthday awal bulan, orang memang tengah banyak duit.”

Ain ketawa. Memang itulah ayat yang selalu didengarnya tiap kali hari jadinya. Jadi jarang sekali untuk dia tidak mendapat hadiah dari orang orang sekelilingnya.

“If Shairah was here, she would be the one who was too excited to celebrate our birthday together.”

Diam. Iskandar menghela nafas panjang.

“I thought we already had a say on this ‘if’ sayings.”

Ain memejam matanya. “Sorry. Couldn’t really forget those days. I even still has the notification for her birthday last night. If was hard enough to ignore.” Matanya terasa berbuku. “Happy birthday to her, too.”

“Yeah. Thanks for ruining the mood, Ain Humairah.” Iskandar hanya ketawa kecil. Berat. “Now, order the food. Before the waiter think I actually made a lady cry on her birthday.”



ISKANDAR

Betapa dia cuba untuk tidak memikirkan bahawa hari ini juga hari lahir Shairah, arwah isterinya jugak merupakan kawan baiknya. Betapa dia cuba untuk move on, meski pun perkara itu kedengaran seperti mustahil sebab siapa yang semudah satu dua tiga untuk melupakan wanita yang pernah menjadi suri hatinya. Malam tadi, tepat pukul 12 malam, dia sudah menangis keseorang di atas katil apabila mengingatkan hari lahir arwah Shairah. Matanya cuba dipaksa untuk tidur, untuk berhenti memikirkan yang tidak tidak.

Dan pagi tadi, sampai sahaja dia ke ofis, terus dia terdetik untuk jumpa Ain, kerana dia tahu, satu satunya manusia yang akan paham perasaannya pada hari ini ialah Ain. Satu kerana Ain adalah sahabat dia dan sahabat baik arwah Shairah. Kedua kerana birthday arwah Shairah adalah birthday Ain juga. Dan adalah menjadi ritual tahunan mereka untuk berjumpa setiap kali 2 September untuk sambut bersama sama. Dan dia sebagai suami kepada Shairah, hanya menurut. Paham dengan bonding kedua wanita yang memang rapat itu.

Pagi tadi juga, dia dah telefon Mak dan Abah di Johor. Sayu rasanya mendengar suara mereka apabila dia mengucapkan terima kasih pada mereka kerana membesarkan arwah. Kedengaran esakan Mak apabila dia turut mengucapkan terima kasih kerana melahirnya arwah. Kalau dia rasa sedih akan kehilangan Shairah, Mak dan Ayah pastinya lebih sedih mengenangkan arwah anak perempuan bongsu mereka itu.



02 September 2014, 2014.

“Do you really have to do this, Alif?” Suara wanita itu dah berbunyi cuak. “You know you really should thank Ain tau sebab I terpaksa cut short celebration I dengan dia.”

Iskandar senyum nipis. Already got Ain’s permission for tonight’s mission, tho. “Dont worry. I already did. Dia kasi je. She really didn’t care pun masa I cakap malam ni you kena dinner dengan I instead or with her.”

Shairah dah ketawa. Ketawa yang sering membuatkan Iskandar tesenyum. “So, since I already get the idea of you wanted to celebrate birthday, perlu ke tutup mata dengan kain bagai, whatever it is, I know it would be the lame chocolate indulgence cake and hadiah atas meja, Alif..”

Iskandar hanya ketawa mendengar ayat Shairah. “You really think so, don’t you? How confident  you are, dear." Apabila dia terasa pergerakan Shairah sedikit payah, dia bertanya "Do you want me to walk slower?” Tangannya yang memegang handbag merah itu cuba dikemaskan pegangannya. Dihujung beg tangan yang sama, tangan Shairah elok berpaut. Ye lah. Nak pegang tangan anak orang, belum jadi bini lagi.

But soon she will.

“No, I okay je. Alif.. if this is some kind of trick, siap la you.” Namun terasa pergerakan mereka terhenti apabila tiada lagi yang menariknya untuk berjalan. “Alif?”

“You may open the blindfold, Nur Shairah.” Kedengaran suara lelaki itu ditelinganya. 

Shairah ketawa. Kemain suara dia macam Zorro aje. “I told you earlier okay, if this is some kind of trick..” Kain hitam yang dari tadi menutup matanya itu ditarik. “Siap la..” namun ayat itu hanya tergantung apabila yang menyapa matanya bukan la kek chocolate indulgence atau lame hadiah di atas meja, sebaliknya jambangan bunga ros merah.

Dan Alif yang sedang melutut dihadapannya. 

Dan tangan kanannya yang tidak memegang jambangan ros itu sedang memegang kotak baldu kecil bewarna merah.

“Alif.. what is..” Terasa kedu bibirnya. Baru dia tersedar bahawa disekeliling mereka berdirinya waiter dan waitress yang sedang tersenyum melihat mereka.

“Alif..”


“Nur Shairah Abdul Halim. Will you do a favor and be my wife, because I certainly cannot bear the thought of not having you in my future.” Lancar Iskandar menuturkan dengan senyum sejuta megawatt nya yang boleh mencairkan lilin yang sedang menyala di atas chocolate indulgence diatas meja itu.

No comments:

Post a Comment