Ungu violet.
Jika ditanya
apakah warna kegemarannya. Warna yang melambangkan kebebasan, berdikari dan
kesejukkan. Warna yang menjadi pilihannya semenjak dia kecil sehingga kini.
Baginya, warna itu sangat melambangkan dirinya yang sukakan kebebasan dan lebih
suka untuk berdikari. Ditenung frame gambar didinding hadapannya itu dengan
penuh asyik. Pen di tangannya sudah berapa lama tidak bergerak dari menyambung
penulisan dan pengiraan.
Bunyi suara orang
berbicara menghentikan lamunannya sebentar. Dua orang rakan semejanya itu
dipandang secara bergilir. Seorang dengan calculator, seorang lagi dengan kertas
graf sibuk berbincang perihal soalan tutor yang perlu dihantar lusa. Dia yang
bersumbatkan earphone di kedua telinganya hanya mampu menggeleng apabila butir
butir perbualan rakan rakanya itu terasa jelas. Lantas dia menarik tali earphone
dari telinga kirinya. Suara yang tadi sayup sayup menjadi jelas pada
pendengarannya.
“Aku dapat graf
dia lari jauh gila. Ke value R aku salah?” Iwan yang sibuk menekan calculator
beralih pandangan kejap dari table appendix kejap ke helaian jalan kiranya.
“Aku pakai value
9.87. Kau pakai berapa? 0.812 ke?” Kini suara Apek pula kedengaran. Dia hanya
merenung mereka berdua yang langsung tak sedar bahawa dia dah lama berhenti dari
pengiraannya.
Iwan yang selepas
beberapa minit barulah mengangkat muka dari kertas jawapan. Baru lah dia perasan
gadis di kirinya sedang duduk tegak sambil mendongak lagu. Telinga kiri gadis
itu tidak bersumbat earphone, menimbulkan perasaan pelik. Kenapa dah perempuan
ni termenung jauh? Siku kanannya digerakkan sedikit, mengena lengan gadis itu
membuatkan dia tersentak dari lamunan.
“Kau dah siap
buat ke?” Dihadapan gadis itu buku buku dan kertas masih bertaburan, namun gadis
itu hanya duduk tegak sambil matanya merenung kehadapan. “Kau tengok apa?”
Matanya beralih kehadapan mereka, yang hanya terdapat dinding dan sebuah frame
gambar tergantung.
Gadis itu
menggeleng kepala. “Takde apa pun. Aku dah tepu sebenarnya. Aku sambung kat
bilik nanti kut.”
Giliran Apek pula
mengangkat kepala. Dia pun baru siap mengira kembali bagi menyemak jawapan
soalan soalan sebelumnya. Dia menoleh ke dinding di belakangnya. Yang ada hanya
frame gambar permandangan yang bila diperhatikan berlatarkan warna ungu violet.
“Oh… kau mesti tengok gambar tu sebab color dia kan?”
Iwan memandang
kembali kearah frame tersebut. Betullah. Warna kegemaran budak ni. “Suka betul
kau dengan color violet tu. Aku tengok biasa biasa je.” Saja dia mengusik.
Kemudian alat alat tulis bertaburan mula dimasukkan satu persatu kedalam pencil
case.
Gadis berambut
sedikit perang paras baru itu hanya menjelingnya. Malas dia nak berbalas kata.
Tau kawannya seorang ini memang kuat mengusik. Tangannya turut mula mengemas
kertas kertas yang bertaburan. Badannya mula terasa sejuk, walaupun diikutkan
suhu aircond library ni tidaklah sesejuk mana. Di fikiran nya kini hanya
memikirkan apa yang perlu dia makan malam ini. Rakan serumahnya semua tiada di
rumah malam ni sebab mereka ada ujian. Jadinya dia yang merupakan satu satunya
pelajar process terpaksa lah makan bersendirian.
“Nak lepak mana
mana ke?” Apek yang sudah siap menggalas beg sandang di bahu kirinya mula
menolak kerusi untuk bangun. Matanya merenung jam tangan. Dah pukul 6
petang..
“No lah kut. Tak
asar lagi ni.” Gadis itu turut memerhati masa di telefon bimbitnya. “Tapi kalau
korang nak lepak, go on je lah, tapi aku tak dapat join.” Beg sandang Adidas
warna ungu lembut itu ditarik dari meja sebelum dia bangun melangkah kearah
tangga. “Guys, aku gerak dulu.”
Iwan dan Apek
yang masih tegak berdiri di meja merenung figura gadis itu menuruni tangga,
dibelakang beg sandang ungu tersebut tersemat sekeping tag besar bertulis ‘Dian
Violet’, memerangkap nama tuannya sendiri. Kemudian mereka memandang satu sama
lain.
“Dia dah lain
kan?” Iwan berkata perlahan.
Indeed. Apek
hanya mengangguk. Memang gadis itu dah lain. “Jom surau
dulu.”
Kunci kereta
dikeluarkan dari poket kiri seluarnya. Matanya meliar mencari kereta didalam
sesak puluhan kereta di parkir itu. Matanya kemudian menangkap sesuatu yang
kemudiannya membuatkan dia mengeluh.
“Damn..Tak
memasal kena tolak kereta..” Keluhnya apabila melihat kereta Suzuki Swift nya
dihadang oleh sebuah kereta Peugeot 308. Dia cuba menolak kereta tersebut dari
belakang namun tidak berhasil. Pelik dengan keadaan itu, dia melangkah kearah
cermin pemandu. Terus matanya bulat apabila dilihat kereta itu didalam gear
Parking, bukannya Neutral. Tiba tiba terasa darahnya
mendidih.
“Kalau tau nak
double parking jangan lah pegi letak gear neutral. Ni kes nak terberak tak jumpa
tandas kea pa ni. Orang dah la dah lambat ni.” Separuh merungut dia di situ.
Kepalanya mula mencari jikalau ada kelibat kelibat yang mungkin menjadi pemilik
kereta warna putih itu tetapi hampa. Rasa nak tendang je kereta ni bagi calar.
Tapi akalnya masih waras. Kereta Peugeot kut. Terus dia menuju kearah keretanya.
Dihempas badannya dikerusi pemandu. Dibukanya aircond sekuat mungkin.
Hampir sepuluh
minit dia menunggu tapi tiada kelibat yang menghampiri kawasan itu. Dia mula
menjadi restless. Kini dia memikirkan sama ada perlukan dia berjalan kembali ke
fakulti dan solat sahaja disurau sana atau tunggu sahaja sehingga pemilik kereta
itu kembali. Akhirnya dia memutuskan untuk pergi kesurau fakulti. Namun sempat
dia meninggalkan satu nota kecil yang diselit pada wiper kereta tersebut. Amik
kau sedas!
Usai sahaja dia
kembali dari surau, di melihat kereta putih tersebut masih berada di tempatnya.
Aik. Tak balik lagi ke owner kereta ni? Ah sudah aku kena tunggu lagi la ni..
namun langkahnya terhenti apabila melihat ada sekujur tubuh berada didalam
kereta tersebut. Dan nota kecil yang tadi ditinggalkan sudah tiada pada
tempatnya. Tiba tiba air liurnya terasa kelat. Lagi bertambah kelat apabila
kelihatan orang itu mengangkat muka memandangnya sebelum dia keluar dari kereta
itu. Lelaki yang berkemeja putih dan bertali leher lengkap dengan kasut kulit
itu merenungnya.
“Kereta awak ke?”
Jari telunjuknya dihala kearah kereta berwarna turquoise yang serasanya milik
gadis itu. Perlahan lahan gadis itu menganggukkan kepalanya. Kenapa muka dia
Nampak cuak…?
“Er.. en..Encik
tunggu saya ke?” Perlahan tapi jelas sahaja gadis itu menuturkan soalan.
Lelaki itu hanya
mengangguk. Tangan kirinya mengambil sesuatu dari poket kemejanya dan
digawangkan diudara kertas kecil itu tadi. “Saya dapat nota ini
tadi.”
Terus kecut perut
gadis itu melihat kertas putih itu. Alamak. Terkaku rasanya badannya. Teringat
bait bait ayat yang ditulis di atas kertas itu. Aku ingat itu kereta student.
Sekali bukan lah pulak. Mamat ni silap silap staff UiTM tak? Jangan kata dia ni
lecturer sini? Mati la aku mati la aku… tersentak dia apabila tiba tiba lelaki
itu bersuara memanggilnya.
“Cik..” Tangannya
digawang dihadapan wajah gadis itu. Senyap kaku je. Jangan jangan budak ni ingat
aku nak sembur dia tak? “Cik.. saya tunggu cik ni sebab saya nak mintak maaf
block kereta cik. Tadi saya lupa nak set gear neutral sebab rushing nak pegi
hantar barang.” Kertas itu dilipat kembali dan dimasukkan kembali kedalam poket
kemejanya. “Saya mintak maaf sangat-sangat.”
Terdiam gadis itu
mendengar kata katanya. Kemudian gadis itu hanya mengangguk. “Takpe.. saya pun
tadi takde lah tunggu lama pun.” Ye ke Dian? Bukan kau dah merampus rampus ke
tadi? Dia tersengih.
Lelaki itu cuba
membaca riak wajah gadis itu. “Cik ada hal rushing ke tadi nak pegi mana mana?
Kalau ye saya mintak maaf lagi sekali.” Sedikit menunduk kepalanya tanda dia
ikhlas.
“Eh takde lah.
Tadi saya nak kejar solat kat rumah tapi takpe lah. Saya pegi surau fakulti je
tadi.” Dia mula senyum. Tak sampai hati nak marah bila orang mintak maaf berkali
kali macam ni.
Sedikit terangkat
kening lelaki itu tapi kemudiannya terus dia membetulkan kembali riak wajahnya
yang sedikit terkejut.
“Encik.. sekarang
dah pukul berapa ye?”
Jam tangan yang
tersemat ditangan kanannya itu ditenung sekilas. “Pukul 6.45.” gadis itu
kemudian menepuk perlahan dahinya seolah olah teringat
sesuatu.
“Okay lah encik.
Saya nak balik ni. Dah nak maghrib lagipun.” Kepalanya sedikit menunduk sebagai
tanda hormat. Terus dia berjalan kearah tempat pemandu.
Lelaki itu hanya
mengangkat bahu. Dia kemudian melangkah kearah keretanya yang sudah tersedia
hidup sebelum dia mula memandu keluar dari kawasan parkir itu. Kereta turquoise
yang mengekori dibelakangnya itu sesekali dipandangnya. Sesekali juga dia
mengukir senyum sendiri sambil tangannya memutar stereng.
Dia bukanlah
seorang yang skeptical, jauh sekali cynical. Kebanyakan orang melabelnya sebagai
seorang yang optimis dan bersangka baik. Dia rasa itu perkara baik, lagipun
memang sedari kecil ayahnya yang merupakan seorang guru kaunseling sering
mengajarnya untuk bersangka baik dengan semua orang, walau seburuk mana pun
first impression kita terhadapnya.
Itulah apa yang
dia rasa pada mula. Tadi sebenarnya dia perlu menghantar thesis yang baru sahaja
dicetaknya malam semalam. Kebetulan tadi dia ada mesyuarat dengan syarikat Sime
Darby, hajatnya untuk menghantar thesis selewat-lewatnya sebelum pukul 5 terus
terbantut. HQ Sime Darby yang terletak di Subang itu selalu sesak dengan kereta.
Jadi habis sahaja meeting dia, jalan sudah mula sesak. Sudahnya, sampai sahaja
dia di UiTM Shah Alam itu, hampir pukul 5.45 petang. Parking pula masa itu
penuh, barangkali sebab tengah minggu, masih ada kelas kelas petang yang
dijalankan. Terus dia mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya di belakang
sebuah Myvi. Oleh kerana dia terlalu bergegas, walaupun sebelum itu dia telah
mendapat mesej bahawa professor akan menunggunya dibilik, dia sampai boleh
terlupa hendak meletakkan kereta pada gear parking.
Sesudah sahaja
dia menghantar thesis, terus dia bergegas kesurau berdekatan untuk solat asar.
Dan usai solat barulah dia terkenang sendiri sama ada dia telah meletakkan
kereta pada gear parking atau tidak. Sebab kalau diikutkan dia hendak sahaja
berehat sebentar disurau itu. Tapi dek perasaan tidak pasti yang merajainya,
usai sahaja solat, dia kembali ke keretanya. Dan melihat ada sehelai notis yang
ditinggalkan diselit pada wiper. Perlahan tangannya mencapai kertas putih itu
dan dibuka lipatan kecil itu. Hampir bulat matanya membaca isi notis
tersebut.
Sakit perut
sangat ke nak kejar toilet brader sampai lupa nak set gear neutral.
dan dia hanya
tersenyum. Tidaklah berbunyi kasar seperti yang dijangkanya, tapi boleh di
predict nya bahawa pemilik kereta ini merasa jengkel dengannya.
Sudahnya dia
membuat keputusan untuk menunggu. Hampir 15 minit juga dia menunggu, sehinggalah
dia melihat sekujur tubuh berjalan kearah kereta Swift itu. Lah. Perempuan
rupanya. Gaya ayat macam laki yang tulis.
Dan first
impression nya terhadap gadis berambut paras bahu itu, independent dan bebas.
Entah kenapa. Itulah pandangannya. Mungkin kerana gadis itu santai menyarungkan
parka Adidas lengan panjang yang disensengnya keparas siku, dan mengenakan jeans
longgar dan sneakers warna violet yang terasa menarik pada matanya. Itulah dia,
sangat observant dengan orang lain, jadi dia agak pandai menilai sifat seseorang
walaupun baru dikenalinya. Teringat kata kata gadis itu..
“Tadi saya nak
kejar solat kat rumah tapi takpe lah. Saya pegi surau fakulti je
tadi”
“Okay lah
encik. Saya nak balik ni. Dah nak maghrib lagipun.”
Sejujurnya dia
menyangkakan gadis itu seorang non muslim. Bukanlah dia hendak hentam seromo,
tetapi dia juga ada kenalan yang gaya tidak ubah seperti gadis tadi itu. Gadis
tadi lagipun tiada berwajah Melayu asli sangat, dan warna rambutnya yang
keperangan itu menguatkan lagi mungkin gadis itu berketurunan serani ataupun
mix. Macam pan asian pun ada sedikit.
Sebab itu jangan
buruk sangka dengan orang, Fakhrul. Tapi.. ni kenapa pulak aku boleh fikir pasal
anak dara orang ni. Ah sudah. Tangannya yang sedari tadi menyelak dokumen
project yang perlu disiapkan minggu depan itu menyelak helaian rambut yang mula
menutupi dahinya.
Ketukan di pintu
membuatkan dia bersandar dan menoleh kearah pintu dibelakangnya. Terjengul muka
Adam memandangnya. Rakannya yang masih menyarung kemeja hijau cair itu melangkah
masuk kedalam bilik yang sederhana besar. Bilik yang hanya diduduki Fakhrul itu
hanya terdapat sebuah katil, sebuah almari dan sebuah meja kerja. Adam
melabuhkan punggungnya diatas katil.
“Lama dah kau
sampai?”
Fakhrul hanya
mengangguk. “Maghrib tadi aku sampai rumah. Lambat pulak kau balik hari ni?” Dia
memandang sekilas jam di atas meja kerjanya itu. Sudah hampir pukul 10.15
malam.
“Boss lepas
lambat tadi, kena finalize kan project kilang Misashi tu. Penat aku.” Dia
mengurut perlahan lehernya yang terasa sengal bahana duduk lama sangat depan
computer. “So, amacam thesis kau? Sempat hantar?”
“Dah sudah. Kelam
kabut aku rushing dari company ke sime darby ke uitm tadi. Nasib baik prof stay
back sebab ada guest jumpa dia tadi. Kalau tak ada yang kena bebel oii.” Dia
ketawa.
“Jom teman aku
makan dekat Murnii jom Rul? Aku lapar la, tadi tak sempat nak cari makanan.”
Adam dah mengurut perutnya. “Dah berapa kali perut ni buat keroncong untuk Ana.
Ni tunggu masa je ni nak tukar black metal pulak ni.” Dia menyengih.
Pecah gelak
Fakhrul. “Kau tu memang. Suka tangguh makan. Ni kalau Mak kau tau ni kompem kena
bebel. Sedarlah sikit diri tu ada gastrik.” Fakhrul mula mengemas mejanya. “Jom
la. Aku pun lapar jugak ni. Dapat Mee Goreng German satu sedap jugak
ni.”
“Haa tengok.
Bermanfaat tau aku ajak kau. Kalau tak alamat kempunan la kau nak makan mee
buatan german tu.” Tutur Adam sambil bangun dari duduknya dan melangkah keluar
dari bilik rakannya itu. “Tunggu kejap aku nak mandi sembahyang!” Kedengaran
lelaki itu menjerit. Fakhrul hanya mampun menggeleng kepala. Dia kembali
menghadap meja kerjanya. Salinan thesis yang dibiarkan diatas meja itu dicapai
dan direnungnya.
Hampir cekak
pinggang juga Prof Farah setibanya dia dibilik pensyarah itu. Mujur pensyarah
yang sudah beberapa tahun dikenalinya itu, semenjak dari zaman ijazah itu memang
seorang yang baik dan bertimbang rasa.
Pensyarah itulah
yang sanggup menjadi penasihatnya dan yang mengusulkan kepadanya untuk
menyambung pelajaran nya ketahap master. Dia pada mula memang tidak terlintas
untuk menyambung pelajaran, sebab baginya, kerjayanya kini cukup memuaskan
hatinya. Tapi mengenangkan hasrat ayah dan ibu yang ingin melihat satu satunya
anak lelaki mereka ini berpelajaran tinggi, dia mengigihkan jua hatinya. Nasib
baik syarikat tempat dia bekerja memang dekat dengan uitm shah alam. Kalau
memandu pun, hanya mengambil masa 15 minit jika tiada kesesakan lalu lintas.
Rumah sewa yang didiami dia dan Adam ni juga berhampiran dengan tempat kerjanya
mahupun Uitm. Adam yang kini bekerjaya sebab engineer di sebuah syarikat di KL
pun tiada masalah walaupun jarak dari rumah ke tempat kerjanya itu agak jauh.
Lagipun mereka berdua memang bersahabat baik daripada degree lagi, jadi bila dia
mengajak Adam untuk tinggal bersama dirumah apartment milik keluarganya itu,
terus Adam bersetuju.
Fikirannya
terbantut bila kedengaran bunyi pintu bilik air dari bilik sebelah. Terus dia
bangun sambil tangannya mencapai handphone, dompet dan kunci rumah sebelum dia
melangkah keluar dari bilik itu.
Savior
oleh Black Veil Bride
perlahan dipasang daripada computer riba Acer. Bibirnya turut menyanyi
bait bait lirik lagu itu sambil matanya merenung satu persatu kiraan yang baru
disiapkan itu. Tutor yang dibawa dari library itu hampir 90% siap. Tinggal nak
buat graph sahaja. Bila dia sudah berpuas hati dengan kiraanya, barulah
tangannya mencapai kertas graph yang diselit diantara helaian soalan. Pembaris
panjang yang sedari tadi berada di tepi buku itu turut dicapai sebelum dia mula
melukis sebuah graph berdasarkan point point yang dikiranya. Kejap kejap
tangannya bermain main dengan rambutnya yang dibiar lepas bebas. Kejap kejap dia
mencapai cawan kertas berisi milo ais yang dibelinya di KFC petang tadi.
Kedengaran bunyi pintu hadapan dibuka sebelum beberapa suara mencecah gegendang
telinganya. Matanya melihat jam pada skrin laptop, sudah hampir pukul 11.
Agaknya budak budak ni terus makan lepas habis test kot. Volume speaker laptop
itu diperlahankan.
“Dian.”
Dian Violet
menolehkan kepalanya kearah Alia yang baru melangkah masuk kedalam bilik.
“Haa.”
“Kau dah makan?”
Apabila mata Alia menangkap cawan KFC di atas meja belajar milik Dian itu dia
mula menjengilkan matanya. “Ooooo.. kau makan KFC lagi yeeee. Bukan nak ajak
aku. Cis.” Gadis itu mengantung tudungnya dibalik pintu sebelum dia melabuhkan
badannya di atas katil.
“Dah korang ada
test kan.. terpaksalah aku makan sorang sorang Li. Lagipun kenapa aku kena ajak
kau? Baik aku ajak Apek dengan Iwana je.” Dian menyengih. Matanya kembali
tertumpu pada kertas graph dihadapannya. Sahaja dia mengusik Alia, rutin mereka
setiap hari. Walaupun mereka berlainan course dan kelas, tapi dek kerana mereka
telah kena satu sama lain sedari Matrikulasi Selangor, hubungan mereka memang
akrab.
“Sampai hati kau
cakap camtu.”
“Sampai je.”
Dia merasa ada
tangan mengulas rambutnya, tetapi Dian membiarkan sahaja. Sempat dia mengerling
kearah Alia yang sudah berbaring dengan sebelah tangannya mengulas rambut rakan
sebiliknya itu tersengih. Dia dah sedia maklum dengan tabiat Alia yang suka
bermain dengan rambutnya itu. Katanya rambut miliknya itu lain daripada yang
lain. Apa yang lain entah.
Dan macam biasa
Alia akan bercakap “Lembutnya rambut kau Di..”
Dian hanya angkat
bahu.
“Jeles aku tengok
rambut kau ni. Dah la perang, lembut pulak tu. Ikal mayang pulak tu. Rasa nak
potong bagi jual dekat barber kedai india bawah tu je.” Alia dah mengekek di
atas katil.
“Amboi banyak la
kau. Habis la botak aku.”
“EKekkeke. Cantik
la Di. Geram aku. Untungnya jadi mix ni.”
Dian hanya
tersenyum. Ayat yang baginya sangat selalu didengarinya sepanjang 22 tahun dia
hidup.
No comments:
Post a Comment