Thursday, September 22, 2016

Ariff - Nana (1)

"Dia datang dengan perempuan lain?" Separuh menjerit Anis berbisik. Sahabat disebelahnya yang mengangguk laju tu ditenungnya. "Kau kenal ke sape?"
            
    "Tak pun. Tapi gaya perempuan tu macam rapat betul dengan dia." Jus epal yang baru beberapa teguk dihirup tu dikacau kacaunya. Restoran yang separuh berisi orang itu menyapu matanya sekilas. Masih awal lagi ni. Baru pukul 11 pagi. Orang belum keluar makan tengahari. Saja dia dan Anis merancang untuk makan tengahari awal, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
              
    "Pulak.. aku ingat dia tu bukan jenis yang get along dengan perempuan. Bukan kau ke yang cakap macam tu?" Anis menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Bukan ke dulu Nana selalu bagitau yang si Arif tu memang jenis tak bergaul dengan perempuan. Tak bercakap melainkan kalau perihal perihal penting sahaja.
                
    "Tulah pasal. Sebab selama ni memang aku susah nak nampak dia cakap dengan perempuan. Sekali... hamik kau. Aku pun terkejut terkesima tersampuk bagai on the spot." Dia sengih.
                
     "Nana.." Bahu kanan Nana ditepuk perlahan. "Cantik tak dia?"
                
    Bulat mata Nana mendengar pertanyaan kawannya yang dirasa sungguh random tu. "Anis.. kau dah takde soalan lain ke kau boleh tanya?" Terus dia gelak sambil menggeleng perlahan kepalanya.
                
    "Hehe. Random kan. Tapi betul la. Cantik tak dia? Mana tau taste Arif tu memang ke arah perempuan perempuan cantik ke?"
               
    Dia menampung dagu dengan tangan kiri. Hmmmm. Dia pun takde la tenung sangat muka gadis yang berjalan seiringan dengan Arif  haritu. Dan dia pun tak pakai cermin mata mahupun contact lens. Jadi dia memang tak perasan.
                
    "Aku tak pasti la wey. Haritu kan memang mata aku ni kabur tak nampak apa. Tapi gaya dia jalan aku tengok sophisticated plus elegant je. Sesuai la ngan si Arif yang cold hearted tu. Dian yang jadi tetamu tu pun cakap benda yang sama."
                
    "Dian nampaklah perempuan tu?" Dian, kawan sekelas merangkap teman serumah merangkap sahabat baik Nana sejak dari diploma yang namanya tidak asing lagi baginya. Nana hanya mengangguk.
                
    "Mesti cantik kan."
                
    "Entah... dah kau ni kenapa kalau dia cantik pun."
                
    "Ade can la kau kalau camtu."
               
    "Apehal pulak?" Nana dah buat muka pelik. Apa kaitan cantik dan aku ada can?
                
    "Kau kan cantik apa. Muka manissss aje."
                
    "Ergh Anis. Mata kau ni nak kena hantar service. Aku yang sikit punya sepet mata dengan hidung tak mancung ni kau kata cantik?"
                
    "Cantik apaaa. Mata kau kira bonus la sepet. Nampak macam mix cina apa."
                
    "Lawak nya Anis."
                
    Pecah gelak sahabatnya itu. "Betul la aku cakap." Dia membetulkan duduknya. Baginya kawan baiknya itu memiliki muka yang sangat manis. Mata sepetnya itu takde la sesepet rakan rakan cina mereka, tapi cukup kecil untuk dikatakan sepet, lagi lagi bila Nana ni tak pandai nak membuntangkan matanya. Dan menambahkan lagi manisnya bila tuan empunya sendiri tidak tahu akan kelebihannya itu. "Dengar ni Nana." Nadanya mula bertukar serius.
                
    "Apa?"
                
    "Kalau betul Arif tu memang rapat dengan perempuan tu, then you share the same chance as her. Sebab apa? Sebab kau pun rapat dengan Arif tu. Memang kau je lah pun satu satunya manusia bergelar perempuan yang dia boleh masuk pun kan?"
                
    "Er.. ye?"
                
    "Jadi. Jangan lah give up. Kau kata kau tak pernah nampak perempuan tu. So dia bukan lah satu course dengan kau. So the advantage in on you. Kau still boleh get along dengan Arif tu dekat class."
                
    Dia mengangguk perlahan. Memang itu apa yang dipikirkannya. Dan Anis betul. Dia tak patut give up.
                

    Bertemunya dia dengan sahabat baik sedari sekolah menengah itu sebab nak berkongsi cerita, rutin mingguan mereka jika ada masa lapang. Dia sengaja balik ke Bangi minggu ni sebab dia memang lapang takde kerja menuggu. Habis saja project charity yang dianjurkan oleh groupnya, terus dia pecut ke Bangi. Tapi alasan utamanya ialah untuk memberitahu Anis apa yang berlaku malam project charity tu!
                
    Project Charity Night itu adalah hasil kerja keras dia dan ahli kumpulannya. Untuk menaikkan markah kokorikulum, seluruh pelajar tahun tiga Chemical and Process engineering harus menjalankan sebuah event yang melibatkan orang ramai. Pelajar Proses ada dua kelas, dan kumpulan diagihkan secara random pick, dan 10 orang untuk setiap satu group. Jadi akan ada 5 group yang akan menganjurkan event. Dari kelas A ada lima orang dan lima orang lagi dari kelas B. Sudahnya, dia ditugaskan untuk membuat proposal dan mencari dana.
                
    Ditakdirkan charity night tu khas untuk pelajar tahun tiga, staf dan pensyarah jurusan ChemicaL Engineering, termasuklah jiran jiran mereka Oil and Gas, Bioprocess, Pure Chemistry dan Environment. Dan setiap tetamu boleh membawa seorang lagi guest jemputan. Boleh dikatakan tetamu malam tu sahaja cecah dalam 500 orang. Ditakdirkan juga, dia menjadi usher slash pengiring tetamu pada malam itu. Dan tugasannya itu menyebabkan dia telah melihat sesuatu yang tak sepatutnya berlaku. Tapi elok pulak malam tu, spec mata dia tertinggal dalam beg. Walaupun pada mulanya dia memang berniat untuk ambil, tapi rasa bersyukur sangat dia tak bertindak sedemikian sebab at least dia tak perlu nampak dengan jelas Arif datang dengan seorang perempuan yang tak diketahui asal usulnya! Dia hanya nampak Arif, sebab obviously rabun macam mana pun, kita boleh kenal dan cam cara orang yang kita suka tu berjalan. Cuma, dia tak nampak siapa gadis disebelah lelaki itu. Menurut Ima, rakan usher nya yang lagi sorang, gadis itu mungkin orang luar sebab dia pun tak kenal muka gadis itu.
                
    Jadinya malam itu, dia rasa tak keruan, sebab dia tak nampak dengan jelas, dan range penglihatan matanya sangat tidak jelas, dan dia pulak kena tunggu dengan pintu utama hampir sepanjang masa charity night itu berlangsung. Sudahlah langsung tak bertegur sapa dengan Arif, walaupun kebiasaannya mereka hanya bertegur jika di dalam kelas ataupun di library. Busy sangat dengan awek dia kut.
                
    Haih. Dia mengeluh. Pertemuan dengan Anis tadi rasa tak cukup. Tapi nak buat macam mana. Sahabatnya itu perlu pulang ke Seremban petang tadi, lain la dia. Dekat saja di selangor. Nak pulak kelas dia pada hari isnin ada pada pukul 2 petang. Jadi tak jadi masalah kalau dia nak balik esok pagi pun. Esok dekat kelas confirm jumpa Arif..
                
     Nak tanya ke siapa perempuan tu?
                
    Ish. Takkan la. Macam penyibuk je gayanya.
                
    Tapi.. nak tau.
                
     Ish busybody betul kau ni Nana. Sekali buatnya tu adik dia? Kan dah malu.
                

     Arighhhhhhh. Dia menekup muka dengan bantal doraemon yang dibeli dekat Cameron Highland itu. Esok la baru pikir nak buat apa.

No comments:

Post a Comment