Thursday, September 22, 2016

zafran - liyana (1)

With a sad heart I say bye to you and wave
Kicking shadows on the street
For every mistake that I have made
And like a baby boy I never was a man
Until I saw your blue eyes cry
And I held your face in my hand

Hate Me - Blue October yang dipasang di kafe itu diamatinya dalam diam. Sesekali dia ikut menyanyi sama lagu kegemarannya itu. Cawan teh ditangan kemudian dibawa kemulut dan dihirup. Matanya sesekali menjeling kehadapan sesaat sebelum dibawa lari ke tempat lain. Cawan decaf coffee dihadapannya dilihatnya sudah tinggal separuh. Dia mula tak senang duduk. Kut gaya macam ni senyap macam mana nak mula cakap. Cawan teh dihirup lagi sebelum cawan putih itu diletak ke piring di atas meja.
Dia membetulkan letak duduknya. Dah dekat 15 minit duduk macam ni, dia dah mula rasa nak bangun. Tapi takkan nak lari macam tu aje. Ingat ni movie catch me if you can? Diperhatikan orang depannya itu sesekali menggoyangkan kepalanya, jelas sedang mengikut menyanyi dengan lagu Say It yang telah menggantikan Hate Me tadi. Yang kedai ni pulak, memang marathon Blue October kea pa petang petang ni?
Dia ni memang taknak cakap apa apa ke? Takkan aku nak mula pulak.
Yang budak ni duk bisu je. Tunggu aku cakap la tu?
Nak cakap ke.. uik tapi apa aku nak cakap?
Belasah je la labu. A man does what a man does.
“So..”
“Err..”
Serentak mereka berdua bersuara. Mata kedua duanya memandang satu sama lain, perasan yang pihak lain hendak bersuara. Wanita itu mula senyum segaris dua saat sebelum dia mengangkat tangan tanda courtesy.
“You first.”
Lelaki itu hanya mengangguk dengan wajah tidak berubah riak. Dia pun memang dah fikir ayat apa nak start the conversation, tapi elok pulak minah ni potong line.
“So, Mama I ada jumpa Mama you.”
Wanita itu mengangguk sekali. Matanya langsung tidak beralih dari jemarinya di atas meja. “Yes.”
“Perhaps you want to have a word in this?”
Wanita itu akhirnya mengangkat muka. “Why would you ask me that?” Kenapa nak tanya aku? Dia tu pun takkan taknak cakap apa apa?
“No..” lelaki itu sedar wanita itu mula salah sangka. “It was not that I taknak cakap apa apa. But I just want to know your thoughts pasal hal ni. Mama I.. dia cakap apa je dengan you?” mana tau cerita yang aku tahu lain dari cerita budak ni.
“It’s..” Wanita itu menarik nafas panjang. Russian Roulette yang dah bermain di ruang kafe itu terasa menyesakkan fikirannya. “I rasa you dah tau kut. My mom and your Mom.. diorang tu best buddies and..” Dia menelan air liur yang terasa pahit. “They want us to..” Dia tidak menyambung ayatnya itu. Moga lelaki ini paham.
Angguk. “Mama I pun cakap benda yang sama.” Dilihat wajah wanita itu berubah serius dengan kedua matanya focus, tepat memandang kearahnya.
“Look, Zafran..”
Zafran hanya diam, memberi laluan kepada wanita itu untuk menyambung kata.
“This.. is too complicated.” Tolong lah by hook or by crook lelaki ini paham apa yang dia cuba sampaikan.
“This is too sudden.” Lelaki itu seakan akan memahami perasaanya itu bersuara juga.
Laju dia mengangguk. “Yeah. Betul tu. Bukannya I against your Mom or what tapi.. you know..”
“We don’t even know each other.” Lelaki itu kembali bersandar. Wajah kusut bercampur keliru wanita di hadapannya itu dipandang sekilas. Diamnya wanita itu dengan kerutan di dahinya itu menarik perhatiannya.
“Wait.. do we actually know each other?” Laki itu memancing dengan pertanyaan.
Wanita itu. “I know who you are, Zafran.”

Dia meraup mukanya yang sedari tadi terasa letih yang tak sudah sudah. Tangan kirinya cekap menukar kepada gear lima dan pedal minyak ditekan. Malam masih muda, baru pukul 8.00. kereta pun mula banyak walaupun malam ni bukan lah malam hujung minggu. Sesekali matanya melirik kearah penumpang di kirinya. Senyap. Langsung tidak bersuara. Tadi dalam kafe tadi pun mereka tidak mencapai apa apa kata putus. Masuk je maghrib mereka terus meninggalkan kawasan itu untuk ke masjid berdekatan. Teringat perbualan mereka petang tadi.

“You.. know me?” ish. Budak sekolah aku ke minah ni? Tapi berapa ramai pulak budak sekolah aku dulu. Macam mana boleh kenal pulak.
“You, uitm student kan?”
Keningnya terangkat tinggi. Budak uitm aku ke? Tapi perlahan lahan dia mengangguk kepala. “You pun?”
Gilirannya wanita itu senyum sambil kepala diangguk. “Ha ah. I know you since diploma dekat penang, then degree kat shah alam. “
Lama dah. Mau 6 tahun..“How?”
Wanita itu hanya memandangnya. Wajahnya menunjukkan yang dia hendak berkata sesuatu tapi dia teragak agak.
“Liyana..?” Dia masih cuba mengorek.
“Awak.. kenal Sabrina kan?”

Sabrina. Mustahil lah dia tidak kenal. Nama itu pernah menjadi igauannya suatu masa dulu. Yang membuatkan dia memang tidak pandang kiri kanan, walau seramai mana pun perempuan disekelilingnya. Nama yang menjadi untai hatinya selama beberapa tahun.
Tapi tak sangka pulak Liyana ni kawan Sabrina. Mungkin lah kut dia pernah nampak Liyana, sebab dia selalu je jumpa Sabrina sewaktu gadis itu bersama dengan rakan rakannya. Mungkin dari situ jugak, Liyana boleh cam wajahnya.

            “Tapi I didn’t know you dengan nama Zafran..  I just knew they called you Ajan.”
            Zafran hanya mengangguk. Nickname dia dari sekolah meleret ke zaman university. Figured.

            “Err.”
            Suara yang tiba tiba memecah fikirannya itu membuatkan dia automatik memandang seketika orang disebelahnya. Liyana yang sedang membetulkan duduknya. “So, you nak bagitau Mama you macam mana?” dia berhenti seketika. “Pasal kita?”
            Zafran senyum nipis dengan matanya tidak beralih daripada jalan raya. Kita. That sounds so out of nowhere. Namun dia turut berfikir. “You ada orang lain ke?” Dia bertanya kembali.
            Kini giliran Liyana memandangnya. Lama. Apakah yang mamat ni cuba compute?
            Zafran yang sedar persoalannya itu menimbulkan tanda soal itu menggawang tangan kirinya. “Mana tau kalau you dah ada orang lain, boleh I bagitau Mama I yang you dah ada pilihan sendiri.” Escapism cara halus namanya ni.
            Liyana hanya mengangguk perlahan tanda paham. Masalahnya dia mana ada siapa siapa. Dan yang sudah pasti kedua dua Mamanya dan juga Puan Aini maklum tentang perkara itu. Kalau tak takkan timbul perihal nak memperjodohkan dia dengan mamat sorang ni.
            “I.. takde. And that’s the problem. Sebab Mama you pun tau yang I takde siapa siapa.”
            “Oh ye ke..” Perlahan suara lelaki itu menyambut. “Kalau macam tu kita proceed je lah.” Tenang dia menjawab
            “Hahh?” Liyana terkejut separuh menjerit. “Apa dia?” Dia cuba meminta kepastian. Aku tersalah dengar ke mamat ni cakap apa?
            Lelaki itu tersenyum kecil sambil tangannya memusing stereng memasuki kawasan perumahan Taman Harmoni. Dia sebenarnya tidak lah serius dengan jawapannya. Tapi bila budak ni dah tanya balik macam tu.
            “Betul apa. You kata you takde siapa siapa kan. I pun takde siapa jugak. So kalau macam tu, kita proceed je lah dengan plan gila Mama you dengan Mama I. Senang. Habis cerita.” Sengih dia masih tak hilang. Brek ditekan perlahan dihadapan sebuah banglo.
            Amboi amboi mamat ni senang nya buat keputusan. “You sedar tak you cakap apa ni?”
            Sengih tadi kembali berbunga. Tapi dia pantas mengawal. Matanya kemudian beralih tepat memandang anak mata wanita yang masih melawan pandangannya itu. “Sedar. Okay Liyana. Kita proceed saja. But that doesn’t mean yang kita serius ke or anything, okay?”
            “Kenapa pulak..”
            “Sebab you pun taknak mama you bising kan? I pun macam tu. So the safest way, kita proceed saja. But then if you dah jumpa orang lain, or maybe I jumpa orang lain, then we may stop.”
            Liyana hanya diam. Dia cuba mencerna kata kata lelaki itu. Bunyi memang macam senang. Tapi dia memang sudah tidak mahu ditanya banyak oleh Mama nya tentang jodohnya. Bukannya dia tak suka. Tapi pada usia 25 tahun ini, dia lagi risau akan kerjayanya.  Lagipun 25 tu muda lagi apa. Senior senior sekolahnya pun ramai lagi yang belum berumahtangga. Mama ni ter influenced sangat dengan cakap cakap saudara mara mereka. Takpun mesti dengan geng marhaban dia. Tapi takkan la nak main main dengan plan Mama. Buatnya Mama ingat serius macam mana? Tak ke kantoi tran tang tang kalau macam tu? Ish tak boleh jadi macam ni.
            “Amacam?” Zafran bertanya apabila melihat gate automatic banglo milik keluarga Liyana telah dibuka. Lamanya budak ni fikir.
            “Bagi I masa, boleh? I kena fikir dulu.. “
            Nak fikir lagi tu.. tapi Zafran mengangguk. Takkan la nak paksa. Lagipun dia paham, benda ni bukannya boleh buat main. “Okay. No problem.”
            Liyana turut mengangguk. “Okay, good. Apa apa hal I’ll let you know.”
            Zafran membuka lock pintu kereta. Sejurus gadis itu keluar, dia memanggil nama gadis itu, membuatkan wanita itu berpaling.
            “Kirim salam parents you.” Senyum nipis.


“Cepatnya balik.” Puan Rohana memandang pelik. Baju kemeja milik anak lelakinya yang baru siap berlipat itu diletak disisinya. Wajahnya tajam memandang anak gadisnya yang baru melangkah masuk kerumah dengan riak muka tak boleh nak ditafsir. Tapi ibu mana yang tak kenal anak mereka. “Dah dinner ke belum ni?” Matanya sekilas melihat jam didinding. Baru pukul 8.30.
            Geleng kepala. Terus dia baring di bantal empat segi sederhana besar yang terletak di sebelah ibunya. “Belum pun Ma.. lepas maghrib tadi terus gerak balik. Papa mana, Ma?”
            Pulak. Padan la cepat je sampai rumah. “Papa pegi masjid. Malam ni ada ceramah dengan ustaz Daud. Kenapa Alang tak dinner luar? Balik macam mana tadi ni? Zafran hantar ke tadi?”
            Kini dia mengangguk. “Ha ah Zafran yang hantar. Kena balik awal sebab dia ada hal malam ni, ada short meeting katanya.”
            Puan Rohana diam. Terasa banyak yang ingin ditanya. Tapi dia tahu anak gadisnya itu sedang penat. Tahu sikap Liyana yang kalau dah penat sangat, segala pertanyaannya akan dijawab ala kadar. Dia sendiri juga pernah begitu waktu masih bekerja. Jadi didiamkan sahaja persoalannya itu. Perlahan bahu satu satunya anak gadisnya itu ditepuk.
            “Kut ye pun, pegi mandi dulu. Nak masuk waktu dah ni, solat isyak terus. Nanti Mama buatkan milo untuk Alang. Liyana.. dengar tak Mama cakap ni?”
            “Dengar Ma..” Liyana menjawab dengan mata massih tertutup.
Dengan berat hati dia bangun dan menaiki tangga. Sebenarnya dia cuti solat, jadi boleh saja dia terus tidur lepas mandi nanti. Tapi Mama nanti mesti suruh dia makan malam juga.
            Segala barang, beg, telefon dan kunci rumah diletak diatas meja kerjanya. Badannya dihempas ringan diatas katil. Sejujurnya, dia sangat penat. Habis saja kerja pukul 5 tadi, Zafran menjemputnya di pejabat. Nak buat macam mana, harini dia tidak memandu sebab dia menumpang Papanya ke tempat kerja. Kalau tak selalunya dia akan memandu. Tapi sebabkan Mama awal awal dah pesan dia tak perlu driving hari ni, terpaksalah dia akur dan keluar awal dari pejabat. Bukan main pelik lagi rakan sekerjanya apabila melihat dia keluar kerja awal. Mana kan tidak, selalunya dialah antara orang orang yang mengutuk secara diam diam orang yang balik tepat tepat pukul 5 petang.
            Semua ini bermula dari minggu lepas, semasa dia sedang sibuk menolong Mamanya di dapur, tiba tiba Mama memberitahu yang kawannya dari sekolah menengah akan datang ke rumah. Pada mula dia tidak rasa pelik atau syak apa apa, tapi bila Mama cakap yang kawannya itu ada anak lelaki yang tua setahun daripadanya, dia mula tidak sedap hati.
            Dan perasaan tidak sedap hatinya semakin membara apabila Mama mengajak dia berborak sama dengan Puan Aini bila wanita itu tiba dirumah. Walaupun awal awal dia sudah beritahu yang dia ada plan dengan Nina hari ahad itu. Rakannya itu baru pulang dari offshore di Terengganu. Bila saja dia menyampaikan plan keluarnya itu, Mama menjelingnya. Tajam. Siap cakap yang dia ini tak betah duduk rumah. Padahal dia mana selalu sangat keluar rumah melainkan ke tempat kerja. Jadinya, dia terpaksa akur dengan permintaan Mamanya itu. Dan mimpi ngeri yang diharapkan sekadar mimpi itu ternyata menjadi kenyataan.

            “Liyana, umur 25 ye?”
Manis sahaja senyuman Puan Aini apabila hanya tinggal dia dan wanita separuh abad itu di ruang tamu. Mama sedang di dapur menggoreng karipap. Padahal boleh saja dia yang goreng karipap itu, tapi Mama awal awal tegah, suruh dia duduk berborak dengan Puan Aini. Mendesak sangat Mama ni. Liyana boleh nampak satu satu lampu fikiran Mamanya itu menyala.
            “Ha ah Cik.. 25. Acik kawan sekelas Mama dekat Convent Kajang ke dulu?” Tak silap dia Mama ada bercerita yang dia sekolah di sekolah perempuan itu.
            Angguk perlahan. Senyuman manisnya masih tak lekang dari bibirnya. “Betul la tu. Kawan sekelas dari peralihan sampai form 5. Rumah pulak dekat dekat waktu tu. Memang Acik dengan Mama awak je lah berkepit 24 jam.” Wanita itu kemudiannya ketawa.
            Liyana turut senyum. Dia jadi senang dengan ketawa wanita itu. Persis ketawa Mamanya. Padan la boleh jadi best friend.
            “Liyana..”
            “Panggil saya Yana je acik.. panjang pulak bunyinya panggil Liyana.” Liyana senyum ikhlas.
            “Yana sekarang kerja di mana?”
            “Dekat hitec PJ je cik.. tak jauh mana pun..”
            “Ohh.. dekat dengan tempat kerja anaklaki acik la kalau camtu.” Puan Aini menepuk tangannya. Riak air muka menampakkan seolah olah wanita itu turut berfikiran sama seperti Puan Rohana. Liyana hanya mengangguk perlahan. Senyum manisnya tadi mula bertukar senyum kelat. Tapi riak wajahnya cuba dikawal.
“Acik ada anak berapa orang?”
“Ada dua. Sorang lelaki sorang perempuan. Yang laki tu umurnya 26 tahun. Tua setahun dari Yana, kerjanya pun dekat area hitec PJ jugak. Yang no 2 pulak 22 tahun. Tengah sambung degree sekarang ni.”  Panjang lebar puan Aini bercerita.
            Liyana hanya mendengar. Hitec tu ada company apa je? Yang aku tau selain company aku, ada Putraniaga, CIMB, Commerce Alliance dengan Rodriguez Co aje. Depan Hitec tu je lah pun banyak company engineering. Jari jemarinya diramas ramas perlahan.
            “Yana..” Lembut suara itu memanggilnya.
            “Liyana ada kawan dengan siapa siapa ke sekarang?”
            Erkk. Rahangnya tak dapat dikawal jatuh secara automatic. Kawan??
           


Utusan dari puan Aini itulah menjadi titik permulaan pertemuan dia dengan Zafran hari ni. Selepas sahaja dia bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki itu (itu pun selepas dipaksa oleh Mama) terus Mama bagi no telefon Zafran kepadanya. Waktu iu dia dah garu kepala, berapa lama sebernarnya Mama dan plan dia ini dah berjalan? Demi untuk tidak membuatkan Mamanya terus menerus dengan bebelan, dia akhirnya mengambil keputusan untuk mesej lelaki itu. Jumpa sahaja takpe kan? Tapi belum sempat dia menekan butang send, lelaki itu terlebih dahulu menghantar mese, mengajaknya untuk minum petang bersama. Huh. Nampaknya angkatan Puan Aini pun dah menjalankan langkah pertama.

No comments:

Post a Comment