Thursday, September 22, 2016

ungu violet (4)

Kepalanya digaru perlahan. Kopi ais dikacau menggunakan straw. Kejap kejap matanya menyapu pandang kearah manusia yang sedang beratur di kaunter, kejap kejap hujung matanya melirik gadis yang sedang asyik dengan telefon bimbit pintar dihadapannya ini. Aku ada kat depan dia ni pun dia boleh main henset.
Di_vivie : Guyss mayday mayday
Raph-apek : Hoi mayday gapo
Iwan.93 : mu dah kenapa yan oi
Di_vivie : disaster weh disaster
Iwan.93 : kenapa? Kereta kau kena clamp ke?
Di_vivie : bukannnnnn. Lagi besar disaster dia.
Raph-apek : dah tu? Kau kena paksa kawin ke?
Dian dah geleng kepala. Sengkek punya Rafael. Boleh dia keluar analogi luar alam tu.
Di_vivie : supervisor aku kena pi sarawak doh. Dia assign kan mamat mana tah jadi temporary supervisor aku meanwhile dia kat sana tu.
Iwan.93 : dah tu? Apa yang disaster nya?
Belum sempat Dian hendak menaip reply, dia mendengar suara orang berdehem. Alamak.. aku boleh terlupa kejap mamat ni ada kat depan mata aku. Dia mengalih pandangan dari skrin telefon ke muka lelaki itu. Elok sahaja mata mereka bertemu, lelaki itu tersenyum nipis.
"Mesej pakwe ke?"
Huh?
"Khusyuk semacam sampai lupa saya ada kat sini."
Spot. Macam mana dia tau apa aku pikir.
"Tengah report kat pakwe ke awak kena tukar supervisor?"
Memanglah mamat ni boleh baca fikiran aku.
"Eh. Kenapa senyap je. Awak tak boleh cakap ke?" Kini fakhrul tersengih. Sahaja dia meniru iklan ktm yang pernah popular masa dia kecik kecik dulu. Gadis dihadapannya itu mencebik.
Mula la tu nak buat lawak. Ada ke guna ayat iklan ktm.. Ingat aku taktau? "Ha ah. Saya tengah report dekat pakwe tadi."
Fakhrul menepuk dahi. "Betul lah ni report pakwe? Aduh. Hopefully dia tak marah la ye. Saya pun jadi mangsa paksa rela ni."
Dari mencebik kini Dian membuat muka tak senang. Telefonnya yang dari tadi bergetar tanda notification masuk itu tidak dihiraukannya. Sebaliknya dia meletakkan telefon itu diatas meja.
"Sebenarnya, kalau encik fakhrul taknak jadi supervisor sementara saya pun takpa. I have nothing to against. Lagipun kerja saya dah nak siap dah."
Lelaki itu hanya mengangguk kepala. Kemudian dia mengangkat kening, seolah olah berkata 'so...?'
Dian turut mengangkat keningnya. "So... Saya tahu encik busy dengan kerja. Dr kata encik part time master so encik mesti kerja kan? Jadi takperlu lah encik waste your time to check on me meanwhile Dr is away sebab.. Tu lah.."
"Mana boleh."
"Heh?" Dian dah muka pelik.
"Mana boleh saya tak ikut apa Dr farah cakap."
"Eh i thought you can say no to the offer?"
"Memang lah. Tapi Dr insists to pay me, and I am not that a busy man pun untuk say no to the offer. FYI, i settled my report few weeks earlier than the due date. I still have to come here now and then, jadi untuk saya jumpa awak everyweek is not a problem at all."
Adussssss. Macam tu pulak dah.
"Tak penat ke.."
"Tak."
"Tak susah ke.."
"Langsung tak. Like i said earlier, i still have to come here after this, jadi takde masalah."
"Kalau saya taknak?"
"Kenapa taknak?"
Sebab aku tak kenal kau leeerrr and aku ni mana biasa kalau nak berurusan dengan orang laki yang tak kenal. Allergic kau tau allergic. Namun kata kata itu hanya ditelan sahaja didalam hati.
"Why, dian violet?"
Terasa ngilu telinga mendengar nama penuhnya dipanggil oleh suara yang dia tak familiar.
"Takde apa lah."
"So kita proceed je lah ye?"
Berat sekali kepalanya diangguk perlahan. "Okay....."
Fakhrul hanya senyum. Walaupun ni bukan la kali pertama melihat gadis itu tapi sesuatu membuatkan seolah olah itu adalah kali pertama mereka bertemu. Rasa terkejut yang dia rasa dari bilik dr farah tadi masih tidak hilang. Lebih lebih lagi bila dia masuk kedalam bilik itu melihat dua orang wanita bertudung sedang berbincang, salah seorangnya ialah dr farah, dan lagi seorang..
"Btw, cik Dian.."
Dian mengangkat muka. Keningnya terangkat, tanda bertanya 'apa'
"You look nice pakai tudung. Nampak manis."

Dan riak wajqh gadis itu sumpah fakhrul tidak akan lupa.

No comments:

Post a Comment