Thursday, September 22, 2016

ariff - nana (2)

Tombol kunci rumah dipulas sebelum dia melangkah masuk. Salam diucap perlahan dan terus dia melangkah menuju bilik tengah. Rumah kosong hari ni, budak budak ni semua ada kelas pagi. Namun hampir dia mengucap apabila melihat sekujur tubuh sedang elok berselubung di atas katil. Terus beg sandang yang separuh berisi kain itu dicampak tepat ke atas katil single tu.
                "Uwarghhhhhhhhhhhhhhhhh siapaaaaaaa!" Macam orang kena sampuk tubuh itu bangun. Mata yang belum terbuka habis mencari muka yang mengganggu tidurnnya. Buntang sekejap mata itu melihat sahabatnya yang sedang berdiri mencekak pinggang merenungnya kembali. "Arif mangkuk! Kau dah kenapa baling baling barang dekat aku? Tak nampak ni aku tengah tidur?" Rungut Firdaus sejurus dia mengalihkan selimut yang membaluti separuh kepalanya itu.
                Dia meletak kunci dan beg laptopnya di atas meja belajar sebelum berpaling semuka ke arah Firdaus yang masih separuh berjaga itu.
                "Yang kau tu bukan patutnya ada kelas ke sekarang ni?" Sekarang pukul 10.30, bukan patut time time ni rumah ni memang kosong tak berorang ke? Firdaus yang juga merupakan pelajar Process tapi berlainan kelas tu ditenung tajam. "Hari isnin dah ponteng. Apedehal?"
                "Hallo bro sorry sikit ye. Kelas pagi tadi habis awal. Tutor aje. Kelas pukul 10 cancel." Habis je kelas Reaction tadi, terus dia pecut balik rumah sewa bahana nak qada tidur. Elok la kelas math cancel, kalau tak memang ade yang buat sesi pengtiduran sorang sorang dalam kelas nanti. Nasib baik jugak dia memang takde kelas petang.
                "Kira kau pegi la kelas tadi?"
                Angguk. "Pegi lah. Kelas Dr Najmi kot. Gila kau nak ponteng."
                "habis tu kenapa muka kau macam tak bangun bangun dari tadi.?" Macam orang tidur 14 jam tanpa henti.
                "Aku baru tidur la. Malam tadi stay up buat report."
                "Report project charity night haritu?" Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Lenguh memandu tak hilang walaupun jarak rumahnya dari Nilai ke sini takde la jauh mana pun.
                "Ye lah. The one and only kerja aku yang tinggal. Oh ye. Cakap pasal project, nanti bagitau dekat Nadia aku nak jumpa dia malam ni."
                Nadia. Nana. Dia mengangkat muka dari skrin phone di tangan. "Kenapa kau tak bagitau dia sendiri?"
                "Battery phone aku flat. Charger tak jumpa. Ala alang alang kau nak pi kelas petang ni bagitau la dia. Pleaseeee." Firdaus dah buat muka comel sememeh.
                Memang petang ni ada kelas pun. Kelas CPP dua jam. "Ye lah kalau aku jumpa dia. Kau ni saja suka aku jadi messenger kan."
                "Tolong member pun tak boleh." Pidot mula bergerak bangun dari katil. Air botol 100 plus di atas meja dicapainya sebelum diteguk sejurus lafaz bismillah.
                "Ada aku kata tak boleh?"
                "Iye la tu.." Kemudian dia teringat sesuatu. Teringat perbualan dia dan rakan rakan di balik tabir semasa malam charity tu.
                "Wey Ayeep."
                "Pa?"
                "Aku nak tanya sikit boleh?"
                Arif memandang roommate nya sorang itu. "Sejak bila entah kau kalau nak tanya apa apa kena mintak izin?" Dia mencebik. "Tanya apa?"
                Firdaus sedikit menyengih. "Malam charity hari tu kan.." Dia menyusun ayat. "..siapa partner kau tu doh?"
                Huh. "Kenapa kau tanya?"
                "Sebab ramai macam in questions pasal partner kau tu. Perempuan pulak tu."
                "Amboi. Macam lah aku ni allergic dengan perempuan!"
                Memang kenyataannya hampir semua yang nampak Arif malam tu tertanya tanya siapa gerangan gadis yang dibawanya itu. Sebab hampir seluruh batch mereka tahu yang Arif Haikal bukanlah jenis bergaul dengan perempuan. Buktinya? Sejak dari mereka mula belajar di sini, sangat payah nak lihat Arif bercakap, duduk sekali mahupun bertegur sapa. Seolah olah rakannya yang sorang ni sangat tak betah dengan kaum berlainan jantina.
                Padahal nak diikutkan, Arif okay aje, Cuma hanya akan berinteraksi dengan pelajar perempuan bila perlu, contohnya, macam si budak Nadia merangkap coursemate mereka merangkap classmate si Arif ni. Tu pun sebab masa tahun dua, mereka bertiga pernah satu group untuk presentation ELC. Tapi malam tu.. sungguh dia sendiri pelik dengan kejadian itu walaupun nak dikatakan, dekat uni ni, dialah yang paling rapat dengan Arif walaupun berlainan kelas. Nak tanya sendiri, dia pun sibuk dengan belakang tabir bahagian PA system. Habis majlis memang penat tak ingat apa, dan sepanjang sabtu dan ahad otak dah tak fikir lain selain nak settle kan perihal report yang sangat membunuh itu. Jadinya, hajat dia nak bertanya kononnya melalui whatsapp atau pm terus terkubur. Ni cakap pasal projek ni baru dia teringat balik.
                "Takde lah allergic. Tapi Yeep, serious ni. Siapa perempuan tu? Cantik pulak tu. Elegant semacam. Macam bukan sembarangan orang pun ada jugak. Anak jerung mana kau ayat?" Dia dah menyengih.
"Banyak la kau anak jerung."
"Dah tu..."
                "Tu kakak aku la ngek."
Tersampuk kejap Firdaus di atas katil. Matanya terus membuntang. Aku tak salah dengar kan?
                "Tipu!" Pidot dah keluar muka terkejut. "Bukan ke kakak kau sorang aje!"
                "Ha! Yang tu lah. Yang lecturer kat sini tu."
                Pidot dah tepuk dahi. " Tapi takde muka kau pun!" Dah la aku sendiri tak pernah nampak kakak pakcik sorang ni.
                "Lahh. Ade je macam muka aku. Selalu orang cakap sebijik je muka. Sebab dia pakai make up kot malam tu, tu nampak lain tu." Dia dah gelak sinis. Air ditangan Firdaus dirampas sebelum dia sendiri menghabiskan air itu. "Dah dia sorang yang dekat sini, tu aku ajak dia tu. Senang. Lagipun sapa lagi aku boleh ajak."
                Angguk perlahan. Betul jugak tu. Apahal aku tak terpikir ye. Yelah. Aku pun tak pulak bertanya mamat ni siapa tetamu luar yang dia nak bawak. "Berapa umur kakak kau?"
                "25."
                Tengok tu. Mana la kitorang semua tak salah sangka. Beza umur 3 tahun aje pulak tu. Sebab sumpah muka kakak dia nampak macam student lagi. Padahal dah kahwin dah pun. Dah anak sorang dah pun. Sungguh aku dah tertipu.
                "Tak payah la nak pening pening pasal ni dah weh. Kakak aku je pun, bukannya awek."
                "Kalau awek kau memang aku lipat kau 18. Berani tak bagitahu aku!"

No comments:

Post a Comment