15 January 2014, 22:40
"So.. is this some kind of joke you're trying to pull on me? Because it is not a slightest bit funny, Shy." Dia memukul bahu Shairah dengan bantal kecil yang memang berada di sisinya itu.
Shairah hanya diam. Layout bilik itu dipandangnya sekali lalu. Bilik tidur yang selalu menjadi tempat tumpangannya setiap kali hujung minggu bila dia tidak pulang ke Johor itu terasa seperti sempit daripada biasa. Air liur ditelannya pahit, cuba mengingat kembali ayat yang baru dituturnya kurang dari seminit lalu. Dia tahu benar apa yang baru diberitahunya kepada kawan baiknya itu bukanlah sesuatu yang boleh diterima bulat bulat.
"I dont think it's April first Shairah, it's not even the April fool, okay, and this is not the time where you can go and make things fun. Your wedding is in 3 months, okay, to say something like that, what.. by any chance, you really dont want to get married that bad, huh?" Dia memandang tepat mata sahabat baiknya itu. "Do both of you are in a fight? Did Iskandar hurt you?" Bertalu soalan dilontarkannya.
Satu perkara yang Shairah tahu mengenai Ain Humairah sepanjang 6 tahun mereka berkenalan ialah bila kawannya itu mula bercakap ayah penuh dalam bahasa asing, itu bermaksud dia sangat serius. Dia tahu, sebab banyak kali dia cuba membuat lawak tak jadi dan kawan baiknya itu sentiasa mengambil serius lawaknya itu dengan memarahinya dalam bahasa inggeris. Dan selalunya dia akan ketawa sahaja. Ketawa dengan sifat Ain yang selalu serius itu.
Cuma kali ini, dia tiada niat pun untuk membuat lawak atau bergurau.
"You know what, Ain? Youre so serious i can help but to think you never laughed on Mr Bean's jokes."
Giliran Ain pula senyum tawar. "I never really understood his jokes, tho. Lawak dia tak sampai."
"Tengok kan betul aku cakap. Kau ni serius sangat la Ain. Dah berapa ratus kali aku cakap ayat ni kat kau."
"Thousands, Shy. Thousands. I need no more reminder." Matanya dijulingkan.
"Geee. Youre no fun."
"You too, dear. Kau jangan buat lawak macam tadi boleh tak? And you dont even answer any of my questions. So, answer me now."
"No, Ain. Me and Alif didnt fight. We're okay. And fyi, i want to get married, okay. Kau tau kan aku sayang Alif tu. And he didnt hurt me or anything." But I'll be the one who's going to hurt him, tho.
"So what's with the jokes just now?" Ain mengecilkan matanya. Cuba membaca riak wajah Shairah.
"Ain." Shairah menarik bantal bersarung gambar ultraman diriba Ain."It's not even a joke to begin with."
Ain diam. Kali ini matanya merenung dalam mata Shairah. Cuba mencari kebenaran. Gagal. "Told you it's not funny."
"I know."
"I am serious, Nur Shairah."
"I am too, Ain Humairah."
Seolah olah sesuatu merasuk mereka berdua jadi bisu, kerana bilik itu tiba tiba menjadi sangat sunyi. Terlalu sunyi, bagi Shairah kerana mereka berdua hanya membatu sekurang kurangnya selama 10 minit dan matanya masih cuba membaca apakah yang sedang difikirkan oleh Ain. Wanita itu hanya diam.. terlalu diam. Matanya kelihatan kosong. Mungkin wanita itu mula mengambil serius kata katanya. Silap dia juga sebab selalu buat bad jokes sampaikan Ain tidak lagi tahu membezakan antara kebenaran dan gurauan. Dan ayatnya tadi..
"Ain, I have only a year to live."
"Okay." Ain memecah sunyi. Dia membetulkan duduknya, matanya memandang tepat kedalam mata Shairah. "Let's see.."
Shairah cuba memaksa dirinya senyum. "Okay."
"Let's say what you're saying is the truth."
"Okay." Shairah mengangguk.
"Then, why a year? Why? Kenapa setahun? I mean, you're still young, my dear. You've yet to achieve the peak of your life. A year is a short span of time kot. Kau kena kahwin dulu, kena jadi mak dulu, kau kan nak anak ramai..? You're not even a lecturer yet, kerja pun tak sampai setahun lagi.. you still havent sambung master dengan phd, kata nak buat sama sama dengan aku kan.. Tu kan kau punya ultimate dream. and what.. kau kata nak travel around the world with me, leaving Iskandar all alone in Malaysia.."
"Ain Humairah. I am dying." Ayat Ain dipotongnya. Shairah cuba menelan air liurnya. Pahit. Memang air liur selalu pahit macam ni ke?
"No you're not." Ain mendongak kepalanya sedikit dan memandangnya tajam. Serius. "You look just fine to me."
Shairah senyum nipis. "Yeah you're right. I am not dying. At least, not now." Tangannya yang tadi memeluar ultraman cuba mencari tangan rakannya sebelum dipegangnya. Kuat. "But I will be. In a year it is. Shorter if God will. Longer, if God will."
Pegangan tangan mereka semakin kuat. Ain terasa pegangan itu seperti.. menggigil. Tangan dia atau tangan Shairah yang menggigil, dia tidak pasti. Pandangan ditundukkan memandang kearah tilam. Cuba mencerna situasi mereka saat itu. Terasa seperti mimpi, tapi tangan sejuk yang sedang memegang tangannya itu menidakkan segalanya. Dia cuba mengingatkan kembali segala apa yang diberitahu oleh Shairah. Setahun..
Dengan kepala masih ditundukkan dia bersuara. Perlahan dan pahit. "So what it is? A cancer? A tumor?"
Shairah senyum sumbing. "It's the leukemia."
"Since when?"
"Since high school."
"Since when?"
"Since high school."
"Your parents tahu?" Dia masih menunduk. Suara kini mula bergetar. Tidak sanggup untuk dia mengangkat kepalanya. Tangannya masih memegang erat tangan Shairah.
"They know about it. Actually they knew it from the start, Ain. But they decided to respect all my decision of keeping it all quiet. About me not telling any of you or Alif about this. But since Alif proposed hari tu, they insist me to tell the truth."
"So, have you told Iskandar? I hope you have, Shy, because he not knowing will be harsher than things already are." Suaranya cuba dikawal seboleh bolehnya.
"Yes, he knows. I told him the other day. Wasnt planning on telling him sebenarnya."
"Tapi kau baru nak bagitau aku?"
"Ain, telling you the truth is the hardest part, okay?"
"Ain, telling you the truth is the hardest part, okay?"
Telling me the truth. What truth? Kebenaran yang Shairah ada setahun je lagiuntuk hidup? Atau kebenaran yang Ain adalah orang yang terakhir tahu? Atau kebenaran yang segala impian yang mereka angan angankan selama ini akan kekal sebagai angan angan? Ain terasa matanya berair. This isnt supposed to happen. Malam ni sepatutnya seperti malam malam hujung minggu mereka yang biasa dimana mereka akan bergossip, menonton drama korea, berkongsi segala seribu cerita yang ada.
"Ain." Shairah menarik tangan mereka berdua lebih rapat kearah dirinya. Seolah olah cuba menarik perhatiannya yang sedari tadi hanya merenung cadar katil.
"Ain, say something please. You being so quiet it's starting to creep me out." Dia cuba berseloroh. Cuba memecah sunyi. Cuba menarik perhatian Ain yang dari tadi mengelak untuk bertentang mata dengannya. Badan Ain yang mula bergetar itu ditarik perlahan. Wajah Ain yang akhirnya diangkat itu ditenungnya dan dia terkejut apabila dilihat mata wanita itu sudahpun beranak sungai.
"Please dont tell me you're going to leave me, Shy.."
Kini air matanya tidak lagi mampu ditahan. Bahu sahabat baiknya itu dirangkulnya. Kuat. Dan kini mereka berdua tidak lagi menahan perasaan sedih mereka. Tangisan mereka bergabung. Cuba untuk memikirkan apakah yang akan berlaku di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment