Dia menarik
handbrake nya sejurus kereta diletakkan di tepi jalan. Jam di dashboard
dikerling sekilas. Baru pukul 11.30 pagi. Hari ni hari rabu. Sengaja dia
memintak excuse untuk cabut lari lunch awal lepas pulang dari site tadi. Bos pun
okay je biar dia keluar awal sebab malam semalam dia dah stay kat office sampai
midnight baru balik bahana ada demand dari client. Tapi petang ni still kena
masuk ofis balik, sebab dia dah kena present dekat client.
Bangunan tower
2 yang tersergam dihadapan itu ditujunya sambil merentas arus pelajar yang baru
keluar dari lif. Tengok muka semua seronok semacam. Ni mesti kes lecturer bagi
lepas keluar kelas awal lah tu. Dia tahu sebab dia pun pernah macam tu, kelas
dari pukul lapan sampai tengahari, tapi lecturer yang baik akan jadi memahami
dengan pelajar yang kelaparan.
Dia menekan
butang tingkat 10 sebaik sahaja melangkah ke dalam lif. Semalam Dr Farah telah
menghantar mesej meminta dia untuk datang sebentar atas hal apa pun dia tidak
pasti. Dr Farah Cuma kata sepotong ayat bila dia bertanya kan
kenapa.
I need your
help on something and it must be discussed face to face,
Fakhrul.
Dia hanya
mengangkat bahu mengenangkan balasan pensyarahnya itu. Nasib baik hari ni dia
pun boleh lari kejap. Boleh jugak lah nanti aku lunch terus dekat fac 5 aje. Tak
payah keluar beli makanan dekat tempat lain. Rindu jugak nak makan lunch dengan
kafe yang sering menjadi tempat dia membungkus makan tengahari
itu.
Pintu lif yang
terbuka itu menyedarkan dia. Terus dia melangkah keluar dan menuju kea rah bilik
pensyarah yang terletak di hujung koridor.
“Ala doc.. I
can do it on my own la doc.. no need la orang lain jadi supervisor.” Dia mula
menggoyang goyangkan kepalanya kekiri kekanan. “Buat serabut je
nanti.”
“Eh cant do.
Kan you all kena submit all those three chapters by next month. I need someone
to assist me la. Mana boleh biar you terkontang kanting macam tu. Eh btw, you
look so nice laa todayy. Extra radiant. Kan cantik pakai macam ni.” Wanita itu
hanya tersenyum melihat gadis dihadapannya yang kelihatannya tidak senang duduk
itu.
Dian sengih. Saja
je doc tukar topik. "Thank doc. Tapi doc, betul ni saya cakap. Saya okay je
takde temporary supervisor pun."
"Ish you ni pun.
Mana boleh, time ni la crucial and someone has to guide you."
"Tapi saya ada
sikit
lagi nak siap dah.”
"No
but, but dian..Still
someone should check the draft for me..”
“I can email
you from here.. cant eh doc?” Dia mula buat muka
kesian.
“Mana boleh
Dian. There got no coverage la.”
“Ala.. Napa
doc pegi lama sangat. Boss doc taktau ke doc ada student untuk
FYP…..”
Ketukan di
pintu membuatkan dua pasang mata itu beralih kepada pintu yang separuh
terbuka.
“Masuk.” Dr
Farah bersuara. “Haa sampai pun you, at last, my
savior. Just the right person i want to see right now.”
Dian mencebik.
Siapa pulak kacau daun datang tengah orang jumpa doc ni. Doc ni pun.. tak kesian
ke kat aku.. tak habis kata putus lagi. Matanya mengerling dari hujung mata
melihat lelaki itu melangkah masuk sebelum dia memandang kembali kehadapan.
Memandang jari jemarinya lebih tepat.
“Saya
menganggu ke doc?” Fakhrul teragak agak melangkah masuk apabila melihat ada
orang lain didalam pejabat itu. Aku salah timing ke? Buatnya doc tengah ada
tetamu lain?
“Eh mana ada
la. You came just right on time. Remember the favor I asked you
yesterday?”
Fakhrul hanya
mengangguk kepala. Tubuh yang masih kaku duduk di kerusi itu masih tidak
berpusing itu dipandangnya.
“Then.. this
is it. She is the favor I asked for.”
Huh? Dian laju
mengangkat muka memandang wanita yang sudah tersedia berdiri sambil tersenyum
lebar.
Aaaaa? Fakhrul
terdiam. Dia tidak dapat register apa yang cuba disampaikan. Budak ni favor aku?
Eh. Budak ni memerlukan pertolongan aku? Matanya yang sudah tersedia luas
terbuka itu bertambah luas apabila tubuh yang sedari tadi membelakangkan dia itu
tiba tiba berpusing. Eh..
Ehh… apasal
muka familiar pulak ni.. Dian mengerut dahi.
Dia turut
mengerut dahi melihat dahi gadis itu berkerut. Matanya beralih dari mata bundar
itu kearah Dr Farah yang masih dengan senyumannya.
“Doc?”
“Fakhrul. This
is Dian Violet. She needs your help. I need your help. Dian, this is Fakhrul. He
is a master student, under my supervising. And he’ll be the one to substitute me
while I am away.”
Err. “Doc?”
Aku tak boleh register betul ni apa yang berlaku. Gadis yang masih tersampuk
diam itu ibarat dah hilang semangat untuk berkata sebab dia masih senyap tidak
bersuara sedari tadi.
“Oh yeah
Fakhrul. Unfortunately I am going to somewhere is Sarawak for a few weeks
starting from next week, and I need someone to help me with this girl. She’s
doing FYP and she will have to submit the draft next month. Someone has to check
her from time to time. You punya thesis dah almost complete kan? Can you help
me? Pretty please, handsome boy?”
No comments:
Post a Comment