Savior
oleh Black Veil Brideperlahan dipasang daripada computer riba Acer. Bibirnya
turut menyanyi bait bait lirik lagu itu sambil matanya merenung satu persatu
kiraan yang baru disiapkan itu. Tutor yang dibawa dari library itu hampir 90%
siap. Tinggal nak buat graph sahaja. Bila dia sudah berpuas hati dengan
kiraanya, barulah tangannya mencapai kertas graph yang diselit diantara helaian
soalan. Pembaris panjang yang sedari tadi berada di tepi buku itu turut dicapai
sebelum dia mula melukis sebuah graph berdasarkan point point yang dikiranya.
Kejap kejap tangannya bermain main dengan rambutnya yang dibiar lepas bebas.
Kejap kejap dia mencapai cawan kertas berisi milo ais yang dibelinya di KFC
petang tadi. Kedengaran bunyi pintu hadapan dibuka sebelum beberapa suara
mencecah gegendang telinganya. Matanya melihat jam pada skrin laptop, sudah
hampir pukul 11. Agaknya budak budak ni terus makan lepas habis test kot. Volume
speaker laptop itu diperlahankan.
“Dian.”
Dian Violet
menolehkan kepalanya kearah Alia yang baru melangkah masuk kedalam bilik.
“Haa.”
“Kau dah
makan?” Apabila mata Alia menangkap cawan KFC di atas meja belajar milik Dian
itu dia mula menjengilkan matanya. “Ooooo.. kau makan KFC lagi yeeee. Bukan nak
ajak aku. Cis.” Gadis itu mengantung tudungnya dibalik pintu sebelum dia
melabuhkan badannya di atas katil.
“Dah korang
ada test kan.. terpaksalah aku makan sorang sorang Li. Lagipun kenapa aku kena
ajak kau? Baik aku ajak Apek dengan Iwana je.” Dian menyengih. Matanya kembali
tertumpu pada kertas graph dihadapannya. Sahaja dia mengusik Alia, rutin mereka
setiap hari. Walaupun mereka berlainan course dan kelas, tapi dek kerana mereka
telah kena satu sama lain sedari diploma , hubungan mereka memang akrab.
“Sampai
hati kau cakap camtu.”
“Sampai
je.”
Dia merasa
ada tangan mengulas rambutnya, tetapi Dian membiarkan sahaja. Sempat dia
mengerling kearah Alia yang sudah berbaring dengan sebelah tangannya mengulas
rambut rakan sebiliknya itu tersengih. Dia dah sedia maklum dengan tabiat Alia
yang suka bermain dengan rambutnya itu. Katanya rambut miliknya itu lain
daripada yang lain. Apa yang lain entah.
Dan macam
biasa Alia akan bercakap “Lembutnya rambut kau Di..”
Dian hanya
angkat bahu.
“Jeles aku
tengok rambut kau ni. Dah la perang, lembut pulak tu. Ikal mayang pulak tu. Rasa
nak potong bagi jual dekat barber kedai india bawah tu je.” Alia dah mengekek di
atas katil.
“Amboi
banyak la kau. Habis la botak aku.”
“EKekkeke.
Cantik la Di. Geram aku. Untungnya jadi mix ni.”
Dian hanya
tersenyum. Ayat yang baginya sangat selalu didengarinya sepanjang 22 tahun dia
hidup. Tangannya yang tadi terhenti seketika mula menyambung kerja. Kemudian dia
teringat sesuatu. Terus terhenti kembali kerjanya dan dia berpaling pandangan
kearah Dian yang sudah khusyuk dengan telefon
bimbitnya.
“Yaaa.”
“Hmmm?”
“Aku nak
Tanya ni.”
“Apa
dia?”
“Kau rasa
dekat uitm ni ada ke lecturer muda?”
Dian mula
memandangnya pelik. Pelik dengan soalannya yang boleh dikategorikan sebagai
random itu.
“Aku rasa
ada aje. Bukan ramai aje ke. Kenapa kau Tanya?”
“Tadi aku
ada terjumpa dengan seorang laki ni. Aku rasa la dia lecturer sebab dia pakai
macam lecturer.”
“Kau jumpa
dia kat mana?”
“Parking
melati. Tapi kan Yaaa.. muka dia muda sangat kalau nak jadi lecturer pun. Nampak
macam student pun ada sebenarnya.” Memang seingat dia lelaki itu sangat muda
wajahnya. Apa yang dia rasa masa pertama kali melihat muka lelaki itu, seolah
olah lelaki itu masih seorang student, Cuma pakaiannya yang mengenakan kemeja
biru, tie dan kasut kulit hitam berkilat membuatkan dia tampak berkerjaya. Macam
mana dia boleh jadi sangat observant, sebab dia rasa muka lelaki itu sangat
menenangkan, walaupun hakikatnya tadi dia cuak kemain. Tapi cara tutur kata
lelaki itu sungguh lembut jadi perasaan cuaknya tak lama.
“Diiiiaaannn!”
Terus
tersedar Dian dari lamunannya. Alia yang sudah berkerut dahi dengan kedua
tangannya memeluk bantal melihatnya itu ditenungnya kejap. “Kenapa kau
jerit?”
“Haaa tak
dengar la tu aku cakap. Penat aku cakap sengsorang.”
Dian
ketawa. “Sorry sorry. Kau cakap apa tadi?”
“Aku cakap,
kalau bukan lecturer, mungkin mamat tu part time master la kut, sebab tu dia
pakai macam lecturer, maybe dia kerja la kut. Sebab biasa jugak la aku nampak
orang amik master part time datang UiTM, macam kakak senior sekolah aku tu.”
Panjang lebar Alia menjelaskan.
Dian hanya
mengangguk kepala. Betul jugak tu. Dia pun ada je abang saudara yang dulu part
time master sambil jadi lecturer kat sini. Sebab tu kot lelaki tu pakai smart
smart macam tu.
“tengok
melamun lagi. Jangan cakap kau tertarik dengan laki
tuuuuu.”
“ha. Ha.
Lawaknya kau alia. Mana ada la.”
“Yekeeeee.”
Alia dah menyengih lebar.
“Iyeeee.
Aku curious dia tu sape je.”
“Hmmm pape
je lah.” Mulutnya yang mula menguap itu ditutp dengan belakang tangan kanan.
“Di, kalau kau dah habis buat kerja nanti kejut aku ye. Aku tak isyak lagi ni.”
Sempat lagi Alia berpesan sebelum gadis itu mengkatupkan
matanya.
Apek
berjalan santai menyusuri koridor tingkat 11 bangunan fakulti kejuruteraan kimia
itu. Iwan yang mengdahului dia dihadapannya itu sibuk dengan headphone Beats,
tak amik pusing orang kiri kanan. Di belakangnya, Dian Violet sibuk membaca
sesuatu di telefon Huawei hitam nya. Kelihatan sahabat sekelas mereka masih
menunggu di lounge, mungkin kerana kelas sebelum mereka belum keluar. Akhirnya
mereka bertiga memilih untuk berdiri di tiang. Senyap antara mereka bertiga.
Kelas pagi pukul 2 petang ni memang mengundang perasaan malas, hatta nak
berborak dengan kawan sekalipun.
Itu lah
rutin harian mereka setiap hari, akan ke kelas bersama, walaupun hakikatnya
mereka akan terpaksa menunggu sesama sendiri di luar perpustakaan. Alasannya?
Senang saja. Iwan dan Apek memang dah sebegitu, semenjak dari diploma lagi untuk
mengiringi Dian ke kelas. Kononnya Dian tu tak pandai cari kawan, jadi merekalah
yang menjadi mangsa. Mereka berdua selalu digelar sebagai bodyguard kepada Dian.
Padahal sebenarnya tak pun. Dian tu pun ada black belt taekwondo. Cuma sudah
menjadi tabiat mereka untuk sentiasa bertiga. Dian sendiri pun tak pernah bising
bila Iwan atau Apek lambat sampai, sebab itu memang brother code diorang. Mereka
bertiga terlalu rapat sampai diorang ada code masing masing yang perlu diikuti.
Code itu pun mereka sendiri yang decide.
Pertama,
brothers before hoes. Code ini Dian sendiri yang suggest, walaupun dia tu
perempuan. Katanya, jangankan sebab perempuan (atau lelaki bagi Dian) sampai
boleh lupa member. Lagi lagi dekat Iwan sebab antara mereka bertiga, Iwan sahaja
yang dah berteman. Nasib baik girlfriend dia tu budak UiTM Puncak Alam. Dan
Sarah sangat memahami dengan persahabatan mereka
bertiga.
Kedua,
kalau ada member terpaksa ponteng kelas atas sebab kecemasan, tolong cover kan
attendance dalam kelas, (atau at least, jangan mengantoikan). Melainkan malaun
itu sendiri yang nak ponteng atas sebab malas, mengantuk atau sebab tak siap
tutorial. Selalunya yang ponteng atas 3 sebab di atas itu Apek saja. Bahana main
COC takpun DOTA sampai empat lima pagi, selalu sangat dah dia tu terlajak subuh,
terlajak kelas sampai nama pun selalu kena petik dengan lecturer. Nasib baik
mamat sorang ni genius melampau, kelaut macam mana attendance dia pun, test
dengan final exam kerja score semedang. Lecturer pun nak marah tak jadi sebab
anak murid genius.
Ketiga, at
least sekali dalam seminggu, kena spend masa bertiga, be it dinner, keluar hang
out atau buat kerja bersama dekat mana mana hatta perpustakaan sekali pun.
Setakat ni selalunya mereka akan buat tutor bersama. Malam kalau betul betul
bosan tahap gaban je baru mereka akan hang out di mana mana. Paling terpaksa
pun, kena tarik (selalunya yang ditarik Dian la, sebab budak ni paling malas nak
bersiap siap keluar) keluar lepak mamak.
Keempat,
kalau sesiapa terjumpa jodoh (ini khas untuk Apek dan Dian), haruslah jangan
tunggu dah kahwin baru nak cerita. Kalau tahap paling malu nak cerita sekalipun,
at least bagi hint hint sikit pun jadi la. Code ni Iwan yang suggest. Kemain
lagi Dian dengan Apek bantai gelak macam nak gila sebab bunyi macam typical
girls friendship. Iwan balas balik cakap habistu buatnya ada diantara diorang
yang kena serang dengan parang sebab misunderstanding tak ke susah katanya.
Akhirnya yang lagi dua terpaks diam akur.
Setakat ni
empat tu je lah code besar mereka.
“Iwan.” Dia
terasa sikunya ditepuk perlahan. Apek dah mula melangkah mauk ke kelas sambil
melurutkan headphone dari kepala ke lehernya. Dian dihadapan mereka dah
meninggalkan mereka dan mencari tempat duduk kosong yang berdekatan dengan
pelajar perempuan yang lain. Dan macam biasa, mereka berdua akan duduk di
bahagian kiri kelas bersama pelajar lelaki lain. Sedikit hingar kelas itu
menunggu kelas dimulakan.
Sir Azman
yang sedari tadi sedang sibuk memasang LCD projector sambil dibantu oleh class
rep mereka, Faliq akhirnya bersuara.
“Okay
class, while I manage this projector, I want you to pre-read our new topic,
Drying. I’ll give you 10 minutes, before we could start our Q&A session.
Also, at the end of this class, I’ll do some quizzes about this
topic.”
Dan sejurus
itu juga kelas itu diam. Hanya kedengaran suara suara halus yang entah sama ada
berbincang atau berborak. Dian hanya diam tekun menurut perintah lecturer
kesayangannnya itu. Kelas Process dengan Sir Azman memang selalunya begitu, akan
disuruhnya mereka untuk baca pada awal kelas, dan barulah mereka akan ditanya
kembali. Dan dia pun diantara nama nama yang selalu kena aim dengar Sir. Sir
kata semua kerana namanya yang unik. Dan dia pun redha bila kena panggil. Nasib
baik kelas favorite. Kalau kelas CRE yang kena panggil macam ni, memang dia
boleh menangis on the spot.
“Okay end
of 10 minutes. Dian Violet Muhd Daniel!”
Mai dah mai
dah.
Dia membaca
bait bait ayat yang terpapar di desktop.
Seketika
dia termenung sambil dagunya ditongkat dengan tangan kanan. Tangan kirinya
sesekali menconteng sesuatu di kertas putih di atas meja. Decaf coffee yang
tinggal separuh barangkali sudah sejuk dek air cond yang boleh tahan sejuk.
Matanya melirik menyapu ruang yang kosong dihadapannya. Masih ada beberapa suara
dari bilik mesyuarat. Financial mungkin tak habis mesyuarat lagi. Jam di desktop
menunjukkan sudah pukul 8.30 malam. Isyakp pun dah masuk. Hatinya berbicara
sendiri. Sengaja dia memilih untuk stay back lama sikit di office. Kalau tak
biasanya dia lepas je maghrib dia akan terus pulang. Lagipun kerjanya ini jarang
menuntut dia untuk tinggal lama di office, kecuali kalau waktu waktu projek
tengah memuncak memang dia tidak akan pulang selagi jam tak cecah pukul 10
malam.
Browser
yang dari tadi memaparkan kerjanya akhirnya ditutup satu persatu. Dari lepas
asar tadi supervisor nya meminta dia untuk membuat sedikit selidik berkenaan
projek baru mereka yang baru diterima minggu lepas. Terasa macam balik zaman
degree pulak kena selidik selidik ni tapi dia suka sahaja, benda yang memang
dalam darah. Akhirnya dia terlalu khusyuk dengan pembacaannya sampaikan dia
hanya sempat menunaikan solat maghrib itupun lepas ditepuk oleh Taufiq yang
memang hendak ke surau tadi.
Beg Targus
ditarik dari bawah meja. Satu persatu barangnya dimasukkan kedalam beg bewarna
hitam itu. Bila dia hendak memasukkan Huawei kedalam beg, barulah dia perasan
ada notification masuk. Telefon diunlock dan apps whatsapp dibuka. Mesej dari
Ibu.
Along tak
balik minggu ni? Esok Ibu ingat nak celebrate birthday
adik.
Dia menepuk
perlahan dahinya. Ye lah. Esok dah 1 december. Birthday satu satunya adik dia
yang kini masih bersekolah. Namun dia sengih. Laju jarinya menaip membalas
mesej.
Dah besar
panjang pun celebrate birthday lagi ke Bu. Along dulu baya dia takde pun nak
celebrate. Hihi
Ish Along
ni. Ada ke cakap macam tu. Nak balik ke taknak
ni?
Along gurau
je Bu. insyaAllah Along balik. Ibu nak Along sampai rumah
bila?
Along tak
kerja esok kan? Balik je lah malam ni senang.
Dia
menggaru kepala yang tak gatal. Bukannya dia tak biasa kalau nak balik terus
dari ofis pun. Bahkan selalu saja dia buat. Senang. Tak perlu nak balik. Tapi
malam ni dia kurang pasti sebab Adam pun out station ke Kelantan. Kalau dia nak
balik Putrajaya, dia perlu periksa rumah sewanya dulu. Takut takut ada plug atau
tingkap yang tidak bertutup. Takpe lah aku singgah rumah
dulu.
Along
kena balik rumah sewa dulu. Malam sikit baru Along sampai Putrajaya. Ibu
takpayah la tunggu Along.
Okay. Elok
elok sikit bawak kereta tu. Jangan bawak laju
laju.
Dia hanya
tersenyum. Besar macam mana pun dia, tua macam mana pun dia, ibunya tidak pernah
lekang dengan nasihat dan peringatan. Lagi lagi bila satu satunya anak sulung
lelaki hendak bekerja, walaupun Shah Alam dan Putrajaya kalau diikutkan memandu
tak sampai 45 minit pun, tapi ibunya akan sentiasa mengingatkannya tentang
pelbagai benda. Dia akui, dia dan adiknya memang terlalu rapat dengan ibu
mereka. Dengan ayah mereka pun sama, tapi dek kerana ibu merupakan suri rumah
tangga sejak umurnya 10 tahun, jadi dia banyak meluangkan masa bersama ibunya
berbanding ayahnya. Adiknya Hanis pulak lain daripadanya. Adik perempuannya itu
sangat rapat dengan ayah. Minat mereka juga sama. Kalau ayahnya seorang yang
sangat melukis, adiknya juga begitu. Sebab itu dia sanggup masuk kelas
architechture engineering walaupun terpaksa meninggalkan bahasa arab yang
disayanginya itu. Orang orang arts. Itu lah yang dia fikir. Tak sepertinya, dia
langsung takde bakat dalam melukis. Yang dia sedar, semenjak dia belajar kimia
sewaktu SPM, dia sangat sukakan subjek itu. Sampaikan lepas SPM, walaupun dia
menerima tawaran dalam bidang dentist, dia masih mengambil keputusan untuk
sambung diploma dalam bidang chemical engineering.
Mujurlah
ibu dan ayah memang tidak memaksa walaupun ibu agak terkilan sedikit. Iya lah.
Kalau tidak dah tentu ada salah seorang anak yang jadi doctor. Ayahnya tidak
kisah dengan pilihan anak anaknya, asalkan dia nampak masa depan cerah. Bagi
ayah, yang penting minat, sebab itu masa adik nak masuk architechture, ayah pada
mulanya khuatir, sebab adik kena tinggalkan bahasa arab yang memang ditekankan
ayah dari kecil. Tapi selepas melihat kesungguhan adik nak jadi architect
katanya, terus dia pun mengalah. Lagipun ayah suka aje tengok tengok adik tu
buat kerja sekolah dia di rumah. Benda dah memang dalam darah masing
masing.
Dia melangkah keluar dari pejabatnya menuju ke parking lot. Kunci kereta
dikeluarkan dari poket seluar kiri. Keretanya di unlock sebelum dia melabuhkan
duduknya. Terasa berdetap detup tulang belakangnya. Dengan lafaz bismillah, dia
memandu keluar dari kawasan itu. Dia menghela nafas perlahan. Dah hampir tiga
tahun dia meninggalkan zaman degreenya. Dan masternya pula hanya tinggal
beberapa minggu. Tinggal nak finalize kan draft thesis dan akhirnya dia akan
bergelar graduasi master. Dan dah hampir setahun lebih jugak dia bergelar
engineer. Walaupun pada beberapa bulan pertama dia merasakan betapa susahnya nak
blend in dalam industry ini. Mujurlah company dia dan co workers dia banyak
membantu sana sini. Lagipun syarikat mereka itu memang ramai jugak fresh
graduate yang sama sepertinya. Tak sampai setahun dia dia alam pekerjaan,
syarikatnya mengeluarkan offer untuk pembiayaan sambung belajar. Kebetulan waktu
itu Prof Farah ada menghubunginya, bertanya kalau kalau dia berminat untuk
sambung master.
Ibu dan ayah pun menggalakkan. Lagipun bukannya dia terus berhenti kerja,
belajar part time sahaja. Jadi walaupun masanya akan terikat, sekurang kurangnya
dia masih ada pekerjaan jika sudah tamat master. Sekarang ni di dalam syarikat
itu, ada tiga orang yang tengah part time master, dia, Caymilla dan Azra. Tapi
yang lagi dua tu buat pengajian jarak jauh. Berlainan dengannya yang perlu ke
university jika perlu. Memang terasa penatnya. Nasib baik hari ini hari jumaat
dan esok dia tidak perlu ke uitm sebab tengah tunggu prof farah check draft dia.
Jadi hujung minggu ni dia boleh berehat sepuas hati. Dia hanya tersenyum
sendiri. Ini pun belum tentu esok dia akan terlepas dari seksa kena layan
birthday girl. Budak Hanis tu paling kurang pun mesti akan ketuk suruh belanja
seoul garden ke, sushi king ke, johnny’s ke. Kepalanya digeleng perlahan sambil
cekap tangannya memusing stereng.
Bertuah
punya adik perempuan.
Hingar
bingar IOI mall itu mula mengasak telinganya. Sesaknya bangunan itu dengan
ribuan manusia mula membuatkan dia rasa rimas dan lemas. Ni yang aku malas kalau
pegi mall hujung minggu ni. Sesak! Namun langkahnya tidak dihentikan daripada
menuju ke kawasan restaurant dan food outlets. Langkahnya terpaksa diperlahankan
dek unwanted traffic manusia yang suka menyimpang jalan.
Dekat mana pulak budak budak ni.. Huawei yang tersimpan kemas dalam poket
jeansnya dikeluarkan. Dia mula mendail nombor.
“Lo.”
“Wey
pakcik. Kau kat mana?”
Suara di
hujung talian diam sekejap. “Kau kat mana tu?”
Matanya
melilau melihat nama kedai dihadapannya. “Aku dekat depan Sangkaya ni. Kau kat
mana ni Yad?”
“Aku tengah
beratur ni dekat 7e ni beli air mineral. kejap kau tunggu je kat situ. Nanti aku
datang.”
Tak sampai
beberapa minit dia berdiri disitu, kelihatan kelibat Fayyad dari jauh. Sepupunya
yang seorang itu santai berjalan sambil matanya tidak lepas melihat telefon
ditangan. Mamat ni entah perasan ke tak aku ni kat sini aku pun taktau. Baru
sahaja dia hendak memanggil nama lelaki itu, lelaki itu dah mengangkat kepala,
terus mata mereka bertentang. Terbit segaris senyum di bibir lelaki
itu.
“Apsal
taksuruh aku pegi 7e je tadi kan senang?” Tanpa mukaddimah dia dah bertanya
dulu. Macam la jauh sangat 7e dari sini.
Fayyad
masih dengan senyumnya. “Assalamualaikum sister.”
Ceh sempat
lagi tu. “Waalaikumsalam ustaz.”
Fayyad
angkat bahu. “Budak budak tu tak turun lagi dari Daiso. Sebab tu aku suruh kau
tunggu sini je. Lagipun aku teringin nak makan Sangkaya ni haa.” Matanya melirik
kea rah kedai di hadapan mereka.
“Datang
sini makan Sangkaya? Kau biar betul Yad. Gaya kat KL tu takde je
Sangkaya.”
“Memang aku
duduk KL 24/7 Vee oi.”
Kini dia
yang pecah ketawa. Betul juga tu. Sepupunya sorang ni bukannya selalu ada di
Malaysia. Pelajar jurusan Medic ini kini masih menyambung pelajaran di
Universiti Al-Azhar. Walaupun Fayyad tua dua tahun daripadanya, hubungan mereka
memang rapat. Dia pun rapat dengan adik adik Fayyad, Amirah dan Amir, si kembar
yang muda 2 tahun daripadanya. Mereka bertiga memang dah berjanji untuk berjumpa
pada hari ini sempena pulangnya Fayyad dari mesir sempena summer
break.
Langkah
mereka menuju ke meja yang berdekatan dengan kaunter. Dian mengambil keputusan
untuk duduk sahaja di meja sementara Fayyad memesan ais krim kelapa. Dia
menggeleng kepala. Aku yang lama duduk Malaysia ni pun tak pernah makan ais krim
kelapa. Entah kenapa dia memang tidak berminat dengan makanan sebegitu. Bagi dia
lagi bagus beli aiskrim batang perisa lime tu. Lagi sedap dan lagi
murah.
“Melamun.”
Mata Dian
focus kearah dua mangkuk ais krim di hadapannya. Satu dengan topping coklat
rice, satu lagi tanpa apa apa topping. Fayyad menggerakkan yang tanpa topping
itu padanya.
“Nah, buat
seorang makcik pelik yang tak suka coklat.”
Dian hanya
senyum nipis. “Bagus dapat kau jadi sepupu ni. Memahami kehendak pengguna.”
Tangannya laju mencapai sudu plastic dan dibenamkan kedalam mangkuk sebelum
disuap ke dalam mulut.
“Ni dah
baca bismillah ke belum? Laju je masuk mulut.”
Angguk.
“Dalam hati.”
“Good
girl.”
“Tengok la
siapa ustaznya. Pakcik yang jatuh dari Al-Azhar katakan” Sengaja dia menekan
perkataan Al-Azhar. Fayyad dah buat muka disebelahnya. Mula la tu sesi memerli
aku. Dia malas hendak membalas. Kalau balas sampai bila tak habis layan budak
tak cukup umur ni.
“Study kau
okay Yad?” Dian bertanya. Dia tau Fayyad dah malas nak memanjangkan topic
tadi.
“Okaye je
Alhamdulillah. Tapi aku takboleh betul la anatomi.”
Meleret
sengih Dian. “Dah tau tengok darah lagi mau amik medic.”
Eh eh budak
ni. “Hello. Itu dulu ye. Kau ni pun satu tiap kali aku balik tiap kali tu jugak
mesti ayat tu yang kau cakap. Mana ada aku takut darah dah. Abang dah kental
okay.” Fayyad menepuk dadanya, konon gaya macam hulk. Budak ni pun satu, hanya
kerana dia pernah pengsan melihat darah terpancut keluar dari luka di kakinya
sewaktu mereka kecil, modal itu la yang digunakannya untuk mengusik dia. Dian
Violet dan idea nak mengenakan orang tak pernah habis. Gadis itu hanya
mengangkat bahu.
“Kau macam
mana? Ada konflik dalaman dan luaran lagi ke duduk Shah Alam?” Giliran Fayyad
yang bertanya.
Gadis itu
hanya diam. Memikirkan ayat. “Konflik tu dah takde..
tapi..”
Fayyad
menuggu gadis itu menghabiskan ayatnya. Sesekali dilihat gadis itu menguis nguis
sudu ditangan.
“Susahnya
nak pujuk dorang Yad..”
Keluar pun
ayat tu akhirnya. “Kau dah try semua cara ke?”
Angguk.
“Dah. Aku dah try cara halus, cara kasar, cara open, cara tertutup. Semua
dah.”
Fayyad
hanya senyum. Betapa dia paham situasi gadis itu. Cuma bezanya dia lelaki,
kesukaran itu tidak sesukar sepupunya yang sorang
ini.
“kita try
slow slow ye Vee. Mana tau lepas ni bila dorang tengok kau try your best, dorang
pun akan ikut sekali.”
Dian hanya
senyum nipis. Kemudian dia teringat sesuatu. “Yang kau janji dalam mesej tu
betul ke Yad?”
Giliran
Fayyad senyum nipis. Mesti pasal semalam ni. Angguk. “Betul lah. Kan aku dah
janji dari before aku pegi Mesir hari ni.”
“Bunyi
macam kau nak bagi hadiah kat awek aje..”
Adusss.
Kesitu pulak budak ni. “Apahal kau cakap macam tu?”
“Dah tu.
Tak pernah dibuatnya orang nak bagi aku hadiah macam tu. Lelaki pulak tu. Kalau
perempuan boleh la jugak terima.” Bukan selalu benda benda macam tu pakwe kasi
hadiah untuk awek diorang ke?
Pecah
ketawa Fayyad. “Kalau awek aku, aku tak kasi hadiah kecik macam tu. Aku kasi
dorang cincin kau tau.” Dia double jerk.
“Cehh
berlagak. Kaya boleh la cerita. Tau la berkepuk duit biasiswa. Oooo. Lepas ni
kalau aku dapat tau kau beli cincin, aku bagitau Mak ngah kau tu dah kemaruk
dengan awek.”
Fayyad
malas nak melayan. Budak kecik sorang ni memang. Matanya mengerling kearah
mangkuknya yang sudah licin. Mangkuk milik Dian juga dah tinggal sisa sahaja.
“Dah sudah?”
“Dah. Nak
pegi mana lepas ni? Amir dengan Mira?”
“Dorang
cakap tadi nak singgah Borders lepas pegi Daiso.”
Pulak.
Takde bagitau aku pun. “Dah tu kita nak kemana?”
“Cari
tudung kau lah. Jom!”
“ada ke
sini jual tudung masalahnya?”
“Ahh selagi
tak pusing selagi tu taktau. Jom!”
“Along
tengok apa?” Hanis memangjangkan lehernya cuba mencari apa yang ditenungkan
abangnya dari tadi. Mau dekat setengah minit juga Fuad macam tersampuk berdiri
tegak dengan matanya tak lepas memandang sesuatu. Nak kata tengok orang, kemain
ramai orang dekat H&M ni. Siapa pulak abang aku
tengok?
“Along!”
Akhirnya dia menyiku lelaki itu dengan siku kanannya. Tangan kirinya memegang
dua helai blouse.
Tersentak
Fuad mendengarkan suara gadis kecil itu. Wajah Hanis yang macam makcik kat pasar
yang tak puas hati dengan harga ayam dipandangnya. “Haa. Dah habis
pilih?”matanya mengerling kearah tangan kiri adiknya itu. “Berapa helai itu
amik?”
“Dua. Lagi
satu tak tau nak pilih yang mana. Tu lain kali la adik
tuntut.”
“Ni nak
bayar la ni?”
Gadis itu
mengangguk. Mukanya penuh harapan. Fuad yang sudah berjalan dahulu menuju ke
kaunter itu dipandangnya dengan senyuman lebar.
“Sukanya
dia sampai senyum macam tu.”
“Mesti lah
suka. Dah orang nak belanja baju. Hehe.”
Fuad hanya
menggeleng. “Nasib baik la adik along ni sorang aje. Kalau tambah lagi sorang
alamatnya bankrupt la along.” Wallet dikeluarkan dari poket kanan seluarnya. 4
keping not rm50 dihulurkan kepada Hanis. “Along tunggu kat luar,
okay?”
“Okay
Long!” sedikit bersinar mata gadis itu melihat not duit yang diterimanya. Ni lah
untungnya dapat abang engineer. Boleh ketuk. Untung jugak sebab dia satu satunya
adik dalam keluarga itu. Jadi sedikit sebanyak permintaannya jarang tidak
dipenuhi. Lagi lagi bila abangnya ini dah mula bekerja.
Fuad
melangkah keluar dari outlet itu dengan otaknya masih laju bergerak. Sedang dia
menunggu Hanis memilih baju sambil dia membelek belek kemeja lengan panjang di
men department, dia terasa yang dia ada ternampak seseorang. Bukanlah orang yang
dia kenal, pastinya, sebab kalau dia kenal dah tentu nama orang itu akan terus
terpapar di fikirannya. Tapi muka macam familiar. Terus dia menggali fikirannya,
sebelum Hanis mengejutkan dia dan membawa dia kembali kea lam nyata. Bila tengah
beratur tadi, baru la dia ingat. Budak perempuan kereta Myvi kat Shah Alam itu.
Kalau tak silap tadi budak tu dengan sorang lelaki. Pakwe dia
ke?
Ini bukanlah kali kedua dia nampak perempuan. Kali keempat sebenarnya. Selepas
saja kejadian di kawasan parking kereta beberapa minggu yang lalu, dia ternampak
gadis itu dua kali. Kedua duanya di uitm. Kali kedua sewaktu dia hendak pergi
jumpa HEA di tingkat 10 bangunan kejuruteraan kimia, hendak menguruskan hal hal
master dia tu. Elok dia sedang menunggu lif di tingkat tiga, dia ternampak gadis
itu sedang mendaki tangga menuju Dewan Kuliah. Pada mula dia tidak pasti, tapi
apabila melihat beg warna ungu milik gadis itu, dia terus jadi kenal. And that
girl masa itu tengah berjalan seorang diri. Headphone di kepala, jalan pun
menunduk aje. Satu je yang dia piker waktu itu. Gadis ni takde kawan ke?
Sebab haritu pun sorang sorang je.
Kali kedua
dia tenampak gadis tu bila dia terpaksa pegi uitm shah alam elok je lepas waktu
pejabat. Gara gara Aiman si exclassmate nya tengah part time lab assistance ajak
lepak makan sama tapi budak tu suruh dia jemput di Shah Alam. Alasannya minyak
keretanya dah habis. Mamat tu boleh je singgah petrol stesen berlambak dekat
luar tu tapi dia malas. Jadinya Fakhrul pun sukarela jadi driver malam tu. Siap
kena tunggu dekat luar kolej Melati. Waktu itulah dia ternampak si beg ungu itu
sedang berjalan kali. Tapi kali ni dia tidak berseorang. Dia diiring oleh dua
orang lelaki. Classmates mungkin. Dan mereka nampak rapat. Dari jauh dia nampak
gadis itu bergelak ketawa. Jadi kesimpulannya bahawa gadis itu spesies lonely
ditarik balik.
No comments:
Post a Comment