Utusan
dari puan Aini itulah menjadi titik permulaan pertemuan dia dengan Zafran hari
ni. Tak payah IQ sampai 200 pun boleh paham definisi kawan yang dimaksudkan oleh
Puan Aini haritu. Selepas sahaja dia bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki itu
(itu pun selepas dipaksa oleh Mama) terus Mama bagi no telefon Zafran kepadanya.
Waktu iu dia dah garu kepala, berapa lama sebernarnya Mama dan plan dia ini dah
berjalan?
Demi untuk tidak membuatkan
Mamanya terus menerus dengan bebelan, dia akhirnya mengambil keputusan untuk
mesej lelaki itu. Jumpa sahaja takpe kan? Tapi belum sempat dia hendak menaip
mesej, lelaki itu terlebih dahulu menghantar mesej, mengajaknya untuk minum
petang bersama. Huh. Nampaknya angkatan Puan Aini pun dah menjalankan langkah
pertama. Tapi mamat ni pun boleh tahan jugak.. kenapa dia tak tolak plan gila
Mamanya itu.. takkanlah takde awek kut. Ish. Husnuzhon Raudhah. Mungkin laki tu
memang nakkan pilihan keluarga kut. Haha. Dia ketawa sendiri. Nasib la kau Mama
kau suruh jumpa aku, yang tak seberapa calon menantu pilihan ni.
Sudahnya,
mereka bercadang untuk jumpa jumaat malam sabtu, sementelah cuma waktu itu kedua
duanya free. Dia pula harus ke Johor dari selasa sampai khamis untuk kursus yang
melibatkan company nya. Lelaki itu pula banyak dengan short notice meeting
katanya.
Jumaat
itu, habis saja kerja dipejabat, terus dia mengambil teksi untuk ke Koomp Kafe
yang jauhnya lebih kurang 10 minit. Zafran ada memperlawa untuk menjemputnya
dengan kereta sebab lagipun pejabat mereka berdekatan saja. Tapi Raudhah
merasakan yang dia sakan jadi sangat awkward untuk duduk satu kereta dengan
orang yang first time jumpa. Jadi dia pun menolak perlawaan lelaki itu. 6 tahun
aku belajar Uitm pun kemain susah nak naik kereta orang tak kenal. Lain la kalau
dah memang kamceng macam si Hariz dengan Kemal tu. Tu jangan cakap, kalau boleh
rasa nak tumpang kereta hari hari asalkan dia tak perlu drive menempuh jam
membunuh shah alam tu. Dia mengambil keputusan untuk menunggu saja di dalam
kafe. Aku nak tengok sikit muka mamat malang mana yang terpaksa jumpa aku ni..
satu persatu lelaki yang masuk ke dalam kafe itu dikerling. Takut takut kalau
sala seorang dari mereka itu Zafran. Jam ditangannya menunjukkan pukul 5.25.
Janji jumpa 5.30. Tapi bayang pun tak nampak lagi
ni.
Ketika itu lah telefonnya
berbunyi. Dia mengangkat kening melihat nama yang tertera di skrin Samsung itu.
“Helo.”
“Helo Raudhah. Are you the one
yang pakai baju kurung turquoise tu?”
Pertanyaan lelaki itu
membuatkan dia berpusing kearah pintu masuk kafe. Kelihatan seorang lelaki yang
segak berkemeja biru cair dengan lengan disinsing ke paras siku sedang bercakap
dengan telefon dan memandangnya. Alemak. Aku cair betul tengok lelaki sinsing
lengan baju sampai sikut ni. Tapi.. Kenapa aku rasa muka mamat ni macam
familiar.. Padangannya cuba difokuskan. Rasanya aku belum lagi rabun jauh. Kalau
member sendiri kompem tak payah tengok dua kali mesti kenal punya. Eh tapi, aku
mana ada member nama Zafran…
“Helo.?”
“Eh. Sorry. Haa yes I pakai
baju kurung turquoise.” Dia mula memandang kehadapan balik. Cuba mengingat
kembali kalau kalau dia pernah terjumpa lelaki itu dimana mana. Kelihatan kerusi
dihadapannya itu ditarik sebelum lelaki itu menundukkan
kepalanya.
“Sorry I’m late. Dah lama ke
tunggu?” Lelaki itu senyum segaris. Raudhah hanya menggeleng kepala. Mana ye aku
pernah nampak mamat ni.
“Takde pun. I pun baru je
sampai.”
Lelaki itu meletakkan beg
kerjanya di kerusi disebelahnya sebelum dia duduk. Cawan teh panas yang masih
berasap di atas meja itu dipandang sekilas.
“You taknak makan?” Tanya
Zafran dengan senyum sepuluh megawatt.
Raudhah baru hendak menjawab
“Taknak sebab tadi baru je lunch” tetapi semua perkataan itu seolah olah
tersekat dicelah kerongkong anak tekaknya. Senyuman lelaki itu seolah olah
membawa dia kembali ke reality. Jangan kata mamat ni..
Ajan??
Dia merenung telefon bimbit
ditangannya. Memeriksa kalau kalau ada notification yang masuk sewaktu dia mandi
tadi. Tiada. Nil. Zero. Dia mengeluh panjang. Aish minah sorang ni. Dah dekat
dua minggu tapi takde mesej aku pun. Lama betul nak buat keputusannya. Teringat
teguran mamanya tadi sewaktu makan malam.
“Along dengan Raudhah tu macam
mana? Mama tengok takde pun Along keluar dengan dia ke apa ke lepas jumpa
haritu? Ni haa. Tengah weekend ni. Ajak la Raudhah tu lunch ke.. takpun Along
pegi la rumah Auntie Rohana tu. Mama kasi address
okay.”
“Ish Mama ni. Ada ke sampai nak
pegi rumah dia. Raudhah tu busy agaknya.”
“Pandai lah Along tu. Entah
entah Along yang mengelat tak? Contact la dia. Kalau Along taknak contact biar
Mama sendiri yang telefon Raudhah tu. Nak Mama ajak dia datang rumah
ke?”
Zafran hanya ketawa.Mama dah
mula la tu dengan plan match making dia tu.“Along dah pernah pegi rumah dia dah
Ma. Hantar si Raudhah ni balik haritu.”
“Haa. Senang la macam tu. Alang
alang tu lepas ni pegi rumah tu jumpa parents dia
terus.”
Dan akhirnya dia terpaksa
bersetuju untuk menelefon Raudhah secepat mungkin. Gila kau nak pegi rumah budak
tu jumpa parents dia. Kenal pun baru berapa hari. Jumpa lagi la, baru sekali. Tu
pun cakap keluar tak keluar suara. Lagi gila nak mintak budak tu datang rumah.
Gasak la. Biarlah aku yang initiate ajak dia keluar lagi sekali pun. Dah nama
pun laki. Dia sengih. Entah kenapa dia rasa seronok pulak mengusik si Raudhah.
Minah tu gaya sentap semacam aje aku tengok. Aku gurau pun dia amik serius. Aku
serius dia ingat aku main main. Iphone dia meja dicapai. Nak taip apa ni..
buatnya budak tu memang nak cut off terus..
“Along la yang contact dia
dulu. Youre the man, Long. Ada ke nak tunggu perempuan yang mula dulu. Tu
namanya perigi cari timba.”
Mama mama.. zaman sekarang ni
ramai aje perempuan yang initiate dulu ajak lelaki. Apa apa la, Ma. Along try
contact. Asalkan Mama bahagia. Tapi kalau dia taknak layan, Along taktau ye, Ma.
Keypad telefon ditekannya satu persatu. Mula memikirkan ayat yang sesuai. Tapi
buatnya budak ni taknak jumpa aku macam mana? Haritu pun nak taknak je terima
cadangan aku. Jangan jangan budak ni tiba tiba taknak reply mesej. Ish. Kalau
macam tu memang habis la kena bebel dengan Mama lagi lepas ni. Buat entah kali
keberapa dia mengeluh lagi. Tapi butang send tetap
ditekannya.
-Assalamualaikum Raudhah. Are
you busy?
Dia mengendang palm rest nya
buat seketika. Kalau budak ni tak reply, aku kena mintak tolong skuad tambahan
nampaknya. Vibrate telefon di atas meja itu pantas memotong buah fikirannya.
Laju tangannya membuka apps whatsapp.
-Wassalam. Takde buat apa pun.
Why?
-My mom.. suruh I ajak
youkeluar makan esok. Free tak?
-your mom
suruh?
-Ye lah. Dah tunggu you bagi
kata putus tak dapat dapat.
-Apa kaitan your mom dalam kata
putus I?
Eh eh minachi ni banyak soal
pulak. Tu tengah melenting la tu.
-Raudhah,boleh ke takboleh
ni?
Hampir dua minit dia menunggu
baru balasan diterima. Lama betul budak ni nak decide. Tu mesti tengah insecure
la tu. Dia sengih sorang sorang menghadap screen iphone nya
itu.
-Ok..kalau lunch, then I on
saje. Makan dekat mana?
-Rumah
I.
-Hah? You
ni biar betul.
Zafran tersenyum nipis. Memang
betullah hipotesis aku, minah sorang ni memang cepat
sentap.
-Takde la. Kita makan luar.
Maybe area Subang. Okay?
-Okay.
-Okay..So, plan kita macam
mana? Dah habis fikir ke?
Hampir lima minit dia menunggu
reply yang seterusnya. Ish budak ni. Tidur dah ke?
-Dah habis fikir
dah.
-So.. yes or
no?
-Okay la. It is a yes. Lets
just proceed with the plan.
Dan akhirnya Zafran tersenyum
puas. Setuju jugak budak ni akhirnya.
-Okay. Esok pukul 11.30 pagi
I’ll fetch you from your house.
Habis dah satu masalah. Lepas
ni Mama tanya takde la buntu nak jawab apa dah. Kalau taka ci kena bebel je tiap
kali balik kerja. Konon umur dah banyak tapi tak reti reti nak settle down. Umur
baru 26, apa. Dia masih muda. Kerjayanya juga baru hendak stabil. Dan dia pun
masih merasakan yang dia belum cukup lagi berbakti kepada keluarganya. Apatah
lagi dia adalah anak sulung, dan adiknya masih lagi belajar. Dia masih merasakan
tanggungjawabnya masih kepada keluarganya. Dan masih belum terbuka lagi hatinya
untuk berumah tangga. Teringat kataayah..
“Kawan je lah dulu dengan budak
tu… apa nama dia? Raudhah?” Encik Nasruddin memandang wajah isterinya yang
mengangguk disebelahnya. “Kawan je dulu.. Ayah dengan Mama tak suruh pun Along
settle down tahun ni.. Could be tahun depan. Yang penting Mama dengan Ayah nak
tengok Along serius saja. Takde lah Mama asyik nak kenenkan Along dengan anak
kawan dia yang entah datang dari mana tu..”
Panjang lebar ayah nya
memberikan penjelasan. Walaupun bunyi simpleton habisan, tapi mesej ayah itu
terus sampai kedalam kepala hotaknya. Dan waktu itu dia yakin, selagi dia tak
serius dengan siapa siapa, selagi itulah agenda Mama akan
berterusan.
Weekend datang dan pergi. Hari
ni dah hari isnin. Letak tie di leher dibetulkan. Kemudian dia mula melipat
pergelangan baju tangan kirinya. Ditarik kain cotton itu sampai ke situ.
Selesai, dia melipat pulak lengan baju tangan kanannya. Jam tangan diata meja
diambil dan dipakai dipergelangan tangan kanan. Selesai kesemuanya. Dia menarik
beg targus yang terletak kemas diatas katil dan membuka pintu bilik. Semerbak
bau nasi goreng dari dapur menusuk hidungnya. Kedengaran suara dari dapur
berborak entah apa. Dia melangkah santai kearah meja makan. Ayah sedang membaca
surat khabar entah bila dan Mama sedang bercerita entah apa sambil menyenduk
nasi goreng kedalam pinggan satu persatu. Sejurus melihat wajah anaknya yang
baru muncul itu, terbit sebuah senyuman di bibir wanita
itu.
“Awal Along bangun hari ni?”
Pinggan yang sudah berisi nasi itu diletakkan dihadapan suaminya. Pinggan kedua
dicapai dan diletakkan dihadapan anak sulungnya itu. Zafran yang sudah duduk itu
menuang air kopi kedalam cawan-cawan.
“Along kena pegi site hari ni,
Ma.” Dia menuang air teh panas kedalam cawan ketiga sebelum cawan itu diletak
didalam piring dan disuakan kepada Puan Aini. Maklum dengan citarasa Mamanya
yang cukup tidak gemar minum kopi, walaupun kedua-dua Zafran dan encik Nasruddin
sangat gemar minuman pahit itu. Kemudian dia merenung lama anak sulungnya itu,
tajam melihat tingkah laku Zafran yang mula menumpukan perhatian kepada handset
nya di tangan.
“Along pegi site tu balik ofis
tak?” Tenang Pn Aini bertanya. Sudu dibawa ke mulut.
“Kalau
settle awak kerja dekat site, balik ofis la kut. Kenapa Mama tanya?” Zafran
masih lagi tekun membaca planner di dalam iphone
nya.
Puan Aini berdehem. “Takde apa.
Mama ingatkan nak minta Along bawakkan jubbah yang Mama belikan dekat Jalan Tar
hari tu. Tolong bagikan dekat si Raudhah tu.”
Ternyata pernyataan Puan Aini
berjaya menarik perhatian kedua dua suami dan anak sulungnya itu. Zafran
meletakkan iphone di atas meja. Dia menghela nafas panjang. Mama ni kan.. agenda
dia tu tak habis habis. Tu sajalah tu nak suruh aku jumpa Raudhah. Bila masa
pulak Mama pergi Jalan Tar? Bukan dua minggu lepas. Haa tengok tu. Aku jumpa
Raudhah kelmarin takde pulak dia nak suruh pass kan sekali. Padahal boleh aja
mintak tolong dia kasikan haritu. Dia menggeleng panjang. Mama aku ni
kan…
“Mama…”
“Kalau tak boleh takpe. Mama
boleh pergi rumah Auntie Rohana petang ni.”
Haa tengok tu tengok tu. Zafran
memandang kosong pinggan nya yang sudah tinggal sedikit sahaja nasi goreng.
Papanya hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis. Matanya kembali tertumpu
pada NST di tangan. Maklum dengan akal isterinya itu. Kalau A yang dia nak, A
lah yang kena jadi. Dia malas hendak masuk campur urusan anak sulung dengan
isterinya itu.
“Kalau sempat balik ofis Along
pass kan dekat dia.” Zafran menghabiskan baki kopi sebelum dia bangun sambil
membawa pinggan kosong ke singki. “Mana jubbah,
Ma..”
“Mama dah letak atas beg ofis
along dekat meja depan..”
Zafran mengangkat kening. Bila
masa pulak Mama pergi depan? Ish.. seram aku. Dia mula melangkah meninggalkan
dapur sebelum dia melihat sebuah beg kertas merah elok terletak di sebelah beg
Targus miliknya.
“Raudhahhhhhhhhhhhhh kau memang
nak kenaaa!!”
Err.. hehe. “Assalamualaikum
makcik.” Dia tersengih dihadapan meja kerjanya.
“Waalaikumsalam. Raudhah. Kau
ni memang nak kena masak kicap dengan aku.”
Raudhah hanya tersenyum. Paham
sangat kearah mana perbualannya itu akan pergi. “Didi.. aku tengah dalam ofis
ni.”
Diana hanya ketawa sinis di
hujung talian. “Didi.. aku tengah dalam ofis ni.” Dia mengajuk kata kata
Raudhah. Tangannya cekap memusing stereng. Earpiece di telinga dibetulkan.
“Kalau aku tak singgah rumah kau semalam, sampai sudah aku tak tau cerita tau.
Kau ni memang lupa kawan la Odah..”
Kini Raudhah yang ketawa. Orang
di ofis masih tak ramai. Baru pukul 8 pagi. Sengaja dia bertolak awal dari rumah
hari ni. Pukul 7.45 tadi lagi dia sudah sampai ke ofis. Lagipun Ayahnya yang
menghantar dia keofis sebelum berangkat ke Kuala Lumpur sebab ada meeting pukul
9.00 pagi. Macam tu la kerja bahagian management. Balik nanti ni pun sama ada
dia perlu menunggu ayahnya menjemputnya pukul 6 petang atau dia kena naik LRT
sahaja ke rumah. Tapi kalau naik LRT mesti sesak.
“Cik Nurul Diana..apakah
gerangan hal yang anda cuba sampaikan ni?” Raudhah sengih sendiri. Padahal dia
sudah dengar cerita dari Mama. Nescafe panas diatas meja dibawa ke bibir. Mesti
pasal Zafran punya la..
“Mama kau cakap kau nak kahwin?
Dengan siapa Odah? Aku kenal ke lelaki tu?” Polos Diana
berkata.
Nescafe yang hampir tersembur
keluar dari mulutnya itu cepat cepat ditelan. Matanya bulat mendengar kata kata
Diana yang langsung tak berlapik. “Didi.. jangan cakap Mama aku bagitau kau
macam tu?”
Kedengaran ketawa dari hujung
talian. “Ye lah. Elok aje aku sampai semalam, Mama kau tanya aku kau taka da
cerita apa apa ke. Aku cakap lah aku ni baru balik dari Jepun. Jumpa kau pun tak
sempat lagi. Lepas tu, terus Mama kau cakap yang kau nak kahwin. Nasib baik
handset aku semalam battery kong kau tau. Kalau tak memang sepanjang semalaman
aku akan call kau tanya beribu ribu soalan. Sampai hati kau tak cerita kat
aku..”
“Kau kan pegi
Jepun..”
“Eh eh eh. Cik Kak. Macam la
aku ni tak boleh baca whatsapp dekat sana. Lagipun aku pergi sana 2 minggu je
tau.”
“Apa barang cerita pakai
whatsapp. Lagipun, panjang la Di nak cerita satu satu. Kena jumpa baru
best.”
Diana buat muka geram. Sabar je
lah aku dengan perempuan sorang ni. Boleh dia senyap tak cerita apa apa dekat
kawan baik dia ni. Nasib baik semalam dia singgah rumah Raudhah untuk hantar
lauk gulai masak lemak yang dimasak ibunya. Nasib baik juga rumah mereka
bersebelahan taman sahaja. Itu pun nasib baik jugak puan Rohana bukak cerita
pasal si Raudhah ni tengah berkenalan dengan seseorang. Siap cakap anak
perempuannya itu nak kahwin lagi. Mana aku tak terkejut?
“Tak
boleh jadi ni Odah. Aku nak jumpa kau jugak. Kau habis kerja pukul berapa
ni?”
Dia memandang jam. Kemudian dia
dia seketika. Berfikir. “Kau nak jumpa aku hari ni ke? Kau tak
kerja?”
“Aku pegi site je. Half day.
Lepas tu nak pegi teman kakak aku pegi hospital untuk check up. Kalau sempat,
boleh je aku singgah tempat kau kejap. Kau drive ke Papa kau
hantar?"
"Papa aku hantar. Kereta aku masuk hospital la semalam." Dia mengeluh.
"Lah.. apasal? Okay takpe lah. Kalau camtu kau balik dengan aku aje. Aku amik kau terus."
"Papa aku hantar. Kereta aku masuk hospital la semalam." Dia mengeluh.
"Lah.. apasal? Okay takpe lah. Kalau camtu kau balik dengan aku aje. Aku amik kau terus."
Raudhah diam memikir cadangann
Didi. Okay juga macam tu. Tak payah la aku tunggu Papa amik baru boleh amik. Ni
pun tak tentu lagi papa keluar ofis pukul 6. Buatnya papa keluar lambat. Nanti
la mesej papa bagitau tak payah amik dia dekat subang jaya. Lagipun susah susah
aje papa nak pusing dari KL ke ofis dia ini.
“Boleh kut Di.. kalau tunggu
Papa aku kena balik lambat sikit. Tapi takpe lah kalau kau dah volunteer nak
amik aku. Hehe.” Dia ketawa. Kelihatan Chiang sudah masuk ke dalam ofis dan
menuju ke mejanya. Lelaki itu sempat mengangkat tangannya pabila melihat dia
sedang on the phone.
“Okay. Nanti apa apa hal aku
bagitau kau la. Aku dah nak sampai dekat site ni.”
“Okay
Didi..”
Mereka bertukar salam sebelum
dia meletakkan Huawei di atas meja. Sebelum tengahari ni kena mesej Papa bagitau
tak payah ambil dia. Papa pun mesti suka saja tak perlu nak susah susah datang
petaling jaya dari kuala lumpur tu. Jalan confirm sesak punya kalau petang. Peak
hour. Teringat perbualannya dengan Didi tadi. Bukannya dia terlupa hendak
bagitau kawan baiknya itu. Cuma dia merasakan hal itu baiklah didiamkan dulu,
walaupun kalau nak diikutkan, code and conduct between dia dengan Didi melarang
adanya apa apa rahsia antara mereka. Bukannya dia tak terpikir untuk whatsapp
sahaja Didi. Kalau boleh masa Zafran hantar mesej kali pertama itu pun, dia rasa
macam nak call sahaja ke Jepun untuk tanya pendapat Didi. Tapi dia tahu, Didi
mesti busy punya dengan business trip dia. Jadinya, dia membuat keputusan untuk
tunggu Didi sampai ke Malaysia baru cerita. Itu pun belum sempat tuan punya
badan hendak cerita, pihak berkuasa dah masuk campur dulu. Baru sahaja dia
hendak bangun untuk ke pantry, telefon nya bergegar menandakan mesej masuk.
Raudhah mengangkat kening. Handset itu diambil sebelum perlahan langkahnya
menuju ke pantry. Kelihatan Chiang sedang berbual bual dengan lagi sorang
ofismate mereka, Mark.
“Hi Raudhah. Youre so early la
today! Borak dengan siapa tadi? Boyfriend you kah?” Ramah Chiang menyapanya.
Cawan kopi dibawa kemulut.
Raudhah hanya ketawa kecil. “No
lah.. that was my bestfriend.. Chiang I don’t have boyfriend
laaa”
“Ohhhh the bestfriend..was it a
guy or a girl?” Chiang masih cuba memancing. “How come a fine lady like you
still doesn’t have boyfriend laa Raudhah. “
Mark sedari tadi mendengar
hanya ketawa. Dia menyiku Chiang. “Let her be la dude.” Matanya beralih kepada
Raudhah. “Make sure when you got boyfriend, come and inform us la girl.. And you
Chiang, find yourself a girlfriend first la..”
“Eh I already got one
la..”
“That Ariel girl..? I thought
you and her already broke up..”
“Eh says who, I just met her
yesterday.” Chiang dah buat muka. Dia memandang Raudhah yang dari tadi senyum
melihat dia dan Mark berbalah. “You tengok la Mark ni Raudhah. How could he say
I broke up with my girlfriend.”
Raudhah menggeleng kepala. “I
kalau dengan you dua ni memang kasi headache la Mark,
Chiang.”
Chiang dan Mark hanya ketawa
sebelum mereka melangkah keluar dari pantry. Raudhah hanya tersenyum. Seronok
aku satu tempat kerja dengan mamat dua orang ni. Baik je. Peramah pulak tu. Satu
hari memang tak sah kalau tak kena usik sakat dengan mereka. Padahal nak
dikatakan dia baru sahaja kerja di syarikat ini tak sampai setahun lagi. Tapi
Mark dengan Chiang tu kira manusia paling kamceng dengan dia dalam ofis ni kalau
kategori lelaki. Cawan di tangan dibasuh sebelum disangkut di tempat menggantung
cawan. Dia berjalan kembali ke mejanya. Kelihatan ramai ofismate nya sudah tiba.
Telefon di dalam poket seluar slack dikeluarkan sebelum dia teringat akan mesej
yang baru masuk tadi. Keningnya terangkat sebelah membaca nama penghantar.
Kenapa dah mamat ni pagi pagi dah hantar mesej? Haritu bukan baru jumpa
ke?
Assalam Raudhah. Harini you
habis kerja pukul berapa?
Kini kedua dua keningnya
terangkat. Apakehal pulak ni…
Macam biasa pukul 5.
Why?
I nak jumpa kejap. Ada barang
nak kasi. Mama I mintak pass kan dekat you.
Barang nak kasi? Haritu jumpa
kenapa tak kasi terus?
Barang apa?Mama
you?
Yes. Jubbah rasanya. Boleh ke
jumpa kejap ni? I’ll go to your office as soon as I finished my
work.
Raudhah merenung mesej itu
seketika. Kalau nak jumpa Zafran ni kena bagitau Didi suruh dia datang lambat
sikit la. Takkan nak biar Didi tunggu pulak kan.
Okay. But by 5.15 I kena balik.
My friend will come and fetch me.
Okay sure do
Maam.
“Nah.”
Bungkusan beg bewarna merah itu
bertukar tangan. Zafran kemudian memandang sekeliling. Tak ada pulak kereta
tengah tunggu.
“You tak driving hari ini?”
sebab dia cakap dia balik dengan kawan dia tadi. Biasanya Raudhah ni hanya akan
balik dengan orang lain bila dia tak memandu ke pejabat. Macam hari first mereka
bersua muka haritu. Biasanya dengan Pakcik Khairul.
Geleng kepala. “Tak. Papa I
hantar tadi. Lagipun kereta I masuk workshop petang semalam. Something wrong
with the engine. Tak boleh start langsung.” Raudhah mengeluh. Nasib baik baru
gaji last week. Takda la sengkek aku nak membayar. Dia mengenangkan Honda
Jazznya yang tiba tiba buat perangai itu.
“Semalam?
Petang?”
“Ha ah.” Yang mamat ni muka
terkejut sangat tu kenapa?
“Habis tu you balik semalam
macam mana?”
Dia menguis sandalnya diatas
jubin marmar di hadapan bangunan itu. Mengingatkan kembali kejadian semalam yang
hampir membuatkan dia rasa nak menjerit. “I.. took a cab. And it costed me hell
to pay. Nak mintak tolong Papa tapi Papa semalam kena pegi
Gombak.”
“Raudhah..” Suara Zafran
kedengaran keras tiba tiba.
Raudhah mengangkat mukanya.
Matanya bertentang dengan mata lelaki itu yang kelihatan keruh semacam. Yang nak
panggil nama orang dengan nada macam tu kenapa pulak. Panggil elok elok tak
boleh ke.. “Apa..”
“Kenapa you tak call I je? I
boleh hantar you balik. I ada je semalam sampai
maghrib.”
Erk? Kini keningnya tinggi
terangkat. Apa kehal mamat ni bunyi concern habis? Macam mereka ni ada pape
pulak sampai kena cari dia kalau kereta broke down. Lagi satu.. mana aku tau dia
tu available ke tak kalau nak mintak tolong pun? Lagi satu.. apa hal pulak aku
nak mintak tolong dia??
Zafran yang perasan muka
Raudhah yang sudah berkerut kerut itu akhirnya tersenyum. Tahu apa yang ada
difikiran wanita itu. Mesti la rasa pelik nak mintak tolong dia yang baru
beberapa kali berjumpa ni. Lagipun, status mereka bukan lah sebagai kawan,
apatah lagi lebih dari itu. Dia berdehem.
“Okay lah macam nilah. Kalau
lepas ni kereta you buat hal or anything. Just let me know. I boleh tolong
hantar you balik. Lagipun rumah kita sehala je kan.” Wajah wanita itu kemudian
berubah sedikit.
“I tak biasa mintak tolong
orang yang I tak rapat.” Keras dia bersuara.
Kini kening Zafran yang
terangkat tinggi. Tak rapat…? Okay.. “Okay tak kesah la. Tapi atleast takde la
Mama you bising konon konon I ni tak prihatin anak kawan dia yang tengah dalam
kesusahan keapa ke..” Sengaja dia menekat ‘Anak kawan’ itu, agar Raudhah dapat
menerima cadangannya itu.
Hek eleh. Gaya macam Mama tanya
je pasal dia. Eh tapi Mama memang ada tanya pun. Tanya kenapa dia tak mintak
tolong Zafran hantar balik rumah, kononnya takada lah dia membazir puluhan
ringgit untuk bayar teksi. Sudahnya dia hanya sengih saja. Mamat sorang ni macam
tahu tahu pulak Mama tu ada cakap pasal dia.
“Raudhah.. paham tak ni?”
Zafran menggawang tangan kirinya dihadapan muka Raudhah yang membisu dari tadi.
“Senyap pulak dia.”
Raudhah hanya mengangguk.
Tambah pulak lagi satu bala. Mamat ni macam suami orang pulak nak terlebih lebih
concern. Didi! Cepat la sikit sampai!!
“You tak nak balik ke?”
Zafran
hanya mengeluh. “Supposedly I ingat nak balik awal.. tapi dah jadi macam ni.. I
stay sampai maghrib kut?”
Erk. “Jadi
apa?”
“Dah you nak balik dengan kawan
you. Tak dapat la I nak balik awal.” Dia sengih. Matanya perasan yang muka
Raudhah dah mula kelat balik.
“Hah. Ha. You ni memang suka
buat lawak tak jadi ye?”
Kini Zafran betul betul ketawa.
Terasa nada suara Raudhah yang berbunyi sindir itu kelakar di telinganya.
“Kinda. Tapi dengan you je I macam ni.”
Hampir Raudhah hendak membalas
‘dengan Sabrina dulu takkan tak pernah pulak’ tapi ayat itu hanya tersekat
dikerongkongnya. Lama lama makin flirty pulak mamat sorang ni. Nak kata status
dorang tu dah kompem, tak pun. Tapi cara cakap dia tu. Haish. Terasa gatal
kepalanya minta digaru. Mana Didi ni.. dah lama dah ni mereka berdua jadi
standing statue dekat tengah tengah kaki lima ni.
“Senyap
kenapa?”
Raudhah mengangkat kepala dari
memandang sandalnya buat keberapa kalinya. “Hmm?” Dia malas hendak membalas. Aku
memang mati kutu betullah taktau nak cakap apa dengan pakcik sorang
ni.
Zafran menjengah kepalanya
sedikit. “Tengok apa kat bawah tu dari tadi. Nampak batu je pun. Baik you tengok
muka I yang handsome ni.” Sengih lebar muka menghiasi
mukanya.
“Zafran..”
“Tengok muka I ni lagi elok..
mana tau you jatuh suka dekat I.. senang. Boleh I suruh mama standby kalau
kalau kena datang merisik ke apa ke.”
“Okay. That’s it Zafran.”
Raudhah sudah hilang sabar. Makin lama makin menjadi jadi mamat sorang
ni.
“That’s
it?”
“Stop
it.”
“Stop what?” Zafran masih
dengan sengihnya yang tidak hilang hilang dari tadi.
“Stop it. Cara you cakap tu.
Kita still takde ape ape kan? I don’t need someone who has nothing to do with me
talking like he’s some kind of important person to me. I don’t need you to
pretend to care about me ke apa.” Suaranya sedikit kuat. Wajah Zafran yang mula
membeku itu ditenungnya tajam. “You know what.. This is just a game.. kan? You
bukannya serius dengan I pun kan? This is just for the sake of both of our
parents.. kan?”
Zafran diam menelan satu satu
kata kata Raudhah. Riak mukanya serius. Matanya terus menerus memandang Raudhah
tanpa kelip. Raudhah pula terasa lehernya dijerut dengan pandangan lelaki itu.
Betul apa aku cakap. Yang mamat ni lebih lebih nak gurau tu kenapa. Tapi.. ke
aku yang over sangat? Bunyi hon kereta membuatkan pandangannya beralih dari
wajah beku Zafran kearah seberang jalan. Kereta Hyundai i10 biru yang sangat
dikenali itu seakan akan menjadi penyelamatnya pada waktu itu. Didi.. aku sayang
kau!
“I..” Dia menelan air liur.
Diam lagi mamat ni. “I gerak dulu. Assalamualaikum.” Baru sahaja dia hendak
mengatur langkah, terasa tali tas nya ditarik. Matanya melihat mata Zafran yang
memandang tepat ke arahnya.
“For me, this is never a game,
Raudhah.”
Kaku tubuh Raudhah mendengar
ayat terakhir itu. Zafran sebaliknya, terus berjalan meninggalkan dia terpinga
pinga. Matanya tidak lepas melihat lelaki itu menyeberangi jalan menuju ke
bangunan diseberang jalan itu. Hon kereta yang berbunyi beberapa kali itu seolah
olah dibawa angin lalu.
No comments:
Post a Comment