2017, March
Iskandar.
Kini hidup dia terasa lebih terkawal jika dibandingkan dengan lebih setahun lepas. Lebih terkawal, sebab kalau dia terserempak dengan siapa siapa kenalan lamanya, ayat yang sama akan keluar dari mulut mereka.
"Iskandar, you look..better."
Dimana tiap kali dia mendengar ayat itu, dia hanya akan tersenyum sumbing. Dan tiap kali itu jugak la dia akan berfikir "Pilihan apa yang aku ada?" Takkan nak bailed out my eyes meratap apa yang tak mungkin kembali. Meskipun dia sendiri jujur, bilik kerja arwah yang tersusun kemas dirumah itu sengaja dibiarkan begitu, tidak mahu kenangan itu hilang begitu sahaja. Kerana dia tahu, jika bukan dia yang mengingati wanita itu, siapa lagi?
Tapi kini, dia lebih tenang. Lebih composed. Life must go on. By any cost, by any mean. Dan kini hidupnya hanya ditumpunya kepada kerjanya yang setakat ini berjaya menyesakkan otaknya sepanjang masa dan jika dia tidak bekerja pun, ataupun dia pulang kerja awal, dia akan singgah pulang ke Bangi yang jaraknya sangat lah dekat dari rumahnya di Putrajaya itu. Balik rumah, ada abah, mak, Angah, Khalid dan anak anak buahnya. Kadang kadang, Nadirah pun akan balik dari Machang. Jadi setakat ini, masanya penuh sentiasa. Teringat masa dia balik tempoh hari, mak boleh tanya soalan luar alam.
"Along, mak nak tanya sikit ni, boleh tak?"
"Apa dia mak? Sejak bila pulak ni mak kalau nak tanya kena mintak izin Along dulu ni?" Iskandar memberi pandangan pelik kearah Puan Raudhah. Tak pernah pernah mak aku ni mintak izin. Selama ni main tanya je tak kira masa.
"Mak tanya Along jangan marah tau."
Ah sudah. Lain macam je bunyi nya. Ni mesti..
"Along.. taknak cari pengganti arwah ke? Dan dua tahun, Long. "
Dan hatinya pada waktu itu seakan akan direntap. Perlahan tapi masih sakit. Dia bukan tidak meyangka soalan itu akan ditalukan kepadanya, sooner or later, dia tahu mak mesti akan suarakan jugak. Cuma dia tidak menyangka, rupanya rupanya dah dua tahun Shairah meninggalkannya.
"Along tak bersedia lagi, Mak."
Itu je yang mampu dijawabnya. Dia bangun dari duduknya di bench depan Big Apple itu. Habis je kerja tadi, dia singgah kejap di Alamanda. Nasib baik dah siap siap asar dekat office jadi tepat sahaja pukul 5:30, dia dah mencongok dekat Alamanda itu seorang diri. Saja nak ambil angin sambil cuci mata. Rasa macam dah lama dia tidak shopping untuk diri sendiri. Teringat nilai baki banknya yang boleh dikatakan achievement unlocked jugak la sebab tak banyak yang digunakan untuk diri sendiri. Kali terakhir dia self reward pun bila dia membeli kasut Nike beberapa bulan lepas, itu pun selepas Farid si ex classmate sewaktu di UTM berkeras mengajaknya untuk pergi hiking. Sempat la jugak dia beli backpack yang harganya boleh tahan gila juga. Tapi itu pun dah dekat 4 bulan lepas. Sekali tu saja dia guna kasut dan backpack itu sebab lepas tu, terus company dia assignkan dia dalam projek besar. Jadi tiap kali Farid ajak pegi hiking lagi, dia terpaksa menolak cara baik.
Dalam 30 minit dia mencuci mata, dia mengambil keputusan untuk pergi ke tasik, sebab macam bosan pulak tengok barang yang dia tak terasa lagi perlu dibeli. Dia menghela nafas berat. Perlahan kakinya melangkah sekitar tasik Putrajaya itu. Orang takde lah ramai mana walaupun biasanya waktu waktu macam ni selalu ada orang yang jogging. Mugkin jugak sebab hampir waktu maghrib jadi bilangan orang berkurangan. Matanya melilau melihat water ripple yang silih berganti. Cool Blog ditangannya itu digawangnya supaya cepat cair. Macam awal lagi nak balik rumah, tapi malas pulak nak singgah Bangi. Ajak sesiapa lepak pun seronok jugak ni...
"Assalamualaikum. Iskandar!"
Refleks dia berpusing ke kiri. Lebih tepat lagi, ke arah suara yang tiba tiba memanggilnya itu. Siapa pulak yang kenal aku ni.. Terasa bahunya ditepuk. Automatik dia mengukir senyum.
"Harriz." Rakan sekolahnya merangkap satu kelas dengannya semasa di Asasi dulu dipandangnya dengan pandangan pelik. "Eh. Kenapa kau boleh ada dekat Malaysia?"
Harriz ketawa. Lelaki itu turut menyandarkan badannya di palang sepertinya. "Hampeh punya soalan. Gaya macam aku takboleh balik Malaysia aje. Aku saja balik weh. Mintak leave lama sikit sebab rasa dah lama tak balik sini."
Oh. "Lama ke kau kat sini? Dah lama sampai?"
"Minggu lepas lagi aku sampai. Aku mintak leave dua minggu." Dia menunjukkan dua jarinya yang diangkat sambil sengih lebar. "Cuti aku kat sana tak pakai pun."
"Ceh. Kemain cuti lama. Ni apahal cuti ni? Nak pegi merisik anak orang ke?"
Kini Harriz ketawa besar. "Mana kau tahu ni?Ni mesti ada orang bagitau kau kan?"
Iskandar ketawa."Siapa pulak nak bagitau aku nya. Aku main agak je kot. Muka kau bahagia semacam je." Dia menjeling bekas classmate nya itu. "So betul lah ni kau balik sebab nak merisik? Siapa weh? Taktau cerita pape pun tup tup nak merisik terus kau ni?"
"Eh. Ain takde bagitau kau ke?" Harriz memandangnya dengan pandangan penuh makna.
Ain? "Ain mana pulak ni?"
Ain Humairah best friend kau tu lah gila."
Ain? "Takde pulak dia cerita pape. Member dia ke yang kau nak merisik tu?" Iskandar cuba mengingati bila kali terakhir dia bertemu dengan wanita itu. Rasanya masa diorang lunch celebrate birthday tahun lepas tu la pun kali terakhir dia mendengar khabar. Nama je satu bangunan tapi bukannya senang nak terserempak. Ain pun sepertinya sentiasa sibuk dengar urusan kerja. Dia cuba mengingati jika Ain ada cerita apa apa pasal Harriz atau pun member Ain yang dia kenal.. tapi rasa macam takde pun..
"Member dia buat apa. Aku nak merisik untuk dia la. Kau ni pun.. boleh tahan slow jugak."
Erk. Rewind. Rewind. Fikirannya cuba ditarik balik ke alam realiti apabila mendengar ayat sebaris itu.
"Kau cakap apa tadi, Riz?"
"Melamun la tu, penat je aku cakap sorang sorang. Aku nak merisik Ain lah. Tapi aku nak tanya dia dulu sebenarnya sebab haritu bincang tapi tak habis cerita lagi. Sebab tu aku datang sini hari ni. Ingatkan nak ambil dia balik kerja. Tapi tadi aku call dia kata dia overtime la pulak.."
"Sejak bila kau dengan Ain ada apa apa?"
Harriz memandangnya hairan. "Ain memang tak cerita apa apa ke dekat kau? I thought you two are bestfriend forever?"
Dia hanya menggeleng kepala. Terasa serabut apabila perkara yang langsung asing untuknya itu muncul tiba tiba. "Aku pun bukanlah pernah tanya dia pasal pakwe pakwe ni.. sebab aku tengok dia macam workaholic semacam so.. tak terfikirlah pulak.." Perlahan suaranya.
Tiba tiba dia terasa seperti tidak kena. Kenapa Ain tak pernah cerita dekat dia apa apa? Bukan ke mereka berdua kawan baik yang memang rapat dari dulu? Meskipun dia tidak bertanya, mengapa wanita itu tidak pernah membuka cerita.. lagipun, bukannya dia tak kenal Harriz. Mereka bertiga dari sekolah yang sama meski berlainan tahun. Meskipun dia tidak lah serapat mana dengan lelaki itu, tapi perkenalan mereka yang sedari sekolah sehingga ke Asasi itu tidak pernah renggang. Tapi macam mana Ain tiba tiba boleh dengan Harriz..
"Woi! Melamun lagi!" Bahunya ditolak. Kuat. "Aku rasa kau ni sama macam Ain, workaholic sampai kalau aku cakap je mesti melamun fikir lain. Kau dengar tak aku cakap apa tadi?"
Iskandar meraup mukanya. Kesian pulak pakcik sorang ni pokpek sorang sorang. "Sorry sorry. Betul la tu kau cakap. Penat sangat keje kot sampai apa orang lain cakap pun aku dah dengar tak dengar. Kau cakap apa tadi weh?"
Harriz mencebik. "Aku cakap kalau jadi merisik, aku nak mintak kau teman aku boleh tak? Kau kan rapat dengan Ain, kot kot apa apa nanti boleh kau tolong aku."
"Ohh. Boleh je tarak hal pun. Nanti dah set tarikh kau bagitau je lah."
"Wokeh boss. Kau lah penyelamat aku dunia akhirat."